Followers

Wednesday, March 12, 2014

Active income, Passive income

Kalau kerja makan gaji dan dapat secara tetap atau bulanan, tu dikira active income. tahu tak kelebihan makan gaji ni sebenarnya memudahkan kita untuk merancang pelaburan keluarga? ya, keuntungan dari pelaburan itu akan mendatangkan passive income. secara mudahnya, passive income ini bermakna wang bertambah tanpa kita yang topup

Semangat ICT Cara Azli Paat Diteruskan Di Radio 24 Bernama

Dengar radio ilmu ict di awal pagi
Perjalanan dalam kereta ke tempat kerja memang menyeronokkan ketika adanya program Radio 24 dinamakan ICT On Air bersama Azli Paat. Mungkin kerana arwah Azli Paat ialah tokoh yang saya pernah kagumi kerana sentiasa bersemangat dalam membantu kempen memperluas penggunaan ICT dengan berhemah di Malaysia negara tercinta ini. Cara arwah menyampaikan terma, maksud teknologi-teknologi ICT dalam bahasa yang mudah itu yang tak ada pada mana-mana presenter atau penceramah berkaitan ICT yang kerana siapa pun latar belakang yang mendengar boleh faham. Orang di Lembah Klang memang beruntung kerana boleh pasang radio ketika dalam perjalanan ke tempat kerja yang berada dalam liputan radio frekuensi Lembah Klang 93.9 FM. Walaupun frekuensi gelombang radio terhad tapi saya percaya ramai pengikut radio ini kerana kualiti radio streaming yang diberikan agak memuaskan, bermakna saya boleh sambung dengar di pejabat atau di mana-mana lokasi melalui streaming di internet melalui komputer atau gajet sendiri dari laman web mereka http://www.radio24.com.my
Baru-baru ini juga siaran radio diperluaskan ke Johor dengan frekuensi baru 107.5 FM

Banyak lagi program menarik disediakan di Radio 24 ini, lagipun saya rasa sesuai didengar seisi keluarga kerana radio berasaskan berita pertama di Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu yang sempurna, banyak mesej Pesanan Khidmat Masyarakat dan semestinya kurang lagu-lagu hiburan!

Berbalik kepada program ICT tadi, sekarang program ini diteruskan dengan jemputan baru namanya Kay Azlee. Walaupun kita akan bandingkan cara penyampaian orang baru yang teragak-agak tapi saya pasti Radio 24 pilih beliau kerana ilmu dan pengalaman beliau yang mungkin banyak boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia. Semoga semangat Azli Paat diteruskan dalam membudayakan ICT dengan betul untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagi yang terlepas segmen ICT boleh dengar semula rakaman melalui page berikut : Sumber : http://www.radio24.com.my/v4/index.php/program/ict-anda

Semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat.