Followers

Wednesday, August 14, 2013

Buah Mahkota Dewa Kering Dijadikan Teh Untuk Kawal Diabetis

Kembali promosikan cerita ini demi perkongsian ilmu penawar kencing manis semulajadi.

Kali ini nak kongsi khasiat buah Mahkota Dewa kering yang boleh diambil sebagai minuman harian bagi pesakit Diabetis/kencing manis. Ia membantu mengawal kandungan gula dalam badan disamping menyah-toksik. Bagus kan herba asli tak perlu diproses, jadi mari kembali ke zaman kegemilangan herba yang terbukti zaman berzaman. Sekadar berkongsi khasiat buah ini yang telah membantu ibu saya mengawal paras gula dalam darah. Ibu hanya disahkan mengidap kencing manis setelah berusia 50an, walaupun sebelum itu rajin buat rutin check-up dan sihat sahaja. Mungkin perubahan hormon dan keupayaan tubuh tidak lagi sekuat dulu jadi tiba-tiba sahaja mendapat bacaan 20 untuk ujian darah. Kemudian teruslah bergantung ubat doktor sampai sekarang. Dalam pada itu ada juga berusaha minum daun pahit dan produk proses yang lain tapi belum berjodoh. Sehinggalah adik bawa balik sampel Buah Mahkota Dewa yang kering satu peket, alhamdulilah bacaan sekarang sekitar 6 hingga 8. Minum macam teh senang kan..

Fakta dari internet : "Buah Mahkota Dewa yang mengandungi Flavonoid dan Alkoloid bertindak sebagai pencegah pertumbuhan sel-sel penyebab kanser, membantu menyah-toksin dalam badan serta membantu mengawal kandungan gula dalam badan"

Buah Mahkota Dewa yang sudah dikeringkan dan boleh dijadikan minuman

Kulit dan isi biasanya digunakan untuk perubatan

Buah Mahkota Dewa yang masak


Cara menyediakan teh Mahkota Dewa :-
1. Ambil sedikit buah Mahkota Dewa kering
2. Masukkan dalam cawan berisi air panas
3. Tutup cawan seketika
4. Tu diaa siap..minuman hangat yang menyihatkan



Minumlah sedikit demi sedikit setiap pagi dan petang..atau minum kejap kejap bila-bila masa kalau tak biasa rasa kelat tu. Bukan pahit tau,sama macam minum teh cina tanpa gula gitu jer. Pandai-pandailah ya, asalkan diamalkan dengan teratur (istiqamah iaitu sama caranya, sama waktunya setiap hari). Keperluan tubuh badan kita tak sama, mungkin ada yang boleh rasa kesannya dalam masa terdekat, ada yang ambil masa lama. Maklumlah dah makan ubat hospital berintikan dadah kering (chemical lah tu) selama ni, jadi kena bagi masa pada badan untuk flush (keluarkan) dulu semua chemical baru herba ini ambil peranan. Samalah macam kita bertukar dari perubatan moden ke perubatan Homeopati, kena ambil masa flush baru badan bersedia untuk melalui proses penyembuhan yang baru.

Mana nak dapat? Banyak tempat melalui carian di internet, atau boleh juga tanyakan stok pada Sahril 017-2999874 (Shah Alam) Biasanya peket 100 gram ke atas. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat, dan kepada yang kebetulan sakit, semoga berjodoh ubat juga ya :-)

1 comment:

  1. Salam nak tanya adakah mahkota dewa sesuai untuk ibu menyusu ?

    ReplyDelete