Followers

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016..Ikut Kalendar Matahari??

Oh esok tahun baru 2016..tahun kalendar biasa..kalendar matahari..




TAHUN BARU NAK BERUBAH GUNA KALENDAR HIJRAH?
Terdapat banyak kelebihan menggunakan Kalendar Bulan (tahun hijrah) berbanding menggunakan Kalendar Matahari (tahun masihi). Makanya ini adalah 1 peluang keemasan untuk dapatkan 1 naskah Kalendar Sunnah yang boleh anda milikinya bila-bila masa yang anda ingini. Naskah Kalendar Sunnah ini CUKUP HANYA 1 KALI sahaja memilikinya seumur hidup. Tahun depan dah tak payah beli lagi dah. Untuk dapatkan 1 naskah pertama milik anda, Klik SINI

Monday, December 28, 2015

Promosi Pembukaan Homespa Di Taman Sentosa, Klang - Murah Murah Murah Harga Jimat Petrol

SELAMAT DATANG KE HOMESPA : SANTAI QASEH SPA
HARGA JIMAT PETROL

Jom manjakan diri dengan Harga Jimat Petrol. Atas permintaan rakan-rakan wanita yang penat bekerja, kami buka tempahan SABTU DAN AHAD - ya special untuk korang menerima rawatan sambil santai di hujung minggu. Tempah sesi Homespa bersama YAYA 014-3663145

Boleh download/save/snap gambar promosi ini dan sebarkan kepada yang memerlukan rawatan spa dan selesa datang ke rumah. Homespa ini terletak di Taman Sentosa, Klang. Terbuka hanya untuk muslimah sahaja yang benar-benar ingin dimanjakan dengan rawatan wajah dan badan yang berdekatan dengan rumah anda. Jadi bolehlah anda jimat petrol dan jimat parking dengan adanya perkhidmatan homespa di sini ya. Jom tempah sessi anda untuk Januari hingga Mac ini untuk mendapatkan harga promosi serendah RM35+ 

Santai Qaseh Spa @Taman Sentosa Klang Selangor Malaysia

Wednesday, December 23, 2015

Homespa Pilihan Muslimah di Klang, Selangor

SALAM TAHUN BARU 2016!
ASSALAMUALAIKUM
KEPADA SEMUA MUSLIMAH YANG INGIN CANTIK BERSERI 
DAN
BERAZAM KEKAL CANTIK
DI TAHUN BARU 2016..
JOM KITA KE..>>

"SANTAI QASEH SPA"

- TEMPAH SEKARANG UNTUK RAWATAN PADA BULAN JANUARI 2016 ~
HOME SPA PILIHAN MUSLIMAH
LOKASI : TAMAN SENTOSA, KLANG


UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
HUBUNGI:
YAYA 014-3663145

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN: 
~RAWATAN WAJAH
~URUTAN BADAN
~SAUNA
~LULUR
~RAWATAN KAKI

PROMOSI BULAN JANUARI - MAC 2016 SAHAJA!!
AMBIL MANA-MANA RAWATAN DAN DAPATKAN PERCUMA RAWATAN KAKI!

AMACAM? DEKAT DENGAN RUMAH ANDA? DAPATKAN KHIDMAT HOMESPA SETANDING SPA DI KEDAI DENGAN HARGA JIMAT PETROL GITU! :-)

BEGINILAH PENDEK CERITA PELANGGAN HOMESPA:-
"RAWATAN TERBAIK GITU CIK SENAH!"
"JOMLAH DAH DEKAT SANGAT DENGAN TAMAN KITE"
"OH DEKAT SANGAT TEMPAT NI, SEBELAH TAMAN SRI ANDALAS KLANG JERR"
"DEKAT JUGA KALAU SAYA DARI KAMPUNG JAWA"
"AI LAGI DEKAT, TURUN TANGGA DAH SAMPAI - HAI JIRAN SATU APARTMENT KU"

HAH SIMPAN NOMBOR YAYA BAIK-BAIK, 
UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
HUBUNGI:
YAYA 014-3663145

TELEFON/WHATSAPP DI KALA MEMERLUKAN RAWATAN. SEMOGA MENDAPAT RAWATAN DAN PERKHIDMATAN YANG BAIK-BAIK UNTUK KITA BERSAMA.

Kempen berhati-hati di jalanraya

Kempen ikhlas dari styloibu untuk semua pembaca blog ini tak kira di mana berada. Malaysia dan musim hujan lebat sinonim apabila tiba hujung tahun iaitu bulan november-disember. Musim hujan ni jugalah musim cuti sekolah kan. Marilah kita sama-sama berwaspada juga kalau terpaksa memandu dalam hujan lebat. Baru je menempuh pengalaman yang tak best sebab kereta kena langgar ketika perjalanan nak bawa anak-anak ziarah opah diorang. Ingatkan nak ikut cakap menteri takmau guna highway tapi jalan lama lagilah bahaya sebab orang dok elak lopak air pula. hehe takde kaitan dengan kata-kata menteri tu..
Dah nak jadi. Kereta besar langgar kereta kecik patutlah berpusing kereta kami. Ingatkan kenapa berdentum tiba-tiba kami rasa kereta berundur, rupa-rupanya gitulah kalau kereta berpusing. Rasa sekejap pengalaman yang orang panggil Navigation Error - taktahu arah jalan menghadap ke mana masa tu. Syukur semua takde ape-ape. Yang tak bestnya masa untuk ke rumah opah dah jadi lama, anak dah rimas sepanjang uruskan report, bengkel bagai. Orang yang melanggar tu pun dah mengaku bersalah dan bolehlah claim insurans dan tunggu kereta dibaiki. Jadi begitulah pengalaman sebagai penutup tahun 2015 ini.
Sekian dulu. Berhati-hatilah semua ya. Syukur dengan pengalaman ini ada hikmah dan pengajarannya.

Jangan jadi gini. Berhati-hati di jalan raya!

Sekarang musim kartun apa? Robocar Poli dan Tobot?

Ibu ayah, baca tajuk dah tahu. Itulah yang diminta oleh anak-anak sekarang ni, nak bajulah nak beg sekolah lah, yang ada cap kartun popular dari semasa ke semasa. Jadi sekarang ni rupa-rupanya kartun Robocar Poli dan Tobot pula yer..ok bye!!


Tuesday, December 15, 2015

Bertenang, ada penawar untuk baby kuning atau bacaan jaundice tinggi

Pernah post pasal demam kuning sebelum ni di sini tapi kali ni nak up lagi kempen merawat baby kuning atau bacaan jaundice tinggi. Baru-baru ini sekali lagi dikejutkan dengan berita anak buah yang kena demam kuning. Rasa bersalah sebab tak bagi diorang set hilangkan jaundice yang biasa saya berikan kepada baby yang baru lahir. Ingatkan senyap je sejak berita kelahiran baby haritu dok bayangkan baby dia semakin tembam lah dan si ibu semakin putih menggebu sebab berpantang kat rumah. Rupa-rupanya si ibu telah melalui hari-hari yang sukar (huu nak nangis bila tau dan dok terfikir kenapalah tak tanya khabar dia lebih awal) kerana dok bawa baby check bacaan kuning entah berapa kali. Maknanya dah dekat sebulan dikatakan istilah perubatan kena prolong-jaundice. Apa pun dah nasihat kepada ibu supaya bertenang dan terus belikan 1 set hilangkan jaundice untuk dititiskan ke mulut baby sikit-sikit sampai semua botol habis! Oleh sebab DAH KENA, bacaan dikatakan masih tinggi (180 tak silap) dan perlu follow-up dalam 4 hari lagi jadi hendaklah diberikan setiap sejam sekali. Begitulah teringat nak ulang cakap doktor radziah yang baik hati tu. Tujuannya supaya boleh FLUSH segala lendiran yang tak diperlukan atau mekomium yang masih bersisa dan merangsang kuatkan organ hati secara semula jadi. supaya semua organ dalaman si baby membesar dengan semula jadi dan berfungsi sebagaimana sepatutnya. Hah itu teori apa yang ubat itu buat kepada baby, info yang saya serap dan faham. Jadi ini ikhtiar yang mujarab kepada keluarga kami lah setakat ni, dan nak berkongsi cerita bahawa ubatnya memang murah berbanding kos masuk hospital berbayar. Sapelah yang nak anak kecil tu ditahan wad dan lihat sendiri anak tak berbaju diletak bawah lampu kan. Kalau boleh beginilah berusaha untuk elakkan, kalau dah berusaha kena juga tentu ada ujian selanjutnya untuk ibu ayah.

Kalau situasi bertenang - iaitu seBELUM KENA! - iaitu sejurus lahir atau secepat mungkin lepas balik hospital -cuma perlu diberi 3 kali sehari sehingga semua botol habis, maknanya 1 set yang sama lebih kurang seminggu baru habis. 

Mana yang baik kita jadikan panduan ya ibu-ibu dan ayah-ayah. Berusaha dan berikhtiar yang terbaik untuk anak, selebihnya Allah yang menyembuhkan. Berdebar menunggu keputusan checkup..kemudian dapat berita bacaan dah turun kepada 150 pada hari ke4. Barulah dapat berkongsi rasa lega dapat membantu. Jadi dinasihatkan supaya si ayah terus beli lagi 1 set hilangkan jaundice tu untuk dihabiskan supaya dapat maintain keputusan positif iaitu turun kepada bacaan normal dan sihat! Yesss! Semoga bermanfaat dan semoga terbuka hati untuk terus menerima perubatan homeopathy, lain-lain kaedah naturapathy yang semulajadi sebegini sebagai ikhtiar utama dan bukan lagi dikategorikan sebagai alternatif. Ingat berubat untuk nyawa macam buat kategori muzik ke siapalah yang buat kategori ni kan mesti dia bukan kategori rakyat biasa-biasa/marhain. Kesian golongan ini kena berusaha bersungguh-sungguh menegakkan perjuangan perubatan mujarab di negara ini. Mungkin ada hikmahnya.

Dulu tak tau nak cerita apa pasal jaundice ni, tapi rupa-rupanya ada banyak info pasal jaundice ni kat internet, iaitu kena nak tahu apa punca, dari segi perubatan hospital apa yang mereka buat, cara nak tahu kuning banyak ke kuning sikit, apa jadi kalau biarkan, dari segi perubatan tradisional apa ikhtiar zaman nenek kita dulu, semua boleh cari. Dulu saya mulakan dengan info perubatan moden/hospital di website www.babycentre.com.my kan dulu saya pernah kata dalam ni ada macam-macam ilmu pasal proses keibubapaan, korang yang dikempen (haha ingat tak saya bebel suruh baca?kalau takde internet jangan lokek beli bukunya) dah habis baca belum? Membacalah ya semoga zuriat kita pun rajin membaca macam ibu dan ayahnya. Ibu ayah baca banyak kali sebab proses jadi ibu ayah yang baru akan seterusnya berlaku. Kan gitu sifat manusia sentiasa "baru", jadi ulang baca lagi buku tu tentu ada sahaja bahagian yang terlupa atau tertinggal dan nanti jangan sampai tak tahu, kalau jadi sesuatu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. 

Hah kan Es.Ai dah bebel dan terus bebel kalau ada yang tak nak membaca. Hehe bebel kat tulisan je takpe kan. Sape yang sudi baca je terkesan di hati. Seronok kalau kebaikan dikongsi sebab sebarkan kebaikan secara senyap lebih berkesan kepada yang ditujukan iaitu ibu ayah yang sayangkan keluarga. Kalau kita bersemuka belum tentu ada yang tahan nak dengar makcik ni bebel kang. 

Gelombang kempen kebaikan makanan sunnah kepada masyarakat Malaysia

Alhamdulilah sokong semakin banyak kempen kebaikan makanan sunnah kepada masyarakat Malaysia. Sebelum ini susah nak ajarkan kepada ahli keluarga sendiri tentang kebaikan makanan sunnah sebab memang begitulah lumrah manusia senang terikut media perdana yang mana lebih popular berbanding kata-kata ahli keluarga terdekat. Gelombang kempen semakin ketara dengan penghasilan produk di dalam Malaysia sendiri (sokong produk Malaysia) yang menyebabkan makanan sunnah itu lebih senang dimakan dan diamalkan kerana disesuaikan dengan cara makan orang Malaysia. Kempen juga diikuti dengan jenama dan duta yang senang dikenali.
Buah kurma - berkhasiat sepanjang zaman

Biasanya untuk mula makan makanan sunnah bersama keluarga memang susah sikit kalau buah kurma pun susah nak makan begitu sahaja dan hanya beli pada musim bulan puasa. Jadi dalam masa panjang kenalkan kelebihan makanan sunnah seperti kurma dan banyak lagi perlahan-lahan, iaitu boleh cari produk yang ada banyak-dalam-satu seperti SUSU KAMBING yang tak hamis sekarang dah ada yang dicampur kurma, habbatus sauda, kismis, badam dan lain-lain. Lagi ada COKLAT bar yang bukan sekadar jajan biasa tapi ada kandungan makanan sunnah juga. Lagi ada KOPI segera dengan kandungan habbatussauda dan lain-lain.

Nampak tak, kan banyak khasiat di samping cuba beralih kepada susu kambing contohnya. Ibu-ibu yang menyusukan baby tentu nak lebih khasiat dalam susu ibu jadi bolehlah cuba minum susu kambing yang ada sekali campuran makanan sunnah dalamnya. Sebaiknya mula dari awal mengandung lagi. Kalau dapat minum susu kambing original lagi bagus cuma kebanyakan kata bau hamis lah dan ada yang suka ikut cakap orang dalam memilih produk di pasaran. Padahal hakikatnya tekak sendiri tak sama dengan orang lain kan. Tekak saya sekarang ni dah dilatih menerima apa yang otak telah diprogramkan lebih awal iaitu TELAN AJE KEBAIKAN MAKANAN SUNNAH KERANA KHASIAT+BERKAT=LAZAT DEMI SUSU IBU YANG LEBIH PEKAT DENGAN KHASIAT. Wah semua untukmu anakku..gitu. Boleh?kempen untuk diri sendiri dulu baru menjadi. Lepas tu baru boleh cerita hasilnya yang positif dengan semua ahli keluarga betapa bestnya berhijrah dengan makanan sunnah. Kalau suami yang celik makanan sunnah memang akan belikan untuk isteri, jadi sila lah para isteri habiskan dengan jayanya ya.
OK dah jom tidur, esok kalau tak tahu nak mulakan carian jenama produk apa di internet boleh dengar iklan-iklan yang ada di radio IKIM atau pergi ke kedai barangan muslim seperti Azzain ker untuk pilih mana produk yang hebat-hebat di pasaran. Untuk rakyat Malaysia pastikan ada cap Halal Jakim ya, itu pegangan integriti Halal kita. Wah gitu kempen dari styloibu!

Tuesday, November 24, 2015

Simpan Resepi Donat Tanpa Telur

Kali ni simpan resepi donat tanpa gunakan telur pula. Apa yang penting dalam men-donat? Ya sekali lagi kesabaran untuk aktifkan yis dan naikkan doh hehe saja ingatkan resepi donat telur sebelum ni. 

Bahan basah:-
1/2 serbuk yis
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam

Bahan kering:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin


Cara-cara :-
1. Satukan bahan kering. Gaul dengan tangan sampai tidak bergentel.
2. Dalam bekas lain satukan bahan basah iaitu serbuk yis, gula, susu pekat dan air suam. Tunggu hingga yis aktif iaitu campuran ini berbuih.
3. Selepas yis aktif, masukkan ke dalam campuran tepung tadi secara perlahan-lahan.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan doh selama 1 jam. Boleh tutup doh dengan kain basah supaya doh naik sekali ganda.
6. Boleh mula canai doh menjadi bentuk donat
7. Rehatkan donat selama 1 jam lagi atau sehingga kelihatan naik dan permukaan licin
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan sekejap sahaja dan boleh angkat atas tapis/redai. Lebihan doh boleh terus dibekukan untuk digoreng kemudian. 
9. Sejukkan sedikit untuk menghias dengan gula halus/kastor atau celupkan permukaan dengan coklat cair dan kemudian coklat urai. 

Adunan ini menghasilkan sekitar 20 biji donat dengan saiz sederhana. Yang penting adunan doh tetap naik tanpa gunakan telur kan. Janji gebu gebus gedebus isi dalamnya apabila merasa gigitan pertama (gigit donat tu lah). Amboi bahasa saja nak pancing mata pembaca..
Hm tadi ada lagi baki setengah peket yis tu kan, bolehlah buat sekali lagi adunan akan datang hehe
Bahan basah (campuran yis) dan kering (campuran tepung dan marjerin)
Proses uli dengan tangan
Doh selepas diuli direhatkan untuk mengembang/naik
Doh yang telah berkembang/naik sekali ganda telah memenuhi ruang
Selepas dibentuk doh direhatkan lagi untuk mengembang sehingga permukaan agak licin dari sebelumnya
Goreng doh dengan api sederhana sekejap sahaja kemudian tos atas redai/tapisan
Donat dihias sesedap rasa - salutan gula halus tradisional atau hiasan moden seperti coklat dan lain-lain. Anak-anak kesayangan boleh ambil bahagian bab menghias donat ni

Tuesday, November 17, 2015

Simpan Resepi Muffin Cip Coklat Tak Perlu Mixer - Sukatan Cawan Mudah

Muffin gunung berapi! Aci tak kasi nama gitu untuk bayangkan hasil muffin yang naik melebihi cawan. Dulu kek cawan/muffin coklat cip  bolehlah dapat RM1 sekarang nak beli RM2 pun susah kat bandar ni. Tu yang nak kena belajar buat sendiri baru tahu kos sebenar main masak-masak kan. OK simpan sini resepi muffin dari KongsiResepi Oh ya dalam website Kongsi Resepi tu memang ramai yang sudi berkongsi idea. Kalau cari muffin je memang macam-macam versi ada, cuma kita lah kena rajin cuba banyak-banyak cara. Hm yang bagusnya muffin ni gaul tangan aje tak perlu mixer, hah kan berita baik tu untuk anak-anak gadis, student, yang baru kahwin, atau yang kurang kelengkapan dapur belajar buat sendiri dessert kan kan kan. Jom buat muffin. Suka sangat kalau buat kelas untuk kanak-kanak, tentu mereka akan suka part tabur coklat cip tu.

BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Choc chips mengikut sukatan anda nak banyak ke sikit

CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT CHIP:
Ambil tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam dan campurkan semuanya.
Ayak dan ketepikan dahulu.
Gaulkan semuanya dengan gula.
Dalam bekas lain pula anda campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.
Kacau sehingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
Masukkan choc chips.
Masukkan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak.

//Semoga diberikan pahala kepada yang berkongsi resepi sukatan cawan ini kerana ilmunya berpanjangan memberi faedah. Pinjam sekali gambarnya ya. Amin.


Kacau semua bahan untuk kek cawan atau muffin hingga sebati
Kek cawan atau muffin siap berhias

Monday, November 16, 2015

Simpan Resepi Sambal Hitam Sedap

Oh patutlah jadi hitam sebab gunakan Belimbing Buluh yang direbus sampai hitam! Unik, sungguh unik kepelbagaian masakan tradisional cuisine di Malaysia ni. Tak kisah asal dari mana, sebagai rakyat Malaysia kita perlu cuba masakan tradisi sebegini. Patutlah ramai yang suka tanam pokok Belimbing Buluh ni walaupun buahnya masam. Macam biasa kalau nak cari resepi yang  confirm menjadi dengan gambar masakan yang cantik saya suka bicara tinta dari Tiffinbiru. Boleh ye kongsi sini Che Mat Gebu. Semoga diberkati tuan kerana berkongsi ilmu ini sepanjang zaman.

RESEPI SAMBAL HITAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.

UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol.

Sunday, November 15, 2015

Cabaran Rumah Bersih

Tah ape2 tajuk. Tu niat seorang ibu yg sejak pagi tadi nak mengemop lantai tapi hanya dapat buat sekarang.eh pukul berapa ni..2 pagi?? Lah patutlah mengantuk sangat. Baru ade niat baru nak buat senaman tangan melipat kain baju pulak. Begitu rupanya cabaran nak rumah bersih tapi ada anak-anak kecil yg sibuk berkejaran satu rumah. Takut anak tergelincir dek mengemop di siang hari tu sebablah pospon sampai semua tidur. Ok tu je bebel di malam hari..haha selamat malam Malaysia! Psst "jangan lupa baca doa tidur" tu pesan kat anak tadi, sekarang pesan kat diri sendiri sebab mau tertidur ketika lipat baju kang.ahaks korang jgn jadi gini yer! Nite u olls !!!

Saturday, November 7, 2015

Jerebu dah berlalu..di bulan november

Fuh baru lega rasa tangan apabila si baby nak dibaringkan tidur di seat belakang. Beginilah suasana dalam kereta comel kami kalau berjalan jauh balik kampung. Lega tu sebab kalau baby nak tidur memang lama "gayut" kat ibu dia ni sampai la lena tidur,itu pun susah juga nak "lepaskan".boleh sakit nenen haha siap pakej kebas kaki,lenguh tangan sebab beratnya dah kemain semangat. Aci tak ibu exercise tangan kejap bebel kat blog ni hehe sambil temankan berjaga dgn ayah yg gigih memandu. Jalan keluar dari shah alam kami lalu lebuhraya guthrie tembus terus kat rawang.macam biasa keluar je exit rawang memang trafik perlahan mujur tak jem hari ni. Ok kepada yg turut sama memandu utk perjalanan jauh berhati2 di jalanraya dan bersabar menahan mata yg mengantuk. Ingatlah kami yg tersayang nih ada bersama anda. Hehe pesanan jarak jauh utk encik somi yg sesekali tersengguk. Takpe kalau tak larat kang silalah berhenti basuh muka ke layan kopi panas pak belalang ke kat hentian. Ibu dan anak2 memang suka part menyinggah ni hehe. Take care family semua. Selamat berhujung minggu! 

Wednesday, November 4, 2015

Kursus Asas Adobe Illustrator

Rasa berterima kasih diberi kepercayaan jadi cikgu untuk kursus asas Adobe Illustrator di sebuah jabatan kerajaan. Walau hanya kursus pendek 2 hari. Satu peluang yang bagus sebab saya ni sebenarnya suka membebel tapi tak semua suka apa yang saya bebel. Haha sebab minat kita tak sama. Jadi peluang mengajar digunakan sebaiknya untuk mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang ada (seadanya hehe) mengenai bidang seni grafik berkomputer. Mungkin ramai yang kata dah terlambat untuk belajar software grafik ni (maksud saya kalau seusia saya lah) tapi pada saya kita tak pernah terlambat untuk belajar kerana bukan semua ilmu kita dapat semasa sekolah. Setiap hari ialah pelajaran baru kepada kita. Sebab itulah orang kata kita perlu lebih baik dari semalam.

Bebel hari ini cuma nak luahkan rasa puas hati dapat bebel kat orang lain dan semaikan semangat cinta grafik di kalangan kakitangan kerajaan. Ini dirasakan suatu tanggungjawab yang besar kerana bukan mudah untuk lari daripada gossip hashtag #grafikkerajaan. Berhijrah menjadi hashtag apa ya yang lebih positif.




Saturday, October 31, 2015

Kursus Food Styling Oleh Sifoo Dot Com

Orang macam saya yang suka seni grafik tapi takde peluang belajar dulu memang suka Follow cerita perkongsian ilmu grafik yang disediakan oleh Sifoo Dot Com. Pengikut setianya juga terdiri daripada penggemar fotografi sebab pengasas Sifoo ni memang tak lokek ilmu banyak kongsi tutorial dan buat macam-macam kelas mengenai seni grafik dan fotografi.

OK pendek cerita ternampak update kursus tahun ini yang sangat best untuk sesiapa yang suka ambil gambar makanan cantik boleh join kursus mereka. Sangat berbaloi belajar dengan sifu dari Sifoo ini. Kepada anak-anak yang membantu ibu ayah dalam perniagaan makanan bolehlah belajar cara mempromosikan hidangan makanan korang yang sedap supaya NAMPAK lebih sedap di mata pelanggan dan bakal pelanggan nanti. Selamat maju jaya semua!


Friday, October 30, 2015

Simpan Resipi Kek Oreo Cheesecake Mudah Dengan 4 Bahan Asas

Ciskek? Camni ke menyebutnya haha saje je tukar ejaan. Amboi anak-anak sekarang cepat je tau jenis-jenis kek. Tak sempat tunggu Cheese Malaysia keluar kat pasaraya terkenal terpaksa la guna apa yang dijual di Bagus dan lain-lain kedai bahan bakeri. OK jom sekali lagi libatkan anak-anak untuk main masak-masak, kita buat Oreo Cheesecake yang mudah sebab bahan-bahan tak banyak sangat nak sediakan. Lagi satu tak perlu oven jadi selamat untuk kelas memasak anak-anak. hehe macam ada ramai je budak-budak join dapur korang tu. Kalau korang pengusaha taska apa salahnya jadikan kelas buat cheesecake ni salah satu ilmu Skill Survivor, tentu taska korang lebih menarik untuk ciptakan suasana sel-sel otak mereka berhubung.

Mudah tu sebab 4 jenis bahan sahaja, dan 3 kali kerja sahaja.

Bahan-bahan :-

1. Dua (2) peket biskut Oreo - jadikan 3 jenis
- Hancurkan halus untuk dijadikan tapak kek (base cake)
- Hancurkan kasar untuk bahagian kek
- Patah-patah 4 untuk hiasan atas kek

2. Butter - 50g - cairkan
3. Cream Cheese - 250g
4. Susu Segar - 100 ml


Cara-cara :-

1. Buat tapak kek atau base : Gaul oreo hancur dengan Butter cair. Tekan untuk dipadatkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit Butter bawah dan tepi loyang.
2. Buat isi kek atau filling : Putar Cream Cheese sampai kembang, masukkan susu segar dan gaul dengan oreo kasar. Tuang atas tapak kek tadi. Boleh tambah lagi oreo kasar sebagai hiasan.
3. Masuk dalam peti ais sehingga 4 jam atau hingga membeku. Siap.

-----------------------------

Resipi ni boleh diubahsuai lagi ikut citarasa di lain kali. Yang penting dah tahu bahan asas dan cara buat. Resipi ni tak ditambah gula sebab biskut oreo tu dah manis dan memang ikutkan sekali dengan inti vanila yang sedap tu. Kalau nak tambah juga boleh tambah sedikit gula aising selepas putar Cream Cheese. Boleh juga tambah sedikit perahan jus lemon untuk kurangkan rasa lemak Cream Cheese itu. Selamat berkarya dengan resipi Cheesecake sendiri. Makan pulak cedok pelan-pelan macam kalau makan/dating kat restoran mahal tu kan, satu slice sampai berjam-jam duduk situ sebab selesa sangat siap dalam aircond. Kan?

Takde loyang kek pun takde masalah untuk cheesecake jenis sejukkan camni. Boleh je buat dalam sebarang loyang atau bekas seperti plastik Tupperware biasa atau dipelbagaikan ke bekas-bekas kecil. Ni pinjam gambar dari google pasal cheesecake.

Kalau korang memang suka (fotografi) ambil gambar makanan yang cantik boleh belajar lagi bagaimana teknik Lighting mudah nak ambil gambar makanan yang menyelerakan dengan Kursus Food Styling/Whatthefoo - dari Sifoo Dot Com 


---------------------------------

Kos main masak-masak kali ni :-
Oreo 2 peket RM6.40
Buttercup  RM5.20
Philadelphia Cream Cheese RM15.60
Dutch Lady UHT Fresh Milk 1 liter RM7.90

Simpan Resipi Donat Gebu Mudah - Guna Telur

Salam Jumaat ibu ayah Mithali di luar sana. Rupa-rupanya ada 2 petua utama untuk buat donat gebu, iaitu:-
No.1 = Aktifkan yis terlebih dahulu
No.2 = Kesabaran! kerana doh perlu rehat beberapa kali sebelum boleh goreng dan makan

Jadi kita perlu urus masa persediaan secukupnya supaya dapat main masak-masak dengan tenang. Kalau dah tenang tu semasa tunggu doh naik nanti sempatlah nak jemur kain ke, masak mende lain ke, layan anak-anak ke hehe gitulah maksudnya. Ha meh kongsi sini dan baca dengan penuh kesabaran juga ya. Jadi patutlah dengan harga kuih donat gula tu sekarang termasuk upahnya 50 sen sebiji kan (ni harga semasa di Shah Alam tempat lain tak tau lah, yang pasti harga makanan semakin naik dan kita memang bukan pengeluar tepung sendiri dan permintaan makanan berasaskan tepung memang sentiasa tinggi. Takde siapa bersalah di sini ok, sebab kita negara pengguna) Dah jangan terbawa mood tol naik ke harga naik, yang penting tingkatkan skil masak-masak jer lah di sini.Jom sama-sama berkongsi ilmu demi anak-anak yang akan baca dan teruskan ilmu ini pula.

Bahan-bahan :-

3 cawan tepung gandum - diayak

1 peket yis (serbuk yis mauripan kecil)

1 cawan air suam

3 sudu besar susu pekat

4 sudu besar gula

1/2 sudu teh garam

3 sudu besar mentega/marjerin - dicairkan

1 biji telur

Cara-cara:-

Misi 1 : Hidupkan atau atktifkan yis
Bancuh gula dalam air suam. Campur susu pekat. Kemudian masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. (Petua No.1 dan No.2 diperlukan di sini)

2. Dalam bekas lain, pukul 1 biji telur asal sekata. Campurkan marjerin yang telah dicairkan. Kacau.

3. Campur yis yang sudah berbuih macam teh tarik tu tadi. Kacau.

4. Uli adunan menjadi doh besar.
* Doh memang agak lembik. Jadi bila nak uli tu boleh letak tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda. (Petua No.2 sangat diperlukan di sini)

5. Dah lama bersabar? OK barulah boleh bentukkan doh ikut suka. Caranya untuk donat bolehlah guna teknik canai dan terap. Kalau untuk donatball buat bulat sebesar 20sen gitu.

6. Lepas bentukkan, susun ke dulang dan rehatkan lagi dalam 5 minit. (Petua No.2 sikit diperlukan di sini)

7. Goreng dalam api sederhana supaya luar kering dan dalam masak. Semasa goreng pun doh akan kelihatan kembang sedikit lagi.

8. Angkat atas redai/tapisan. Hiaskan ikut citarasa.

Hiasan/topping:-
- Gula halus
- Coklat - Boleh cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega dan gula aising. Guna kaedah double boiler atau masuk microwave - hehe
- Untuk donatball boleh taburkan gula aising sahaja pun dah cukup menarik

- Hiasan lain-lain korang editlah resipi ni ikut hiasan korang ya. Kalau anak-anak yang jadi tukang hias memang macam-macam boleh jadi. Kalah donat mahal tu kan. Yang penting asasnya ialah donat gebu dah menjadi bolehlah korang pelbagaikan hiasan tu. Tentu anak-anak suka.

Sembang sikit.
Jom berkongsi ilmu yang tak seberapa ni untuk diwariskan kepada anak-anak demi skill survival mereka pada masa depan. Jangan biasakan mereka dengan hidup pinjaman sana sini, ajar semula skill semulajadi yang hilang kerana ikutkan kemodenan pelajaran akademik. Ayat agak pelik tapi nak bagitau jangan risau kalau anak taknak belajar gitu buat menambah tekanan hidup je. Ha ini belajar dari kawan anak sepuluh yang sempoi, baik hati dan senyum je ke pejabat. Zaman mak dulu masih ada lagi KEMAS anjurkan main masak-masak percuma kepada penduduk sekitar tapi sekarang dok bandar ni nak belajar semua kena bayar. Budak perempuan dah tak kenal barang dapur. Sekarang nak berguru dengan makcik jual donat pun kena bayar join kelas masak-masak dia, amboi best kan peluang buat duit kat bandar ni. Positifkan minda ya ibu-ibu, nanti anak lahir pun semoga positif mindanya. Doa lebih sikit hari ini hari Jumaat.  

Pengorbananan wanita : postur struktur tulang berubah selepas bersalin

Simpan sini perkongsian internet mengenai kenapa ibu-ibu sakit tulang belulang selepas menjadi ibu..kadang-kadang kebas kaki, kebas tangan, ngilu sana sini..yang penting ia perlu difahami oleh teman sehati sejiwa iaitu suami. hehe sweet kan kalau suami faham bolehlah minta tolong urut-urut. Inilah sebenarnya romantik sepanjang hayat, menghargai pengorbanan isteri yang merosot kesihatannya kerana redha mengandungkan zuriat bersama. Ha ibu-ibu jom fikir yang indah-indah je ye, kalau tak pernah diurut manja kita harap lah semoga terbaca lah suami tentang cerita ni dan tahu-tahulah nak mulakan memanjakan isteri. Dalam hati memang nak sangat dimanjakan, hehe ini bukan manja yang dibuat-buat, inilah namanya manja bertempat.

--------------------------


Perubahan postur wanita ketika hamil..Lelaki, sila lihat dan fahamilah kenapa isteri merungut sakit pinggang, pinggul dan belakang..Perubahan ini berlaku ketika mengandungkan zuriatmu. Namun selepas bersalin, ia tidak akan sembuh 100% seperti sebelum mengandung..Kadang kala tika isteri mengadu sakit, jgnlah keberatan untuk mengurut isteri. Isteri blh urut suami, suami pun boleh urut isteri.. Beginilah smp akhir hayat. Sweet kan? <3 ;)-Admin~ Hamil Dalam 3 Bulan ~
Posted by Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel on 29hb Oktober 2015


Thursday, October 29, 2015

Simpan Resipi Butter Marble Cake Mudah

Resipi Butter Marble Cake Mudah
(Kek Marble - warna biru dan merah)

Bahan-bahan Untuk Kek
250g Tepung naik sendiri
200g Gula kastor
250g Butter
5 biji telur (B)
*2 pilihan warna untuk marble menyerlah - sini ada biru dan merah

Cara-cara
1. Panaskan oven terlebih dahulu
2. Putarkan butter dan gula kastor hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar
4. Masukkan tepung naik sendiri, putar hingga rata
5. Matikan pemutar.Keluarkan kepada 2 bahagian untuk diwarna ikut suka
6. Kemudian tuangkan adunan berselang warna dalam loyang yang telah digris. Sini guna loyang bulat, jadi tuang membulat selang seli.layan sampai habis adunan.
7. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak (cucuk dengan lidi - kalau lidi bersih/kering tandanya kek sudah masak)
8. Biarkan sejuk dalam 2 minit baru keluarkan kek

*Bahan-bahan untuk hiasan/Topping kek menggunakan Krimwell
500g Krimwell
300g Golden Syrup
160g Butter

Topping menggunakan 3 bahan ini iaitu Krimwell, Golden Syrup dan Butter - sangat mudah untuk dipukul hingga kembang dan tekstur krim nya lebih halus. Golden Syrup tu dah manis tak perlu tambah gula.


-------------------------------------------------
Kos beli bahan untuk main masak-masak kali ni :-

1 x Tepung naik sendiri (Self Raising Flour) 1 kg RM4.20
2 x Buttercup 250g RM5.20

10 x Telur gred B 1tray RM6.00
2 x Pewarna RM2.20

1 x Krimwell Margarine 500g RM3.90
1 x Golden Syrup 1bottle RM1.60


*Bahan-bahan memang akan ada lebihan. Takpe boleh simpan untuk next episod main masak-masak.

Harga jual? Hm sebiji kek yang siap dekorasi ialah hasil seni yang memerlukan masa menyiapkannya. Jadi harga bergantung kepada harga kos bahan dan kualiti yang digunakan serta kesukaran menyiapkan dekorasinya. Jadi harga sebiji kek jenis Butter sebegini ini boleh dijual RM50+. Sebiji kek pula boleh belah kepada 8 bahagian kalau nak dijual 1 slice sekitar RM5 - RM6. Kalau cheesecake boleh jadi 2 kali ganda sebab
bahan asasnya iaitu cream cheese import kan. Alamak info ini tak boleh pakai sangat sebab saya dah lama tak singgah kedai kek hehe. Kita tunggu cheese Malaysialah baru boleh kasi murah. Itupun kalau pengeluaran banyak bolehlah murah kut.Semoga ada cap Halal Jakim nanti.

--------------------------
Perkakasan main masak-masak untuk pakej kek dan membakar. Ibarat macam gajet untuk dapur gitu. Perkakasan ni selalunya lengkap di kedai peralatan bakeri seperti Bagus Sdn Bhd dan lain-lain. Cuma ketuhar tu boleh cari di tempat lain yang lebih ekonomi kalau tak mahu yang dicadangkan di situ. Untuk harga tepung dan bahan asas kek biasanya lebih murah di sini sebab mereka borong banyak dan re-pack untuk kita beli sikit-sikit. Satu lagi pembantu jualan biasanya memang berpengetahuan tentang bahan kek dan peralatan yang kita perlukan. Kalau ke pasaraya biasa janganlah nak menguji sangat pengetahuan akak-akak atau brader yang tengah susun barang tu ye. Kesian mereka belum tentu dilatih untuk spesifik satu bahagian barang je.
- Ketuhar (oven)
- Pangadun (mixer)
- Loyang
- Spatula
- Berus pastri
- Penyukat sudu pelbagai saiz (all-in-one)
- Penyukat cawan pelbagai saiz (measuring cup)
- Penimbang ringan
- Plastik asas piping
lain-lain tambah ikut keperluan masing-masing dan apa yang korang berjaya borong kat kedai tu haha

//eja resepi ke resipi ...asalnya recipe kan..hehe..yang penting google semua ada :-)

Wednesday, October 28, 2015

Jangan takut ada sakit tiroid

Hypertiroid dah sembuh. Perkongsian cerita ini mungkin berguna kepada yang masih menjalani rawatan pelbagai masalah tiroid di hospital sana sini dan masih mencari penawar. Dulu 2010 pernah post cerita tiroid di sini. Jadi ini  kira sambungan untuk update pasal gambar keputusan bagaimana jadi wanita normal dan jadi ibu normal seperti yang semua impikan.

Keputusan ujian darah hypertiroid dulu kepada sekarang sudah normal dengan perubatan homeopati

Perubatan homeopati mudah, iaitu kembalikan fungsi organ badan kepada alami/asal. Jadi sepanjang tempoh rawatan cuba elakkan banyak makan ayam. Ayam tu tak bersalah dan memang sedap. Tapi kan tangan-tangan manusia yang menjadikan bencana di alam sendiri kan. Logiknya ayam kalau dah diubah hormon untuk cepat besar, kita pulak yang makan tentulah sesuatu terjadi kepada sistem tubuh badan kita. Jadi di situlah antara punca-punca penyakit zaman moden yang kita ketahui sekarang ini dan yang bakal muncul yang tak pernah kita dengar selama ni boleh jadi. Jom back to nature.

Kepada pesakit, berTABAHlah.

Saturday, October 24, 2015

Jubah Seksi - Itu Long Dress

Jerebu di hujung minggu. Selepas matahari pagi menjengah masuk jendela tahulah keadaan jerebu pagi ni ada kurangnya. Tapi belum tentu lagi nak ramalkan jerebu semakin nipis atau semakin tebal menjelang tengahari nanti. Kesimpulan bahawa memang cuti hujung minggu berdiam di rumah sahaja dengan keluarga, bahaya untuk ke mana-mana. Ni cerita pasal jubah yang sepatutnya jadi trend fesyen muslimah. Jubah yang asalnya hanya sinonim dengan kain hitam dan labuh seperti pakaian tradisi orang Arab, kini dipelbagaikan potongan dan terus menerus sahaja dibolehkan pakai nama jubah selagi ianya seperti long-dress. Tetapi tujuan asal pakaian sinonim muslimah ini sudah lari dari landasan sopan kerana fabrik/kain tak sesuai telah menjadikannya pakaian seksi dan sama seperti sekadar baju panjang / long-dress dan sangat buruk dipandang..ops habislah tak boleh jadi blogger fashionista:-P hehe takpelah asalkan tulisan ini ada yang boleh terima.

Tak nak letak gambar sebab kalau carian tentang jubah seksi memang banyak dan sakit mata melihatnya dari pandangan muslimah lah. Kalau orang lelaki jadi cuci mata lah. Itupun kena tahu tujuan orang lelaki buat carian sebegitu adakah untuk mengambil tahu untuk melindungi keluarganya atau memang sekadar nak cuci mata tu. peace!

Peringatan untuk diri sendiri supaya elakkan dan kawal nafsu membeli jubah dari jenis kain melekap yang cantik-cantik di pasaran. Teringat peribahasa "Ukur baju di badan sendiri". Ada sebab orang dulu-dulu buat peribahasa Melayu ini. Secara baca maksud ayat ini memanglah ukuran baju berlainan. Yang indah peribahasa ini ialah maksud tersiratnya ialah kenali diri sendiri dan lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Kebetulan dalam bab berpakaian pula kita kena tahu tanggungjawab sebagai Muslimah yang bukan terburu-buru berfesyen mengikut trend tetapi perlu kaji adakah impak negatif akibat berpakaian sebegitu. Berat sikit topik tanggungjawab ni tapi pandanglah anak-anak generasi kita seterusnya pula kalau kita membenarkan fesyen sendat mulai sekarang apa pula pegangan mereka nanti andaikata jadi pereka fesyen..

Tambahan pula potongan baju yang siap dipakai (ready made) tak semua sesuai dengan susuk tubuh badan sendiri. Silap beli baju tu yang boleh jadi jubah seksi. Tentu kita pernah nampak dan terpakai sebelum ini. Jadi sempena tahun baru hijrah 1437 ini dan sesuai dengan peningkatan usia sendiri hehe ada baiknya cuba dulu baju jubah dan pusing habis jangan sampai terbonjol sana bonjol sini untuk ditayang kepada umum ok.

Memang dah terkena sebab apabila dipakai, kain melekap ke badan rasa dipermainkan fesyen muslimah yang sepatutnya. Dah jadi fesyen sendat yang tiada beza dengan dress bukan Muslimah. Kalau sengaja pakai tu tak tahulah kan, yang lebih muda mungkin bolehlah ditegur, yang lain apa yang boleh kita buat doalah semoga diberikan hidayah. Berbalik kepada jubah lama tu bolehlah diubahsuai atau bolehlah kain lycra itu dijadikan pelapik baju nursing pula.

Tips untuk kekal sopan dengan gaya jubah, boleh pilih ciri-ciri berikut :-
- Potongan lebih besar dari saiz baju biasa lebih bagus. Contohnya mungkin baju kurung saiz S sesuai tapi potongan jubah lurus menyebabkan tarik. Ini supaya tak sendat terutama kat aset atas, pinggang dan aset belakang. Lebih besar lebih bagus kan. Memang biasanya kena ubahsuai sikit sebab saiz besar biasanya kain memang kena potong. Kalau jenis tangan yang bergetah kadang-kadang tak lah ketara sangat panjangnya. Sekarang banyak trend pergelangan tangan bergetah atau penghujung lengan kecil untuk mudah berwuduk.
- Elakkan jenis kain bergetah yang kosong / plain / satu warna. Sekarang jenis lycra memang banyak tapi cuba perhatikan garisan pakaian dalam pun turut kelihatan jelas ketara. Bandingkan kain yang sama tetapi ada corak biasanya kurang kelihatan atau lebih tepat tak perasan
- Lain-lain kriteria pemilihan terpulang semula kepada diri sendiri. Sebab balik kepada peribahasa tadi ya sila kenal peribadi diri dan ukur baju di badan sendiri ya.

Kepada kawan-kawan yang bukan Muslim panduan ini mungkin tiada kaitan, atau boleh dijadikan panduan untuk berpakaian sopan di Malaysia demi meneruskan menjaga adab sopan ketimuran. Malaysia kaya dengan alam semulajadi, boleh jadikan penghasilan jubah muslimah ini sebagai industri. Kita ada banyak pokok kapas/kapok - ada pengusaha benang,kain - ada pengusaha hasil akhir iaitu pereka fesyen, tukang jahit tempatan - ada pengeluar mesin jahit sendiri - tapi masih permintaan tinggi untuk import baju siap, set telekung, jubah, dll dari China, dari Bandung, dll tempat. Tak terkejar nak kempen barangan Malaysia sebab tak boleh nak kalahkan harga murah dari mereka sedangkan kualiti hasil Malaysia sebenarnya jauh lebih baik dan dihasilkan dengan kasih sayang tempatan. Hehe kempen baik punya ni sebab suka bantal kekabu tempatan dan selalu cari cadar 100% cotton jugak kan. Bagaimana agaknya nak banyakkan kilang buat baju seperti di sana ya supaya Malaysia boleh eksport ke luar. Dengan gaji minima RM1000 mahu ke kita jadi tauke dan bayar ramai pekerja tempatan yang memang mencari peluang pekerjaan. Bagus kalau ada banyak kilang baju boleh beramal dan kurangkan kemasukan pekerja warga asing yang banyak mengundang waspada. OK dah berangan setakat ni, sila sambut idea kilang baju ni ya jika ada pengusaha baju dan bercita-cita menjadi tauke industri baju dari Malaysia. Saya sokong korang, usahawan wanita Malaysia berani dan kental! Dah pegi update kat FB tu katakan dengan berani korang terima tempahan dari serata pelusuk dunia..yeah!! 

Wednesday, October 21, 2015

Masih riki bahan-bahan buat kek yang halal

Jerebu kat luar membantutkan lagi usaha untuk riki kedai-kedai yang menjual bahan kek dengan cap Halal Jakim. Faham kenapa takde sebab Malaysia negara pengguna so semuanya tu dibawa masuk dari pelbagai negara. Jadi dek kerana trend sekarang budak-budak dah pandai minta kek dan nak join ber-home made bagai, dan macam-macam pulak jenis benda makanan luar nak di-tempatan-kan, jadi agak berhati2 nak ikut jejak ibu lain.
Butter, Whipping Cream, Heavy Cream, Coklat masakan, Shortening, warna, apa lagi..hmm

Kalau pergi kedai bakeri biasanya mereka akan kata halal sebab memang ada cap halal dari negara asal..terutama kalau bahan-bahan dipaketkan semula..jadi biarlah lambat sikit pencarianku ini ya. Sambil-sambil tu kita belajar je la buat je resipi dari bahan tempatan ya. Budak-budak cuma nak deko jer yang menarik kan.


Post bosan takde gambar, dalam musim jerebu..dari sebuah pusat bandaraya yang sunyi dan jerebu di hati juga..demam, sakit tekak dan batuk silih berganti..dah banyak minum air pun rasanya sumber air pun dah tercemar..ya Allah pulihkanlah udara Shah Alam dan Malaysia semua..tahulah memang benarlah jerebu ini akibat tangan-tangan manusia..kita bukan nak salahkan sesiapa, sebab kita juga yang mungkin tak jaga bersama. Ya Allah ampuni kami semua..sambil berharap hujan hari ini di bumi Shah Alam.

Saturday, October 17, 2015

Blog Si Cilik : Komik Upin Ipin

Dah puas tengok video upin ipin di youtube. Dah berapa kali agaknya kita ulang-tayang tak jemu-jemu tonton sebab sangat comel kan. Ibu ni jenis suka tengok dulu full episod mana-mana video barulah anak-anak boleh tengok sebagai Tapisan! mesti buat camni sebab sekarang macam-macam cara nak pesongkan dan leka anak bangsa kita melalui media kan. OK taknak cerita pasal Tapisan di sini. Nak cerita kebaikan kartun si Upin Ipin. Apa kaitannya dengan perkembangan anak-anak?Begini.

Sebelum kenal huruf, si Kakak asyik melayan video upin ipin sehingga hafal rangkap-rangkap dialognya (hehe asyik Kakak je jadi bahan eksperimen di sini) Sekarang adik-adik pun sama dah tahu jalan cerita tapi masih suka ulang-tayang banyak kali.

Sekarang dah kenal huruf, dan tahu baca sambungan suku-kata, kami belikan komik upin ipin pertama untuk nge-test. Untuk ajar si anak hargai buku (dan hargai duit yang kami keluarkan tu) kami gilir-gilir duduk mengeja dialog-dialog (yang sama seperti video upin ipin) dalam komik bersama si Kakak. Kalau tak berteman nanti Kakak tak nak baca. Katanya nak berteman. Jadi oleh sebab ibu asyik layan adik kecik ni dan masih sibuk bf, jadi kebanyakan part berteman ni dengan ayah lah. Hehe macam iklan burung murai tu kan..

OK kepada ibu ayah jadilah peminat upin ipin juga ya, sebab sambil mengkaji jalan cerita dan cedok kebaikan yang dapat dipelajari, sambil tu boleh baca sama-sama versi komik dan ambil bahagian dalam aktiviti lain yang ada dalam komik itu pula.

Teringat kata-kata motivasi pagi di radio IKIM : Biar tak kaya tapi banyak masa bersama keluarga..Biar kereta kecil tapi boleh bersiar dengan keluarga bersama-sama. Tak tepat tapi gitulah lebih kurang ayatnya huhu aduss si pelupa ini..

Blog Si Cilik : Belajar cantum lego

Pengaruh TV! Sekarang pengaruh Youtube lebih kuat daripada iklan TV. Hm sekali lagi si ayah akan kalah dengan permintaan anak kecil yang comel ini iaitu si Kakak berusia 5 tahun. Dia memang sudah pandai meng-ayat memujuk untuk minta macam-macam. Ini cerita hari yang dia minta dibelikan lego. Semasa kecilnya pernah dibelikan macamlego saiz besar ABC tu di kedai 99* tapi kali ini dia sudah tahu adanya produk jenama Lego - siap ingat ejaan - maklumlah dah pandai baca suku kata. Oleh kerana kedai yang dekat iaitu 99* takde jual kami bawa ke Tes*o jugalah. Fuh nasib baik tak bawa ke kedai Toysr*s..Memang ada dan banyak pilihan. Lebih banyak kepingan lego, lebih mahal harganya. Oleh sebab ini pembelian pertama, kami pandang yang paling murah dan sedikit kepingannya sesuai untuk anak perempuan, dan kemudian pandang kepada si adik kecil yang baru pandai jalan dan pandai makan apa sahaja tu!..hmm tentu tahu apa kami si ibu ayah fikir kan?Jadi dialog ni terus muncul dan ditujukan kepada si Kakak:

"Kakak, kalau main lego kena main di atas meja ya, tak boleh sepah di lantai nanti adik masuk mulut"

Kakak pun angguk dan senyum tanda setuju. Kalau dibuatkan muka kartun agaknya muka kartun comel yang sedang tersengih sampai ke telinga dengan gigi depan takde dan mata bersinar-sinar gitu.
Lalu kotak lego di atas rak dengan tema "Heartlake City Pool" diberikan ke tangannya. Tapi set yang kami beli hanya sebahagian daripada set penuh. Cukuplah untuk menguji permainan sebagai permulaan.

salah satu lego full set

macam-macam review lego di youtube


"Tau tak kenapa lego bahaya untuk adik?"
Dengan selamba dia jawab, "Tau. Nanti adik ingat coklat dia masuk mulut, makan."

"Bagus, jadi lepas main kena ke...?" ibu minta Kakak sambung ayat..
"..mas!" sambungnya
"Hah janji kemas tau!"

Ha gitulah ceritanya lebih kurang pasal Lego ni. Ibu ayah memang nak belikan tapi kena ajar supaya kemas dan tak bersepah supaya adik tak tertelan lego. Gitulah risaunya kami mula-mula. Tapi kebaikan lego ini ialah ia datang dengan macam-macam tema dan produk akan datang, cuma yang bagusnya lego lama pun boleh dipelbagaikan semula untuk cipta rekaan lain pula dan boleh digabungkan dengan tema baru.

Skill yang anak dapat :

Eh macam ibu ayah terlibat main sama ni. Nampak sangat kecik-kecik kami tak berpeluang begini. Seronok juga melayan cara pasang lego sebab sama-sama dengan anak cuba pasang ikut lembaran manual yang disertakan. Nak tahu apa lagi cerita Lego ni? Nantikan sambungannya.

Tuesday, October 13, 2015

Tol Naik 2015 - Kadar Baharu Tol Bagi 17 Lebuh Raya Bermula 15 Oktober 2015

Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 12, 2015 23:33 MYT
Mulai 15 Oktober 2015, 17 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Bagi LEKAS, kenaikan kadar tol adalah di antara 10 sen sehingga RM2 manakala bagi SDE, kenaikan adalah di antara 80 sen sehingga RM4.70.

Kenaikan kadar tol bagi SKVE adalah di antara 70 sen sehingga RM2.80.

Berikut ialah carta kadar kenaikan tol bagi 14 lebuh raya yang lain:

Tol Naik

Monday, October 12, 2015

Sambutan Ambang Hijrah Sehari Sebelum Dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor

Salam Maal Hijrah 1437 yang akan disambut pada hari Rabu 14 Oktober 2015. Tapi sebelum cuti Rabu ni, ada sambutan Ambang Hijrah iaitu sehari sebelumnya akan diadakan di kebanyakan surau dan masjid, yang biasanya adalah acara ringkas membaca doa akhir tahun dan awal tahun bersama-sama. Di sini dikongsikan promosi majlis sambutan Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan peringkat negeri Selangor, yang akan diadakan pada hari Selasa, 13 Oktober 2015 bermula jam 7.00 petang.

Jika anda belum pernah menyertai aktiviti anjuran Masjid Negeri Selangor ini silakan mengikuti pelbagai acaranya melalui website rasmi http://www.mssaas.gov.my/ Informasi ini dihebahkan untuk makluman kita sebagai ibu ayah yang inginkan suatu Hijrah yang dapat dikongsi dengan keluarga iaitu mendekatkan diri dengan majlis-majlis di rumah Allah. Oleh sebab masjid negeri ini diurustadbir dengan baik dan website dan Faceboooknya sentiasa dikemaskini dengan baik jadi disarankan anda terus mengikuti acaranya dan libatkan ahli keluarga juga, atau hebahkan juga di kalangan saudara baru yang anda tahu. Mereka mungkin tercari-cari informasi sebegini. Ok salam hijrah dan salam kejayaan! 




HADIAHKAN KALENDAR SUNNAH SEBAGAI HADIAH TAHUN BARU HIJRAH ANDA DAN KELUARGA! TEMPAH STOK ANDA SEKARANG!

Dapatkan hadiah sempena Hari Hijrah anda tahun ini - sebuah Kalendar Sunnah untuk rumah/pejabat anda - Harga RM 55 (Sila tambah RM10 untuk pos)
Tempah senaskah Kalendar Sunnah untuk keluarga anda sekarang, Hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Selamat Tahun Baru Hijrah Ke 1437 - Dapatkan Kalendar Hijrah pertama anda!

Salam tahun baru Hijrah ke 1437. Tahun ini 1 Muharam jatuh pada hari Rabu 14 Oktober 2015. Jadi selamat bercuti bagi rakyat Malaysia. Nah ini ada promosi terbaik untuk anda seisi keluarga berhijrah bersama-sama! Memperkenalkan KALENDAR SUNNAH iaitu kalendar yang mesti dimiliki oleh setiap orang muslim. Bawa pulang 1 kalendar untuk 1 rumah, ya jadikan kalendar ini HIJRAH terbaik kerana ia bukan sekadar kalendar bulan Islam. Tambah pengetahuan anda dan anak-anak mengenai bulan Islam dan kaitan dengan pergerakan bulan. Wah tentu menarik hadiah HIJRAH keluarga anda tahun ini kerana langsung terus ilmu astronomi. Manalah tahu ia pembuka minda anak-anak supaya terus meminati bidang astronomi dan bakal menjadi ilmuwan sains astronomi akan datang. Jom mulakan dengan memiliki Kalendar Sunnah sekarang. Hijrah itu pengorbanan. Salam Maal Hijrah.

Berminat sila hubungi kami, boleh pos ke rumah atau pejabat.
Whatsapp/SMS "Nak kalendar sunnah - alamat No.1,JlnXX,Bandar XX" ke 016-5618787 / 016-2484633


Harga RM 55 (Sila tambah RM10 untuk pos)
Tempah senaskah Kalendar Sunnah untuk keluarga anda sekarang, hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Bantu orang lain memiliki Kalendar Sunnah jugaJika anda ada kedai buku, atau ada online shop, atau berminat menjadi pengedar Kalendar Sunnah di tempat anda boleh hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Thursday, September 17, 2015

Tukar Nilai Ringgit Kepada Emas Fizikal

Salam sejahtera. Jangan biarkan nilai wang kertas ringgit di tangan anda terus jatuh. Jom ibu ayah, anak-anak, pemuda pemudi Malaysia belikan terus emas fizikal tak kira apa barang pada hari gaji anda. Gitulah cara mudah memandaikan bangsa. Tiada masa membeli-belah jom shopping emas fizikal secara online - terus kepada anda - selamat dan jimat kos upah, parking dll. Semudah 1-BUKA WEBSITE - 2-PILIH - dan 3-BAYAR. Kat mana? SINI kedai emas melayu online : www.gsr2u.com.my/wangdinaremas

Beli emas ikut bajet anda. Pilih emas ikut beratnya (dalam Gram) Sebaiknya beli terus pada hari gaji, bukan beli selepas berbelanja sakan. Sekadar info ringkas untuk renungan bersama - lagi cerita rahsia kelebihan emas, dinar dan rahsia kekayaan di www.emasborong.com
Jom pandaikan bangsa :-)




Monday, August 17, 2015

Siaran Langsung Persidangan Dewan Negeri Selangor

Siaran langsung persidangan Dewan Negeri Selangor disiarkan di TV online ini yang diberi nama TV Selangor. Alamat URL di sini >> http://tv.selangorku.com

Siaran dibawakan secara internet streaming sejak tahun 2007.
Selamat menonton warga Selangor di mana jua anda berada!

Inilah TV Selangor

Bas Percuma Di Selangor Bermula Julai 2015

Selamat bulan Ogos rakyat Malaysia! Hm apa kaitan dengan tajuk kali ni? Bulan Ogos ialah Bulan Kemerdekaan negara ku Malaysia. Dan sebagai rakyat negeri Selangor pula ada berita gembira iaitu munculnya perkhidmatan terbaru Kerajaan Negeri Selangor iaitu BAS PERCUMA.

Bas Selangorku - jenama bas percuma disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor

Bas Selangorku - jenama bas percuma disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai platrform mesra kerusi roda


Tentulah usaha kerajaan macam inilah yang sangat-sangat diharapkan oleh kami rakyat yang sentiasa tak miss membayar cukai di negara sendiri ini huhu. Kalau nak tahu perkhidmatan bas ini sudah ada majlis pelancarannya pada bulan Julai 2015 jadi boleh cari tentang cerita rasminya contoh sini. Apa yang penting ialah kita kena jadi pengguna baru boleh cerita bagaimana rasanya naik bas percuma ni kan? Bukan cerita pasal naik bas yang kita nak tahu tapi cerita tentang kelebihannya, laluan bas, sesuai tak hentiannya dan pengalaman ikhlas korang yang pernah naik bas percuma ni. Mana-mana usaha kerajaan yang baik untuk rakyat kita sokong dan harap lebih banyak bas dan lebih banyak hentian popular setiap daerah dilalui. Semoga negeri Selangor terus maju dan diredhai Allah, kerana pemimpinnya selalu sebut nak jadikan Selangor negeri yang Baldatun Thoyyibatun Wa Robbun Ghofur : hah cuba cari apa maksudnya tu :-)
#saje kasi ayat tergantung haha supaya macam soalan kuiz gitu.

Friday, August 14, 2015

Selamat Hari Merdeka Malaysia 2015 Ke 58 Tahun

31 OGOS 1957 - Dahulu perjuangan membebaskan penjajah negara
31 OGOS 2015 - Kini dan seterusnya perjuangan mempertahankan identiti Malaysia daripada penjajahan alaf baru


Thursday, August 6, 2015

Tunai Untuk Digunakan, Emas Untuk Simpanan

GST? Inflasi? Stress memikirkan masa depan anak-anak andai kita tiada di dunia ini? Apalah agaknya untuk diwariskan anak cucu ya..mari kita bertenang dan mendalami langkah bijak orang dulu-dulu iaitu bagusnya meneruskan kesedaran menyimpan emas sebagai aset masa depan. Kalis inflasi!

Dan saya petik lagi kelebihan wang syiling emas yang dinamakan Dinar dari website www.emasborong.com Hm kepada yang baru berjinak-jinak dengan hobi mengumpul koleksi emas perak, sila lihatlah kelebihan Dinar ini :-

40 KELEBIHAN DINAR

1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan
15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan

Wednesday, May 6, 2015

Harga Baru Produk Gamat Emas Sdn Bhd

Kongsi senarai harga terkini produk dari Gamat Emas Sdn Bhd bermula 16 April 2015 untuk rujukan pengedar dan pelanggan setia produk terlaris di pasaran ini. Kepada yang baru mengenali syarikat ini, produk keluaran Gamat Emas sudah terkenal dan masih kekal berkualiti tinggi dari zaman berzaman. Walaupun terpaksa terkesan dengan kenaikan sedikit harga tetapi yakin dengan kualiti produk yang dikeluarkan sehingga pengguna setianya sentiasa ada dan sentiasa mencari produk keluaran syarikat Gamat Emas Sdn Bhd. yang terkenal dengan khasiat dan kesan positif yang dirasai pengguna. Antara produk popular masih Pati Gamat Plus, Pati Gamat Plus Vitamin, Spirulina Plus (nama baru), kapsul Femmina (untuk kesihatan wanita), Bio-B Plus (untuk perkembangan minda anak-anak) dan macam-macam lagi produk untuk menjaga kesihatan dan juga kecantikan. OK lihat senarai harga terkini berikut. Untuk Order boleh e-mel rosnah.miskan@gmail.com seperti maklumat cara-cara order pada page katalog produk kesihatan. Jom terus sokong usahawan gamat Melayu demi produk kesihatan (supplement) buatan Malaysia yang halal, bersih dan tanpa was-was! Terbaik Gamat Emas Sdn Bhd! 

Harga baru produk Gamat Emas Sdn Bhd 2015

Tuesday, May 5, 2015

Demam Campak ke Demam Virus

Kesian kalau baby demam kan. Doktor kata demam virus ni..kemudian dia senyum dan kata demam tu pun akibat viruslah kan. Layan jer la. Yang pasti selepas tu doktor tanya kalau nak buat ujian darah pun boleh. Jadi untuk lebih yakin buat ujian darah. Sekejap je guna tester. Cuma part mengambil darah tu baby nangis lah sebab cucuk hujung jari kaki yang comel kena picit-picit untuk kasi keluar darah ikut sukatan minima penyuntik tu. Ini result nya terus print. Sah bukan denggi, alhamdulilah - itu yang terlintas sejurus diterangkan cara membaca ukuran darah seperti Platlet adalah normal. Jadi selesai urusan di klinik tanpa ubat di situ kerana akan terus berikan baby pil Demax homeopati untuk redakan demam. Selang 10 minit beri lagi sebiji. Lepas menyusu dan tidur sebentar, baby mula berpeluh dan dahi pun dah tak panas lagi. Petang tu dalam jam 3 petang beri baby mandi air paip biasa. Selesai mandi macam biasalah menyusu lagi. Kemudian baby pun dah kembali aktif merangkak dan meneroka dunia sendiri tanpa merengek lagi.

Wednesday, April 29, 2015

Street Pasta Delivery!

Street Pasta - beroperasi secara Mobile Cafe di Seksyen 17, Shah Alam - Kini kami nak menawarkan promosi untuk Delivery ke Pejabat. Nak test permintaan kawasan. Sila tinggalkan alamat pejabat anda di ruangan Komen atau SMS 016-2484633 ! 


MENU PROMOSI BULAN OGOS 2015 :-
1. Spaghetti Carbonara (RM8)
2. Spaghetti Meatball (RM8)

Cara Order : Tempahan Awal, iaitu "Untuk Seminggu" gunakan Borang Tempahan Delivery di sini

Cara Bayar : Terus ke akaun berikut (Online Banking atau Mesin Deposit)

Waktu Penghantaran : Dari jam 10.00 pagi mengikut jadual kawasan (akan ditentukan kemudian. anda akan dihubungi)

Untuk Delivery - Hantar ke pejabat. Dan hanya untuk kawasan tertentu sahaja - iaitu pejabat di Pusat Bandar Shah Alam, Seksyen 14 dan sekitarnya. Dan untuk pejabat kerajaan diharap dapat tolong turun ambil sebab jimat masa ambil pas, lif dan sebagainya.

Kami datangkan dalam pek individu, jadi kalau anda nak panaskan semula guna Microwave* atau kuali* bila-bila masa pun boleh. Kalau nak tapau untuk bawa balik, boleh je masukkan dalam peti ais dan panaskan di rumah untuk dinikmati bersama yang tersayang. Sebabnya pasta macam ni memang sedap makan panas-panas baru terasa sos tu mencair di mulut..hmm  juicy..cuma sekarang ni ramai yang habiskan masa sangkut dalam jem, lambat balik rumah tak sempat nak keluar cari tempat makan, parking takde dan macam-macam lagi. Jadi Delivery ni diharap dapat mudahkan orang-orang yang bekerja. Amacam sos juicy bikin anda leleh gitu!

*Tips untuk panaskan guna Microwave : Gaulkan mi spaghetti bersama sos Carbonara atau sos Meatball

#Shah Alam Resident Business group
#streetpasta

Tuesday, April 7, 2015

Beli Kalendar Sekali Seumur Hidup?

Assalamualaikum. Ada perkongsian menarik hari ini tentang Kalendar Hijrah atau Kalendar Islam yang pertama dalam bahasa Melayu ini! (alamat website rasmi ialah www.kalendarsunnah.com) Bukan sekadar kalendar! Sangat-sangat teruja nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk seluruh umat Islam khasnya kerana kita selalu rujuk tarikh Masihi sampai lama-kelamaan kalendar Hijrah pun macam dekat nak bulan puasa baru sibuk nak bila nak raya dan hanya beberapa peristiwa kalendar Islam sahaja kita ambil berat. Jadi sebagai ibu ayah yang semakin prihatin dengan kepentingan kalendar akhir zaman ini, ayuh buat perubahan untuk biasakan anak-anak dan cucu-cicit dengan nama bulan-bulan Islam. Semudah beli 1 kalendar sunnah untuk 1 keluarga. Di sini dikongsikan kelebihan memilikinya :-

Kalendar Hijrah pertama dalam bahasa Melayu kini di tempat anda! Jom hijrah dengan Kalendar Sunnah


Harga RM 55 (Sila tambah RM10 untuk pos)
Tempah senaskah Kalendar Sunnah untuk keluarga anda sekarang, hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Bantu orang lain memiliki Kalendar Sunnah juga
Jika anda ada kedai buku, atau ada online shop, atau berminat menjadi pengedar Kalendar Sunnah di tempat anda boleh hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Friday, February 6, 2015

Apam Polkadot Angrybird

Salam sejahtera. Cuba tengok siapa masuk Kedai Homemade Styloibu hari ini?? Hah si comel Apam Angrybird Polkadot. Saiz comel dan sangat mudah dimakan..sekali ngap!jer.. Kini dibuka untuk tempahan. Boleh pilih inti Blueberry atau Strawberry ya.





Apam comel ini sesuai tempahan untuk :-

  • Dijadikan snek lazat untuk anak-anak dan seisi keluarga
  • Snek untuk jamuan hari lahir
  • Dibungkus comel sebagai hadiah
  • Digubah jadi hantaran pun boleh
  • Snek untuk meja pemanis mulut / Candy Buffet semasa majlis perkahwinan/keraian
  • Makan hari-hari pun sedap
Sila nyatakan jumlah berapa biji apam polkadot Angrybird yang diperlukan. Contoh 1 dozen=12 pcs, atau 50 biji, atau 100 biji dan lain-lain..

Jangan lupa tempah awal sebelum majlis berlangsung tau. Nanti kita buatkan cantik-cantik OK!
Whatsapp : Acik Ros 016-2484633 / Wati 017-3861034

Friday, January 30, 2015

Video Tentang Proses Kelahiran

Adakah anda bakal jadi ibu baru? Atau anda kali ini ingin melahirkan bayi secara normal/semulajadi? Perut dah semakin membesar tapi masih tak tahu apa yang bakal dihadapi untuk esok hari..di sini dikongsikan video Proses Kelahiran dari Channel Myhealth di Youtube sebagai usaha menambah maklumat dengan content bahasa Melayu dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang saya rasa berguna untuk semua bakal ibu dan ayah. Semoga bermanfaat.


Er jangan takut ya ibu-ibu, ketahuilah sesungguhnya anda adalah insan terpilih yang diberikan kesempatan merasai nikmat mengandung dan diuji dengan proses melahirkan anak sendiri..tenangkan hati dan ingatlah besarnya ganjaran pahala hanya layak dari Allah yang Maha Mengetahui. Ucapkanlah Allahuakbar! ketika anak itu keluar.