Followers

Tuesday, April 12, 2022

Hari Cuti Negeri Selangor 2022

#TolongPromosikanKerajaanSelangorNegeriku
#DariPortalSelangor www.selangor.gov.my

Content : Hari Kelepasan Am Negeri Selangor
Kalau terjumpa ayat rasmi di laman web kerajaan ini : Hari Kelepasan Am
Hari Kelepasan Am bermaksud hari cuti.

.Biasa tengok kalendar (kuda) kan, ada hari cuti peringkat negara dan satu lagi ditandakan peringkat negeri tertentu sahaja. Ha ini ialah sumber rujukan rasmi untuk hari cuti peringkat negeri Selangor.

.Kat mana link nak tengok maklumat ni? -->
.Siapa yang perlukan maklumat ni?
Maklumat cuti ni nampak biasa aje kan sebab maklumat umum. Tapi sangat berguna biasanya syarikat/kilang/sekolah dll di negeri ini rujuk untuk menjadualkan pekerja, urusan perlu atau tidak kira ot dan sebagainya.

.Tinggi ke Hits ke maklumat ni?
Hm kita boleh tengok Hits di bahagian footer setiap page.. Walaupun mungkin HR kilang mengintai tengok kalendar tahunan, tapi dengan Hits page ini sahaja 8K+ dan dicari penghujung tahun, ianya menyumbang kepada peningkatan Hits terkumpul keseluruhan 9M+ untuk Portal Selangor.

.Page mengenai cuti ini di Portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor akan dikemaskini sekitar bulan Disember setiap tahun selepas surat hebahan mengenai cuti bagi tahun berikutnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Jom baca Portal Selangor, pintu gerbang maklumat untuk pautan seterusnya ke jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor.

.Nak tahu pautan/url/shortlink boleh tanya.
.Kalau sesat boleh guna fungsi Sitemap di Portal : https://www.selangor.gov.my/index.php/sitemap
.Ada soalan yang korang nak tanya yang mungkin boleh dijadikan content akan datang panduan kepada yang lain?
Contoh:
- Nak tahu ada media sosial tentang kerajaan Selangor?
- Nak tahu rumah mampu milik kerajaan Selangor?
Komen ya.
sekian perkongsian.
Siapa saya?-->#SayangSelangor

Friday, January 21, 2022

Permohonan Permit Bazar Ramadan 2022 : MBSA, MBSJ, MPHS - Kaedah Online - Cepat Mohon sebelum tarikh tutup yang berbeza

Permohonan Lesen/Permit Bazar Ramadan 2022 Di Bawah Seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2022 Dibuka. Cepat mohon!! sebelum tarikh tutup yang berbeza

Sumber berita-berita semasa Kerajaan Selangor ini boleh didapati dari : Selangorkini

---

NAK TAHU? Permohonan bazar ramadan di bawah PBT Negeri Selangor sudah dibuka, peniaga atau yang baru nak berniaga 2022 ni kena alert tarikh-tarikh tutup permohonan setiap PBT berbeza. Tapak yang diwarta terhad. Yang takde warta tak masuk sini hihi. ish ish jom tunjuk jalan yang "lurus"

Baca kat Selangorkini setakat ini ada promosi cerita 3 PBT ini nampaknya guna kaedah permohonan ONLINE seperti LINK di bawah. Kalau jumpa lagi LINK dari PBT lain boleh update akan datang atau share di komen:

Ringkasan Tarikh Penting Permohonan Permit Bazar Ramadan 2022 Dari PBT Selangor

PBT TARIKH BUKA TARIKH TUTUP LINK
MBSA 17 JAN 2022- 16 FEB 2022https://bazar.mbsa.gov.my 
MBSJ13 JAN 2022- 31 JAN 2022https://www.mbsj.gov.my (Daftar user website)
MPHS10 JAN 2022- 10 FEB 2022http://bazar.mdhs.gov.my:8888/ebazar





Ini untuk yang nak memohon permit lah ya. Yang biasanya buka gerai pacak digalakkan kali ini mohon permit ya abang kakak. 

Bazar dalam premis kerajaan ada juga tapi tapak sangatlah terhad. Contohnya di Laman Artami, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam tapak terhad tapi jualan lauk pauk sangatlah laku $$$ sebab pekerja di situ dan pengunjung pejabat tanah ramai sampai ke petang, jadi ibu ayah bekerja nak tapau. Kalau nak cuba boleh hubungi bahagian pentadbiran bangunan tempat kerajaan itu ya.

Semoga murah rezki anda yang berniaga di negeri bertuah Selangor ini.
Sekian perkongsian.


#Haa nak mulakan mekap halal 2022 ni boleh beli murah murah dengan harga bestt tak perlu orang tengah sebab free aje jadi ahli Nurraysa tau. Mekap halal ada, jom ikut jalan lurus!