Followers

Tuesday, December 3, 2013

Semak SAR Value - kadar radiasi telefon bimbit kita - Lebih rendah lebih bagus

Salam bahagia..
Semak kadar radiasi telefon bimbit kita. Lebih rendah lebih bagus. Untuk ibu mengandung mungkin pernah terfikir untuk mengurangkan risiko pendedahan gelombang yang dikatakan "tidak bahaya" ini. Tapi bagus untuk kurangkan risiko kan :-)
Ini contoh bacaan SAR Value telefon saya diperoleh dari website www.sarvalues.com

1. Mula-mula pilih jenis telefon..

2. Lepas tu masukkan model dan tekan Go untuk dapatkan Result

Info mengenai SAR Value

Telefon bimbit mengeluarkan tahap gelombang radio yang rendah, diberi nama radiasi elektromagnet tak mengion. Banyak alat-alat harian mempunyainya. Television anda, komputer dan ketuhar gelombang mikro semua mengeluarkan radiasi ini. Radiasi tak mengion adalah lebih lembut dari radiasi mengion, yang dikeluarkan oleh X-ray, mesin terapi radiasi dan skan CT. Pakar bersetuju yang radiasi tak mengion tidak berkebarangkalian membahayakan bayi belum lahir. 

Setiap telefon bimbit dinilai ukur mengikut tahap radiasi yang dikeluarkan. Pengukuran ini diberi nama nilai kadar penyerapan spesifik (SAR - specific absorption rate). Nilai SAR menyatakan jumlah radiasi, atau tenaga, yang diserap oleh badan anda semasa menggunakan telefon. Lebih tinggi SAR telefon bimbit anda, lebih banyak radiasi yang diserap. Anda boleh menyemak nilai SAR telefon anda:
- dalam arahan telefon bimbit anda;
- di laman web pengeluar;
- di www.sarvalues.com atau www.mobile-phones-uk.org.uk.

Sumber : 
http://www.babycenter.com.my/a1045934/adakah-telefon-bimbit-selamat-untuk-digunakan-semasa-hamil#ixzz2mOiH6hDf