Followers

Monday, June 22, 2020

Resipi Untuk Anak Dan Keluarga : Kek kurma

Ramadan 2020 dah berlalu, Raya 2020 pun dah berlalu. Yang tak berlalu ialah masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan kerana pandemik Coronavirus.

Kalau stok buah kurma ada lagi boleh bagi anak-anak makan begitu sahaja atau jadikan kek kurma macam ni. Boleh makan bila-bila masa untuk sarapan atau minum petang. Ada banyak cara nak masukkan kurma ke dalam adunan kek ini, sama ada blend semua sekali atau jadikan pati kurma dengan cara rebus guna sedikit air. Resipi di sini yang paling mudah untuk blend sekaligus, jadi kek kalau dipotong nanti tak berapa nampak tekstur kurma kelihatan di mata anak-anak gitu..

Bahan kurma, telur dan gula saya satukan guna Mixer tangan jenama Speedy Chef (seperti dalam gambar) dari brand barang dapur yang memang legend iaitu:Tupperware original. Saya dah cuba Speedy Chef ni memang sesuai untuk kegunaan ibu yang ade anak kecik macam saya sebab portable, ringan, tak bising dan paling best =memang mudah nak cuci! Boleh la jadi pengganti mixer elektrik bising dan banyak part nak buka dan cuci. Anak pun boleh bantu preparation (prep) guna Speedy Chef sebab cuma putar tangan dah boleh kembang setaman bahan-bahan dalam mangkuk mixer tu. Kat rumah memang anak berebut nak tolong putar. Ok lah lain kali buat cerita review produk ok tak. Boleh dapatkan Speedy Chef dari stokis/centre Tupperware original terdekat dengan harga promosi dari semasa ke semasa, atau jadi aje ahli boleh dapat penjimatan banyak utk koleksi Tupperware original. Cerita produk ni kalau nak tahu lebih boleh tinggalkan komen ya, panjang cerita lama tak buat party Tupperware macam zaman mak-mak dulu kan..

Nak kurangkan manis boleh ganti gula pasir dengan gula perang.
Kalau sedap nak buat banyak bolehlah gandakan sukatan ya.

Ni post blog gambar aje memang tak sempat nak buat video buat masa sekarang..resipi pun buat mana yang boleh siap cepat sebelum baby kecik terjaga atau datang ganggu minta dukung. Biarlah orang sibuk dah jadi youtuber kite masih jadi blogger..channel youtube dah buat [YoutubeChannel] tapi masih takde content yang sesuai. hm kemudian la kite try upload video.



Kek Kurma

A:Blend/Mixer:
3 biji telur
10 kurma
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila

B:Cairkan: 1/2 cawan marjerin

C:Ayak:
2 cawan tepung, 
1sudu kecil serbuk penaik,
1sudu kecil soda bikarbonat

Acuan : Loyang +-6 inci

Cara: 
1.Gaul mesra A+B+C,
2.Kukus 15 minit/hingga masak

Kek dalam gambar ni hasil kukus. Hasilnya lebih lembap / moist. Nak bakar pun boleh.
Selamat mencuba eksperimen resipi, selamat menjamu selera. Maaf atas sebarang kekurangan.
Semoga perkongsian bermanfaat buat panduan anak-anak rujuk akan datang.

Doa untuk dunia supaya bebas wabak coronavirus..amin..


Hari ini 22 Jun 2020: Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Doa untuk dunia supaya bebas wabak. amin..

Sketch : SILENCE



Sketch using eyeliner.
Kenapa dengan eyeliner? Boring la tu sebab kerja dari rumah eyeliner tak digunakan sebagai mekap boleh pulak jadi pensel yer..
Sebenarnya nak doakan seluruh dunia sama-sama lawan pandemik coronavirus, teruskan duduk diam di rumah, kalau dah melepasi PKP/MCO kena bekerja, keluar teruskan SILENCE sebagai benteng jarak sosial masih 1 meter, guna mask, sanitiser, cuci tangan dengan sabun..

Sape nak teruskan mewarna boleh download :-)