Followers

Sunday, January 14, 2024

Lagu KITA SELANGOR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera orang Selangor

Di mana bumi dipijak, di situ bumi dijunjung!

Siapa pun anda dan apa pun tujuan anda berada di Negeri Selangor tetaplah selamat sejahtera hendaknya.

Dikongsikan lagu KITA SELANGOR yang turut dijadikan antara lagu dalam majlis-majlis rasmi anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Semoga semangat mendengarnya!

Siapa pernah dengar? Cuba komen di mana?
-semasa malam kemerdekaan tahun ...
-semasa majlis perasmian ...
-lain-lain ...


#iltizamSelangorPenyayang
#KitaSelangor

Ketahui Semua Iltizam Selangor Penyayang 2024 Di Laman Web Selangor Penyayang Dot Com

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Dah sampai kita di bulan Januari 2024. Rakyat Selangor perlu tahu semua program/bantuan/inisiatif yang Kerajaan Negeri Selangor masih teruskan dan ada program yang ditambahbaik dari tahun sebelum ini. Jom ambil tahu dan sebarkan kepada kawasan masing-masing, adanya program-program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Semoga sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

Untuk lebih dekat dengan YB ADUN kawasan anda perlu juga lebih rajin berkunjung ke Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan Negeri anda. Kebanyakan bantuan diselaras di Pusat Khidmat. Jadi sepatutnya anda tahu di setiap 56 kawasan mengundi di Selangor ada pusat khidmat sendiri untuk kemudahan rakyat tempatan  [rujukan Pusat Khidmat Rakyat DUN

https://www.selangorpenyayang.com/

Bolehlah kongsikan kat media sosial masing-masing dengan hashtag: 
#iltizamSelangorPenyayang
#KitaSelangor