Followers

Saturday, October 31, 2015

Kursus Food Styling Oleh Sifoo Dot Com

Orang macam saya yang suka seni grafik tapi takde peluang belajar dulu memang suka Follow cerita perkongsian ilmu grafik yang disediakan oleh Sifoo Dot Com. Pengikut setianya juga terdiri daripada penggemar fotografi sebab pengasas Sifoo ni memang tak lokek ilmu banyak kongsi tutorial dan buat macam-macam kelas mengenai seni grafik dan fotografi.

OK pendek cerita ternampak update kursus tahun ini yang sangat best untuk sesiapa yang suka ambil gambar makanan cantik boleh join kursus mereka. Sangat berbaloi belajar dengan sifu dari Sifoo ini. Kepada anak-anak yang membantu ibu ayah dalam perniagaan makanan bolehlah belajar cara mempromosikan hidangan makanan korang yang sedap supaya NAMPAK lebih sedap di mata pelanggan dan bakal pelanggan nanti. Selamat maju jaya semua!


Friday, October 30, 2015

Simpan Resipi Kek Oreo Cheesecake Mudah Dengan 4 Bahan Asas

Ciskek? Camni ke menyebutnya haha saje je tukar ejaan. Amboi anak-anak sekarang cepat je tau jenis-jenis kek. Tak sempat tunggu Cheese Malaysia keluar kat pasaraya terkenal terpaksa la guna apa yang dijual di Bagus dan lain-lain kedai bahan bakeri. OK jom sekali lagi libatkan anak-anak untuk main masak-masak, kita buat Oreo Cheesecake yang mudah sebab bahan-bahan tak banyak sangat nak sediakan. Lagi satu tak perlu oven jadi selamat untuk kelas memasak anak-anak. hehe macam ada ramai je budak-budak join dapur korang tu. Kalau korang pengusaha taska apa salahnya jadikan kelas buat cheesecake ni salah satu ilmu Skill Survivor, tentu taska korang lebih menarik untuk ciptakan suasana sel-sel otak mereka berhubung.

Mudah tu sebab 4 jenis bahan sahaja, dan 3 kali kerja sahaja.

Bahan-bahan :-

1. Dua (2) peket biskut Oreo - jadikan 3 jenis
- Hancurkan halus untuk dijadikan tapak kek (base cake)
- Hancurkan kasar untuk bahagian kek
- Patah-patah 4 untuk hiasan atas kek

2. Butter - 50g - cairkan
3. Cream Cheese - 250g
4. Susu Segar - 100 ml


Cara-cara :-

1. Buat tapak kek atau base : Gaul oreo hancur dengan Butter cair. Tekan untuk dipadatkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit Butter bawah dan tepi loyang.
2. Buat isi kek atau filling : Putar Cream Cheese sampai kembang, masukkan susu segar dan gaul dengan oreo kasar. Tuang atas tapak kek tadi. Boleh tambah lagi oreo kasar sebagai hiasan.
3. Masuk dalam peti ais sehingga 4 jam atau hingga membeku. Siap.

-----------------------------

Resipi ni boleh diubahsuai lagi ikut citarasa di lain kali. Yang penting dah tahu bahan asas dan cara buat. Resipi ni tak ditambah gula sebab biskut oreo tu dah manis dan memang ikutkan sekali dengan inti vanila yang sedap tu. Kalau nak tambah juga boleh tambah sedikit gula aising selepas putar Cream Cheese. Boleh juga tambah sedikit perahan jus lemon untuk kurangkan rasa lemak Cream Cheese itu. Selamat berkarya dengan resipi Cheesecake sendiri. Makan pulak cedok pelan-pelan macam kalau makan/dating kat restoran mahal tu kan, satu slice sampai berjam-jam duduk situ sebab selesa sangat siap dalam aircond. Kan?

Takde loyang kek pun takde masalah untuk cheesecake jenis sejukkan camni. Boleh je buat dalam sebarang loyang atau bekas seperti plastik Tupperware biasa atau dipelbagaikan ke bekas-bekas kecil. Ni pinjam gambar dari google pasal cheesecake.

Kalau korang memang suka (fotografi) ambil gambar makanan yang cantik boleh belajar lagi bagaimana teknik Lighting mudah nak ambil gambar makanan yang menyelerakan dengan Kursus Food Styling/Whatthefoo - dari Sifoo Dot Com 


---------------------------------

Kos main masak-masak kali ni :-
Oreo 2 peket RM6.40
Buttercup  RM5.20
Philadelphia Cream Cheese RM15.60
Dutch Lady UHT Fresh Milk 1 liter RM7.90

Simpan Resipi Donat Gebu Mudah - Guna Telur

Salam Jumaat ibu ayah Mithali di luar sana. Rupa-rupanya ada 2 petua utama untuk buat donat gebu, iaitu:-
No.1 = Aktifkan yis terlebih dahulu
No.2 = Kesabaran! kerana doh perlu rehat beberapa kali sebelum boleh goreng dan makan

Jadi kita perlu urus masa persediaan secukupnya supaya dapat main masak-masak dengan tenang. Kalau dah tenang tu semasa tunggu doh naik nanti sempatlah nak jemur kain ke, masak mende lain ke, layan anak-anak ke hehe gitulah maksudnya. Ha meh kongsi sini dan baca dengan penuh kesabaran juga ya. Jadi patutlah dengan harga kuih donat gula tu sekarang termasuk upahnya 50 sen sebiji kan (ni harga semasa di Shah Alam tempat lain tak tau lah, yang pasti harga makanan semakin naik dan kita memang bukan pengeluar tepung sendiri dan permintaan makanan berasaskan tepung memang sentiasa tinggi. Takde siapa bersalah di sini ok, sebab kita negara pengguna) Dah jangan terbawa mood tol naik ke harga naik, yang penting tingkatkan skil masak-masak jer lah di sini.Jom sama-sama berkongsi ilmu demi anak-anak yang akan baca dan teruskan ilmu ini pula.

Bahan-bahan :-

3 cawan tepung gandum - diayak

1 peket yis (serbuk yis mauripan kecil)

1 cawan air suam

3 sudu besar susu pekat

4 sudu besar gula

1/2 sudu teh garam

3 sudu besar mentega/marjerin - dicairkan

1 biji telur

Cara-cara:-

Misi 1 : Hidupkan atau atktifkan yis
Bancuh gula dalam air suam. Campur susu pekat. Kemudian masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. (Petua No.1 dan No.2 diperlukan di sini)

2. Dalam bekas lain, pukul 1 biji telur asal sekata. Campurkan marjerin yang telah dicairkan. Kacau.

3. Campur yis yang sudah berbuih macam teh tarik tu tadi. Kacau.

4. Uli adunan menjadi doh besar.
* Doh memang agak lembik. Jadi bila nak uli tu boleh letak tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda. (Petua No.2 sangat diperlukan di sini)

5. Dah lama bersabar? OK barulah boleh bentukkan doh ikut suka. Caranya untuk donat bolehlah guna teknik canai dan terap. Kalau untuk donatball buat bulat sebesar 20sen gitu.

6. Lepas bentukkan, susun ke dulang dan rehatkan lagi dalam 5 minit. (Petua No.2 sikit diperlukan di sini)

7. Goreng dalam api sederhana supaya luar kering dan dalam masak. Semasa goreng pun doh akan kelihatan kembang sedikit lagi.

8. Angkat atas redai/tapisan. Hiaskan ikut citarasa.

Hiasan/topping:-
- Gula halus
- Coklat - Boleh cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega dan gula aising. Guna kaedah double boiler atau masuk microwave - hehe
- Untuk donatball boleh taburkan gula aising sahaja pun dah cukup menarik

- Hiasan lain-lain korang editlah resipi ni ikut hiasan korang ya. Kalau anak-anak yang jadi tukang hias memang macam-macam boleh jadi. Kalah donat mahal tu kan. Yang penting asasnya ialah donat gebu dah menjadi bolehlah korang pelbagaikan hiasan tu. Tentu anak-anak suka.

Sembang sikit.
Jom berkongsi ilmu yang tak seberapa ni untuk diwariskan kepada anak-anak demi skill survival mereka pada masa depan. Jangan biasakan mereka dengan hidup pinjaman sana sini, ajar semula skill semulajadi yang hilang kerana ikutkan kemodenan pelajaran akademik. Ayat agak pelik tapi nak bagitau jangan risau kalau anak taknak belajar gitu buat menambah tekanan hidup je. Ha ini belajar dari kawan anak sepuluh yang sempoi, baik hati dan senyum je ke pejabat. Zaman mak dulu masih ada lagi KEMAS anjurkan main masak-masak percuma kepada penduduk sekitar tapi sekarang dok bandar ni nak belajar semua kena bayar. Budak perempuan dah tak kenal barang dapur. Sekarang nak berguru dengan makcik jual donat pun kena bayar join kelas masak-masak dia, amboi best kan peluang buat duit kat bandar ni. Positifkan minda ya ibu-ibu, nanti anak lahir pun semoga positif mindanya. Doa lebih sikit hari ini hari Jumaat.  

Pengorbananan wanita : postur struktur tulang berubah selepas bersalin

Simpan sini perkongsian internet mengenai kenapa ibu-ibu sakit tulang belulang selepas menjadi ibu..kadang-kadang kebas kaki, kebas tangan, ngilu sana sini..yang penting ia perlu difahami oleh teman sehati sejiwa iaitu suami. hehe sweet kan kalau suami faham bolehlah minta tolong urut-urut. Inilah sebenarnya romantik sepanjang hayat, menghargai pengorbanan isteri yang merosot kesihatannya kerana redha mengandungkan zuriat bersama. Ha ibu-ibu jom fikir yang indah-indah je ye, kalau tak pernah diurut manja kita harap lah semoga terbaca lah suami tentang cerita ni dan tahu-tahulah nak mulakan memanjakan isteri. Dalam hati memang nak sangat dimanjakan, hehe ini bukan manja yang dibuat-buat, inilah namanya manja bertempat.

--------------------------


Perubahan postur wanita ketika hamil..Lelaki, sila lihat dan fahamilah kenapa isteri merungut sakit pinggang, pinggul dan belakang..Perubahan ini berlaku ketika mengandungkan zuriatmu. Namun selepas bersalin, ia tidak akan sembuh 100% seperti sebelum mengandung..Kadang kala tika isteri mengadu sakit, jgnlah keberatan untuk mengurut isteri. Isteri blh urut suami, suami pun boleh urut isteri.. Beginilah smp akhir hayat. Sweet kan? <3 ;)-Admin~ Hamil Dalam 3 Bulan ~
Posted by Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel on 29hb Oktober 2015


Thursday, October 29, 2015

Simpan Resipi Butter Marble Cake Mudah

Resipi Butter Marble Cake Mudah
(Kek Marble - warna biru dan merah)

Bahan-bahan Untuk Kek
250g Tepung naik sendiri
200g Gula kastor
250g Butter
5 biji telur (B)
*2 pilihan warna untuk marble menyerlah - sini ada biru dan merah

Cara-cara
1. Panaskan oven terlebih dahulu
2. Putarkan butter dan gula kastor hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar
4. Masukkan tepung naik sendiri, putar hingga rata
5. Matikan pemutar.Keluarkan kepada 2 bahagian untuk diwarna ikut suka
6. Kemudian tuangkan adunan berselang warna dalam loyang yang telah digris. Sini guna loyang bulat, jadi tuang membulat selang seli.layan sampai habis adunan.
7. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak (cucuk dengan lidi - kalau lidi bersih/kering tandanya kek sudah masak)
8. Biarkan sejuk dalam 2 minit baru keluarkan kek

*Bahan-bahan untuk hiasan/Topping kek menggunakan Krimwell
500g Krimwell
300g Golden Syrup
160g Butter

Topping menggunakan 3 bahan ini iaitu Krimwell, Golden Syrup dan Butter - sangat mudah untuk dipukul hingga kembang dan tekstur krim nya lebih halus. Golden Syrup tu dah manis tak perlu tambah gula.


-------------------------------------------------
Kos beli bahan untuk main masak-masak kali ni :-

1 x Tepung naik sendiri (Self Raising Flour) 1 kg RM4.20
2 x Buttercup 250g RM5.20

10 x Telur gred B 1tray RM6.00
2 x Pewarna RM2.20

1 x Krimwell Margarine 500g RM3.90
1 x Golden Syrup 1bottle RM1.60


*Bahan-bahan memang akan ada lebihan. Takpe boleh simpan untuk next episod main masak-masak.

Harga jual? Hm sebiji kek yang siap dekorasi ialah hasil seni yang memerlukan masa menyiapkannya. Jadi harga bergantung kepada harga kos bahan dan kualiti yang digunakan serta kesukaran menyiapkan dekorasinya. Jadi harga sebiji kek jenis Butter sebegini ini boleh dijual RM50+. Sebiji kek pula boleh belah kepada 8 bahagian kalau nak dijual 1 slice sekitar RM5 - RM6. Kalau cheesecake boleh jadi 2 kali ganda sebab
bahan asasnya iaitu cream cheese import kan. Alamak info ini tak boleh pakai sangat sebab saya dah lama tak singgah kedai kek hehe. Kita tunggu cheese Malaysialah baru boleh kasi murah. Itupun kalau pengeluaran banyak bolehlah murah kut.Semoga ada cap Halal Jakim nanti.

--------------------------
Perkakasan main masak-masak untuk pakej kek dan membakar. Ibarat macam gajet untuk dapur gitu. Perkakasan ni selalunya lengkap di kedai peralatan bakeri seperti Bagus Sdn Bhd dan lain-lain. Cuma ketuhar tu boleh cari di tempat lain yang lebih ekonomi kalau tak mahu yang dicadangkan di situ. Untuk harga tepung dan bahan asas kek biasanya lebih murah di sini sebab mereka borong banyak dan re-pack untuk kita beli sikit-sikit. Satu lagi pembantu jualan biasanya memang berpengetahuan tentang bahan kek dan peralatan yang kita perlukan. Kalau ke pasaraya biasa janganlah nak menguji sangat pengetahuan akak-akak atau brader yang tengah susun barang tu ye. Kesian mereka belum tentu dilatih untuk spesifik satu bahagian barang je.
- Ketuhar (oven)
- Pangadun (mixer)
- Loyang
- Spatula
- Berus pastri
- Penyukat sudu pelbagai saiz (all-in-one)
- Penyukat cawan pelbagai saiz (measuring cup)
- Penimbang ringan
- Plastik asas piping
lain-lain tambah ikut keperluan masing-masing dan apa yang korang berjaya borong kat kedai tu haha

//eja resepi ke resipi ...asalnya recipe kan..hehe..yang penting google semua ada :-)

Wednesday, October 28, 2015

Jangan takut ada sakit tiroid

Hypertiroid dah sembuh. Perkongsian cerita ini mungkin berguna kepada yang masih menjalani rawatan pelbagai masalah tiroid di hospital sana sini dan masih mencari penawar. Dulu 2010 pernah post cerita tiroid di sini. Jadi ini  kira sambungan untuk update pasal gambar keputusan bagaimana jadi wanita normal dan jadi ibu normal seperti yang semua impikan.

Keputusan ujian darah hypertiroid dulu kepada sekarang sudah normal dengan perubatan homeopati

Perubatan homeopati mudah, iaitu kembalikan fungsi organ badan kepada alami/asal. Jadi sepanjang tempoh rawatan cuba elakkan banyak makan ayam. Ayam tu tak bersalah dan memang sedap. Tapi kan tangan-tangan manusia yang menjadikan bencana di alam sendiri kan. Logiknya ayam kalau dah diubah hormon untuk cepat besar, kita pulak yang makan tentulah sesuatu terjadi kepada sistem tubuh badan kita. Jadi di situlah antara punca-punca penyakit zaman moden yang kita ketahui sekarang ini dan yang bakal muncul yang tak pernah kita dengar selama ni boleh jadi. Jom back to nature.

Kepada pesakit, berTABAHlah.

Saturday, October 24, 2015

Jubah Seksi - Itu Long Dress

Jerebu di hujung minggu. Selepas matahari pagi menjengah masuk jendela tahulah keadaan jerebu pagi ni ada kurangnya. Tapi belum tentu lagi nak ramalkan jerebu semakin nipis atau semakin tebal menjelang tengahari nanti. Kesimpulan bahawa memang cuti hujung minggu berdiam di rumah sahaja dengan keluarga, bahaya untuk ke mana-mana. Ni cerita pasal jubah yang sepatutnya jadi trend fesyen muslimah. Jubah yang asalnya hanya sinonim dengan kain hitam dan labuh seperti pakaian tradisi orang Arab, kini dipelbagaikan potongan dan terus menerus sahaja dibolehkan pakai nama jubah selagi ianya seperti long-dress. Tetapi tujuan asal pakaian sinonim muslimah ini sudah lari dari landasan sopan kerana fabrik/kain tak sesuai telah menjadikannya pakaian seksi dan sama seperti sekadar baju panjang / long-dress dan sangat buruk dipandang..ops habislah tak boleh jadi blogger fashionista:-P hehe takpelah asalkan tulisan ini ada yang boleh terima.

Tak nak letak gambar sebab kalau carian tentang jubah seksi memang banyak dan sakit mata melihatnya dari pandangan muslimah lah. Kalau orang lelaki jadi cuci mata lah. Itupun kena tahu tujuan orang lelaki buat carian sebegitu adakah untuk mengambil tahu untuk melindungi keluarganya atau memang sekadar nak cuci mata tu. peace!

Peringatan untuk diri sendiri supaya elakkan dan kawal nafsu membeli jubah dari jenis kain melekap yang cantik-cantik di pasaran. Teringat peribahasa "Ukur baju di badan sendiri". Ada sebab orang dulu-dulu buat peribahasa Melayu ini. Secara baca maksud ayat ini memanglah ukuran baju berlainan. Yang indah peribahasa ini ialah maksud tersiratnya ialah kenali diri sendiri dan lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Kebetulan dalam bab berpakaian pula kita kena tahu tanggungjawab sebagai Muslimah yang bukan terburu-buru berfesyen mengikut trend tetapi perlu kaji adakah impak negatif akibat berpakaian sebegitu. Berat sikit topik tanggungjawab ni tapi pandanglah anak-anak generasi kita seterusnya pula kalau kita membenarkan fesyen sendat mulai sekarang apa pula pegangan mereka nanti andaikata jadi pereka fesyen..

Tambahan pula potongan baju yang siap dipakai (ready made) tak semua sesuai dengan susuk tubuh badan sendiri. Silap beli baju tu yang boleh jadi jubah seksi. Tentu kita pernah nampak dan terpakai sebelum ini. Jadi sempena tahun baru hijrah 1437 ini dan sesuai dengan peningkatan usia sendiri hehe ada baiknya cuba dulu baju jubah dan pusing habis jangan sampai terbonjol sana bonjol sini untuk ditayang kepada umum ok.

Memang dah terkena sebab apabila dipakai, kain melekap ke badan rasa dipermainkan fesyen muslimah yang sepatutnya. Dah jadi fesyen sendat yang tiada beza dengan dress bukan Muslimah. Kalau sengaja pakai tu tak tahulah kan, yang lebih muda mungkin bolehlah ditegur, yang lain apa yang boleh kita buat doalah semoga diberikan hidayah. Berbalik kepada jubah lama tu bolehlah diubahsuai atau bolehlah kain lycra itu dijadikan pelapik baju nursing pula.

Tips untuk kekal sopan dengan gaya jubah, boleh pilih ciri-ciri berikut :-
- Potongan lebih besar dari saiz baju biasa lebih bagus. Contohnya mungkin baju kurung saiz S sesuai tapi potongan jubah lurus menyebabkan tarik. Ini supaya tak sendat terutama kat aset atas, pinggang dan aset belakang. Lebih besar lebih bagus kan. Memang biasanya kena ubahsuai sikit sebab saiz besar biasanya kain memang kena potong. Kalau jenis tangan yang bergetah kadang-kadang tak lah ketara sangat panjangnya. Sekarang banyak trend pergelangan tangan bergetah atau penghujung lengan kecil untuk mudah berwuduk.
- Elakkan jenis kain bergetah yang kosong / plain / satu warna. Sekarang jenis lycra memang banyak tapi cuba perhatikan garisan pakaian dalam pun turut kelihatan jelas ketara. Bandingkan kain yang sama tetapi ada corak biasanya kurang kelihatan atau lebih tepat tak perasan
- Lain-lain kriteria pemilihan terpulang semula kepada diri sendiri. Sebab balik kepada peribahasa tadi ya sila kenal peribadi diri dan ukur baju di badan sendiri ya.

Kepada kawan-kawan yang bukan Muslim panduan ini mungkin tiada kaitan, atau boleh dijadikan panduan untuk berpakaian sopan di Malaysia demi meneruskan menjaga adab sopan ketimuran. Malaysia kaya dengan alam semulajadi, boleh jadikan penghasilan jubah muslimah ini sebagai industri. Kita ada banyak pokok kapas/kapok - ada pengusaha benang,kain - ada pengusaha hasil akhir iaitu pereka fesyen, tukang jahit tempatan - ada pengeluar mesin jahit sendiri - tapi masih permintaan tinggi untuk import baju siap, set telekung, jubah, dll dari China, dari Bandung, dll tempat. Tak terkejar nak kempen barangan Malaysia sebab tak boleh nak kalahkan harga murah dari mereka sedangkan kualiti hasil Malaysia sebenarnya jauh lebih baik dan dihasilkan dengan kasih sayang tempatan. Hehe kempen baik punya ni sebab suka bantal kekabu tempatan dan selalu cari cadar 100% cotton jugak kan. Bagaimana agaknya nak banyakkan kilang buat baju seperti di sana ya supaya Malaysia boleh eksport ke luar. Dengan gaji minima RM1000 mahu ke kita jadi tauke dan bayar ramai pekerja tempatan yang memang mencari peluang pekerjaan. Bagus kalau ada banyak kilang baju boleh beramal dan kurangkan kemasukan pekerja warga asing yang banyak mengundang waspada. OK dah berangan setakat ni, sila sambut idea kilang baju ni ya jika ada pengusaha baju dan bercita-cita menjadi tauke industri baju dari Malaysia. Saya sokong korang, usahawan wanita Malaysia berani dan kental! Dah pegi update kat FB tu katakan dengan berani korang terima tempahan dari serata pelusuk dunia..yeah!! 

Wednesday, October 21, 2015

Masih riki bahan-bahan buat kek yang halal

Jerebu kat luar membantutkan lagi usaha untuk riki kedai-kedai yang menjual bahan kek dengan cap Halal Jakim. Faham kenapa takde sebab Malaysia negara pengguna so semuanya tu dibawa masuk dari pelbagai negara. Jadi dek kerana trend sekarang budak-budak dah pandai minta kek dan nak join ber-home made bagai, dan macam-macam pulak jenis benda makanan luar nak di-tempatan-kan, jadi agak berhati2 nak ikut jejak ibu lain.
Butter, Whipping Cream, Heavy Cream, Coklat masakan, Shortening, warna, apa lagi..hmm

Kalau pergi kedai bakeri biasanya mereka akan kata halal sebab memang ada cap halal dari negara asal..terutama kalau bahan-bahan dipaketkan semula..jadi biarlah lambat sikit pencarianku ini ya. Sambil-sambil tu kita belajar je la buat je resipi dari bahan tempatan ya. Budak-budak cuma nak deko jer yang menarik kan.


Post bosan takde gambar, dalam musim jerebu..dari sebuah pusat bandaraya yang sunyi dan jerebu di hati juga..demam, sakit tekak dan batuk silih berganti..dah banyak minum air pun rasanya sumber air pun dah tercemar..ya Allah pulihkanlah udara Shah Alam dan Malaysia semua..tahulah memang benarlah jerebu ini akibat tangan-tangan manusia..kita bukan nak salahkan sesiapa, sebab kita juga yang mungkin tak jaga bersama. Ya Allah ampuni kami semua..sambil berharap hujan hari ini di bumi Shah Alam.

Saturday, October 17, 2015

Blog Si Cilik : Komik Upin Ipin

Dah puas tengok video upin ipin di youtube. Dah berapa kali agaknya kita ulang-tayang tak jemu-jemu tonton sebab sangat comel kan. Ibu ni jenis suka tengok dulu full episod mana-mana video barulah anak-anak boleh tengok sebagai Tapisan! mesti buat camni sebab sekarang macam-macam cara nak pesongkan dan leka anak bangsa kita melalui media kan. OK taknak cerita pasal Tapisan di sini. Nak cerita kebaikan kartun si Upin Ipin. Apa kaitannya dengan perkembangan anak-anak?Begini.

Sebelum kenal huruf, si Kakak asyik melayan video upin ipin sehingga hafal rangkap-rangkap dialognya (hehe asyik Kakak je jadi bahan eksperimen di sini) Sekarang adik-adik pun sama dah tahu jalan cerita tapi masih suka ulang-tayang banyak kali.

Sekarang dah kenal huruf, dan tahu baca sambungan suku-kata, kami belikan komik upin ipin pertama untuk nge-test. Untuk ajar si anak hargai buku (dan hargai duit yang kami keluarkan tu) kami gilir-gilir duduk mengeja dialog-dialog (yang sama seperti video upin ipin) dalam komik bersama si Kakak. Kalau tak berteman nanti Kakak tak nak baca. Katanya nak berteman. Jadi oleh sebab ibu asyik layan adik kecik ni dan masih sibuk bf, jadi kebanyakan part berteman ni dengan ayah lah. Hehe macam iklan burung murai tu kan..

OK kepada ibu ayah jadilah peminat upin ipin juga ya, sebab sambil mengkaji jalan cerita dan cedok kebaikan yang dapat dipelajari, sambil tu boleh baca sama-sama versi komik dan ambil bahagian dalam aktiviti lain yang ada dalam komik itu pula.

Teringat kata-kata motivasi pagi di radio IKIM : Biar tak kaya tapi banyak masa bersama keluarga..Biar kereta kecil tapi boleh bersiar dengan keluarga bersama-sama. Tak tepat tapi gitulah lebih kurang ayatnya huhu aduss si pelupa ini..

Blog Si Cilik : Belajar cantum lego

Pengaruh TV! Sekarang pengaruh Youtube lebih kuat daripada iklan TV. Hm sekali lagi si ayah akan kalah dengan permintaan anak kecil yang comel ini iaitu si Kakak berusia 5 tahun. Dia memang sudah pandai meng-ayat memujuk untuk minta macam-macam. Ini cerita hari yang dia minta dibelikan lego. Semasa kecilnya pernah dibelikan macamlego saiz besar ABC tu di kedai 99* tapi kali ini dia sudah tahu adanya produk jenama Lego - siap ingat ejaan - maklumlah dah pandai baca suku kata. Oleh kerana kedai yang dekat iaitu 99* takde jual kami bawa ke Tes*o jugalah. Fuh nasib baik tak bawa ke kedai Toysr*s..Memang ada dan banyak pilihan. Lebih banyak kepingan lego, lebih mahal harganya. Oleh sebab ini pembelian pertama, kami pandang yang paling murah dan sedikit kepingannya sesuai untuk anak perempuan, dan kemudian pandang kepada si adik kecil yang baru pandai jalan dan pandai makan apa sahaja tu!..hmm tentu tahu apa kami si ibu ayah fikir kan?Jadi dialog ni terus muncul dan ditujukan kepada si Kakak:

"Kakak, kalau main lego kena main di atas meja ya, tak boleh sepah di lantai nanti adik masuk mulut"

Kakak pun angguk dan senyum tanda setuju. Kalau dibuatkan muka kartun agaknya muka kartun comel yang sedang tersengih sampai ke telinga dengan gigi depan takde dan mata bersinar-sinar gitu.
Lalu kotak lego di atas rak dengan tema "Heartlake City Pool" diberikan ke tangannya. Tapi set yang kami beli hanya sebahagian daripada set penuh. Cukuplah untuk menguji permainan sebagai permulaan.

salah satu lego full set

macam-macam review lego di youtube


"Tau tak kenapa lego bahaya untuk adik?"
Dengan selamba dia jawab, "Tau. Nanti adik ingat coklat dia masuk mulut, makan."

"Bagus, jadi lepas main kena ke...?" ibu minta Kakak sambung ayat..
"..mas!" sambungnya
"Hah janji kemas tau!"

Ha gitulah ceritanya lebih kurang pasal Lego ni. Ibu ayah memang nak belikan tapi kena ajar supaya kemas dan tak bersepah supaya adik tak tertelan lego. Gitulah risaunya kami mula-mula. Tapi kebaikan lego ini ialah ia datang dengan macam-macam tema dan produk akan datang, cuma yang bagusnya lego lama pun boleh dipelbagaikan semula untuk cipta rekaan lain pula dan boleh digabungkan dengan tema baru.

Skill yang anak dapat :

Eh macam ibu ayah terlibat main sama ni. Nampak sangat kecik-kecik kami tak berpeluang begini. Seronok juga melayan cara pasang lego sebab sama-sama dengan anak cuba pasang ikut lembaran manual yang disertakan. Nak tahu apa lagi cerita Lego ni? Nantikan sambungannya.

Tuesday, October 13, 2015

Tol Naik 2015 - Kadar Baharu Tol Bagi 17 Lebuh Raya Bermula 15 Oktober 2015

Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 12, 2015 23:33 MYT
Mulai 15 Oktober 2015, 17 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Bagi LEKAS, kenaikan kadar tol adalah di antara 10 sen sehingga RM2 manakala bagi SDE, kenaikan adalah di antara 80 sen sehingga RM4.70.

Kenaikan kadar tol bagi SKVE adalah di antara 70 sen sehingga RM2.80.

Berikut ialah carta kadar kenaikan tol bagi 14 lebuh raya yang lain:

Tol Naik

Monday, October 12, 2015

Sambutan Ambang Hijrah Sehari Sebelum Dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor

Salam Maal Hijrah 1437 yang akan disambut pada hari Rabu 14 Oktober 2015. Tapi sebelum cuti Rabu ni, ada sambutan Ambang Hijrah iaitu sehari sebelumnya akan diadakan di kebanyakan surau dan masjid, yang biasanya adalah acara ringkas membaca doa akhir tahun dan awal tahun bersama-sama. Di sini dikongsikan promosi majlis sambutan Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan peringkat negeri Selangor, yang akan diadakan pada hari Selasa, 13 Oktober 2015 bermula jam 7.00 petang.

Jika anda belum pernah menyertai aktiviti anjuran Masjid Negeri Selangor ini silakan mengikuti pelbagai acaranya melalui website rasmi http://www.mssaas.gov.my/ Informasi ini dihebahkan untuk makluman kita sebagai ibu ayah yang inginkan suatu Hijrah yang dapat dikongsi dengan keluarga iaitu mendekatkan diri dengan majlis-majlis di rumah Allah. Oleh sebab masjid negeri ini diurustadbir dengan baik dan website dan Faceboooknya sentiasa dikemaskini dengan baik jadi disarankan anda terus mengikuti acaranya dan libatkan ahli keluarga juga, atau hebahkan juga di kalangan saudara baru yang anda tahu. Mereka mungkin tercari-cari informasi sebegini. Ok salam hijrah dan salam kejayaan! 




HADIAHKAN KALENDAR SUNNAH SEBAGAI HADIAH TAHUN BARU HIJRAH ANDA DAN KELUARGA! TEMPAH STOK ANDA SEKARANG!

Dapatkan hadiah sempena Hari Hijrah anda tahun ini - sebuah Kalendar Sunnah untuk rumah/pejabat anda - Harga RM 55 (Sila tambah RM10 untuk pos)
Tempah senaskah Kalendar Sunnah untuk keluarga anda sekarang, Hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Selamat Tahun Baru Hijrah Ke 1437 - Dapatkan Kalendar Hijrah pertama anda!

Salam tahun baru Hijrah ke 1437. Tahun ini 1 Muharam jatuh pada hari Rabu 14 Oktober 2015. Jadi selamat bercuti bagi rakyat Malaysia. Nah ini ada promosi terbaik untuk anda seisi keluarga berhijrah bersama-sama! Memperkenalkan KALENDAR SUNNAH iaitu kalendar yang mesti dimiliki oleh setiap orang muslim. Bawa pulang 1 kalendar untuk 1 rumah, ya jadikan kalendar ini HIJRAH terbaik kerana ia bukan sekadar kalendar bulan Islam. Tambah pengetahuan anda dan anak-anak mengenai bulan Islam dan kaitan dengan pergerakan bulan. Wah tentu menarik hadiah HIJRAH keluarga anda tahun ini kerana langsung terus ilmu astronomi. Manalah tahu ia pembuka minda anak-anak supaya terus meminati bidang astronomi dan bakal menjadi ilmuwan sains astronomi akan datang. Jom mulakan dengan memiliki Kalendar Sunnah sekarang. Hijrah itu pengorbanan. Salam Maal Hijrah.

Berminat sila hubungi kami, boleh pos ke rumah atau pejabat.
Whatsapp/SMS "Nak kalendar sunnah - alamat No.1,JlnXX,Bandar XX" ke 016-5618787 / 016-2484633


Harga RM 55 (Sila tambah RM10 untuk pos)
Tempah senaskah Kalendar Sunnah untuk keluarga anda sekarang, hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787

Bantu orang lain memiliki Kalendar Sunnah jugaJika anda ada kedai buku, atau ada online shop, atau berminat menjadi pengedar Kalendar Sunnah di tempat anda boleh hubungi/telefon/Whatsapp kami 016-5618787