Followers

Wednesday, November 16, 2011

Mengandung @2011

Sedang mengandung kali ke 4.

Lilypie Maternity tickers

Berjaya menyusukan secara ekslusif 6 bulan ke atas

Alhamdulilah tak terkata puasnya apabila berjaya memberikan anak susu badan melepasi tahap 6 bulan ke atas, dengan kejayaan selama 1 tahun 4 bulan. Stop untuk beri laluan kepada adik membesar dalam perut atas nasihat doktor :-)
Kepada ibu yang bekerja pada zaman sekarang ini adalah suatu kerja berat kerana perlu kekuatan fizikal, mengawal emosi dan teruskan kerja memerah siang malam. Terima kasih suami yang setia dan beri semangat sama-sama berkorban masa untuk Ayang dan Nafisah siang malam. Terima kasih mak yang sudi menjaga Nafisah dan sabar memanaskan susu setiap hari. Terima kasih kawan-kawan sepejabat yang sama-sama menyokong dan memberi semangat satu sama lain.


Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 18, 2011

Puasa penuh tahun ni

Mencabar sungguh rasa dua tiga hari ni. Menahan loya tekak dan pening lalat untuk terus berpuasa, bangun sahur..Hm nampaknya puasa penuh la saya tahun ni..semoga Allah permudahkan urusan kali ini..amin..

Ibu dan bulan puasa

Selamat berpuasa ibu-ibu semua. Pesanan kepada diri saya juga, SEMOGA TABAHKAN HATI menempuh dugaan yang susah nak diceritakan sepanjang bulan puasa ini. Walaupun Fizikal = meletihkan, kita kena kuatkan Mental untuk terus melawan segala anasir negatif. Huhuu senangnya cakap..nak sedap hati ni. Anak pun menyusu badan lagi maka hanya ibu-ibu saja yang faham sesama kita kan.

Elakkan baby kuning dengan Homeopati seawal dilahirkan

Hari ini seronok dengar berita kawan-kawan selamat melahirkan anak yang comel dan sihat. Tapi jangan biarkan kegembiraan ini disulam dengan peristiwa kena Kuning atau Jaundice! Ikhtiarkan sesuatu sebelum terkena kuning, sebab kalau dah kena memang lambat nak baik dan lebih sedih asyik berulang alik ke hospital periksa darah baby. Dengar cerita dari kawan kata sudahlah baby tu kecil lagi nak kena ambil darah di tumit kesian kena picit dan rimas sementara menunggu giliran.. belum cerita si ibu bapa yang bekerja kilang atau shift terpaksa mengadap bos asyik ambil cuti.

Cerita saya? Alhamdulillah dapat dielakkan kerana selepas keluar hospital terus singgah ke Klinik Dr Radziah dan minta ubat bagi mengelakkannya. Ubat air ada 4 botol perlu dihabiskan dengan memberi baby 0.5 ml 3 kali sehari. Tujuan ubat ini ialah mengeluarkan lendir/bahan kumuh dan kotoran si baby. Macam yang korang tahu kebanyakan yang terkena kuning kerana perkumuhan atau najis tak keluar dengan sempurna dan sebab tu lama masanya nak baik kerana pada masa itu organ baby baru belajar berfungsi dengan sempurna. Tambahan pula saya berikan anak sepenuhnya susu ibu dari mula-mula kolostrum sehingga sekarang. Ingat lagi susah payah picit keluar susu awal demi nak berikan susu permulaan. Hehe kena picit sebab terkena bengkak susu, selepas pergi urut 2 hari baru lancar.

Monday, July 18, 2011

Guna Windows Virtual PC

Walaupun komputer dah upgrade kepada Windows 7 dan guna Internet Explorer (IE) 9 tapi kalau ada keperluan untuk guna IE versi lama tak perlu buang atau tukar setting yang baru. Cuma gunakan program Windows Virtual PC dan install IE 8 di sini. Ia seperti bekerja dengan dua komputer pada masa yang sama :-)

Contohnya hari ini saya nak update HRMIS tak boleh guna IE9 sebab error apabila klik Tambah SKT tak berfungsi, kemudian check web hrmis memang ada makluman supaya guna IE 7 atau 8 sahaja. Jadi saya cuma buka WVPC dan pilih OS virtual PC ini sebagai WindowsXP Mode. Oleh sebab IE VPC ini masih versi6 maka saya cuma perlu install versi8 dengan pantas. Kalau perlu Restart PC pun cuma berlaku dalam VPC aje.

Sedang install IE8 dalam Virtual PC.


Di mana program WVPC ini?
=Start > Program > Windows Virtual PC > pilih OS yang telah anda
Tapi kalau pertama kali nak guna perlu semak sama ada komputer sudah benarkan Virtual Environment dan sama ada sudah install OS pada WVPC.
Untuk belajar dan memandaikan diri, sila rajin baca : http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/default.aspx

Kalau yang takde WVPC boleh gunakan VMWare untuk run multiple OS sebegini. http://www.vmware.com/products/player/

Tuesday, July 12, 2011

Jangan kacau daku hari ini - hari untuk buat minit mesyuarat

Peruntukan masa bekerja manalah pernah cukup. Yang penting mengurus masa. Ha maka hari ini wahai encik telefon dan encik emel janganlah kacau saya kerana hari ini sahaja masa untuk saya tumpukan perhatian menyiapkan minit mesyuarat yang dah lebih dari target kononnya 3 hari. Kawan-kawan saya di luar sana asyik lah gelak LOL dah bertahun kerja IT dalam kerajaan lebih banyak masa menulis minit mesyuarat. Iyelah orang IT ni kalau suruh buat ayat formal dan ikut peraturan memang leceh. Susah nak dapat bos yang faham mengapa terpaksa OT kerana buat minit mesyuarat padahal itu pun kerja segera yang mesti disiapkan. Kecuali kalau bos tu dulu pun bermula dari bawah dan merasakan kerja yang sama tentu dia galakkan tuntut OT kerana menghargai staf seperti kami ni. Dah cukuplah melempiaskan perasaan yang terbuku di sini. Mari siapkan buku minit.

Sunday, May 22, 2011

Demam dan Tumbuh Gigi

Saja Post sebab ibu tak boleh tidur Standby anak ibu tak lena tidur sebab gigi ke7 & 8 nak tumbuh. Sebelum ni gigi yang mula-mula takde pulak demam macam hari ni. Agaknya gusi dah makin keras kan sayang.. Sabar ye anak ibu kan kuat :-)

Proses tumbuh gigi?

Tumbuh gigi adalah saat gigi bayi ibu mulai menembus gusinya dan muncul. Seiring tumbuhnya akar giginya, ujung gigi terdorong melewati gusi . Beberapa orang juga menyebutnya ‘cutting teeth’. Biasanya acara tumbuh gigi ini diiringi rasa tidak nyaman pada bayi. Jangan heran bila mereka merengek.
 
Info gigi bayi dari macam2 sumber internet:
  
..Gigi anak-anak umumnya baru lengkap pada usia 3–3,5 tahun. Gigi-geligi yang disebut gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, untuk kemudian digantikan dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah, iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah.
 
 
Nyeri tumbuh gigi

Tumbuh gigi seringkali menimbulkan ketidakselesaan pada bayi, membuatnya resah dan mudah tersinggung. Bayi biasanya merasa paling kesakitan saat gigi pertamanya tumbuh kerana itu rasa baru, dan saat gigi geraham tumbuh kerana ukurannya yang besar. 
Rasa nyeri ini bias diikuti dengan meningkatkan suhu tubuh. Namun tidak sampai menimbulkan demam tinggi.

 
Tanda-tanda bayi sedang tumbuh gigi
 
• Merengek serta menangis lebih sering di malam hari.
• Banyak berliur.
• Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya. Berikan teether untuk membantu negurangi rasa gatal dan sakit pada gusinya.
• Pipinya memerah.
• Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39oC).
• Gusinya membengkak dan merah.
• Lebih sering minta minum ASI, atau justru menolak minum ASI kerana gusinya sakit.
• Selera makannya rendah. 
• Tidurnya tidak nyenyak.
 
Cara membantu bayi Ibu yang tumbuh gigi
 
• Beri dia banyak minum untuk menggantikan cairan yang hilang kerana banyak berliur.
• Memberinya Teether untuk digigit (dinginkan lebih kurang 2 jam lebih baik).
• Berikan ubat demam Demax.
• Alihkan perhatiannya dengan banyak pelukan atau mainan.

Wednesday, May 11, 2011

Jus Bidadari Untuk Kesihatan Wanita Masakini

Jus Bidadari 375 ml
Hanya 2 sudu pagi & malam Jus Bidadari boleh dikatakan sebagai makanan tambahan (vitamin) yang diperlukan pada badan wanita masakini. Gaya hidup yang serba segera dan semakin mencabar selalu membuatkan ibu muda kalah dengan masa untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Ubah sikap ini sekarang!
Saya juga perlu pastikan badan sentiasa sihat dan bersedia menghadapi setiap hari yang mencabar kerana orang tersayang di sekeliling saya sentiasa perlukan saya - sebagai isteri, ibu anak dan pekerja. Jus Bidadari dapat memberikan saya tenaga dan memperbaiki kesihatan dalaman. Inilah produk Melayu yang halal dan suci.

Amalkan minum dengan istiqamah, dengan izin Allah kesannya :-

  • badan lebih segar
  • menjauhkan keputihan
  • perjalanan darah lebih lancar - baik kepada penderita senggugut
  • membersihkan rahim dari saki baki kekotoran - terutama selepas bersalin
  • dan kewanitaan lebih ketat? ya inilah yang dipromosikan sejak bertahun penjualannya. Tak salah kita mencuba kan :-)


1 Botol 375 ml
Harga : RM 77.00
Pos +RM10

Hantar Comment untuk pesanan/pertanyaan.

..ya Allah jadikanlah aku wanita yang sempurna - sebagai isteri, ibu, anak yang solehah..amin..

Monday, February 21, 2011

Download Emel Ke Thumbdrive

Penyelesaian yang sangat mudah dan percuma, tentunya! Apabila ingin membaca atau mencari emel yang diperlukan ketika tidak ada komputer dan sambungan internet. Hm maknanya secara Local. Caranya Download software Thunderbird dan ikuti cara-cara untuk Sync ke emel anda seperti Outlook dll. Kalau boleh simpan Emel ke Thumbdrive bermakna anda telah buat Backup emel secara tak langsung. Canggih kan, selamat mencuba.

http://www.mozillamessaging.com/en-US/thunderbird/

Tuesday, February 1, 2011

Kod Etika Blogger bagus untuk meneruskan adat susila Malaysia di mata dunia

Perdana Menteri sarankan Kod Etika Blogger
Sekarang ini dapat dilihat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu etika seseorang pengendali blog di Malaysia.
Ini kerana, baru-baru ini beliau menyarankan para pengendali blog menjadikan “Kod Etika Blogger” sebagai garis panduan dalam menulis entri blog di Internet.
Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:

  • Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
  • Tidak memplagiat hasil tulisan.
  • Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
  • Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
  • Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
  • Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
  • Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
  • Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam penulisan di dunia blog.
Bagi pendapat peribadi saya, Kod Etika Blogger ini lebih tertumpu kepada mereka-mereka yang menulis blog mengenai isu-isu hiburan, politik dan juga isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Ini termasuklah blog-blog berbentuk peribadi yang juga menyentuh isu-isu seperti yang dinyatakan sebentar tadi.
Namun begitu, dengan adanya kod etika sebegini dapat sedikit sebanyak menjadikan sebagai panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam menulis artikel untuk blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru menceburi bidang penulisan blog di tanah air.
- Artikel di Utusan Malaysia 2009
- Dikempen terus menerus 2010 - 2011 oleh BernamaRadio24

Sunday, January 23, 2011

Rakam suara sendiri dengan Audacity

Audacity sangat berguna kepada saya yang tidak ada asas audio digital - apatah lagi nak Setting apa itu Track/wave/tempo/pitch..Digunakan untuk Rakam, Edit suara latar untuk projek montaj. Kelebihannya :-
- Percuma
- Interface yang User Friendly - tak banyak menu
- Rakam secara Multi-Track - boleh tambah muzik latar dan Edit dengan suara rakaman sekaligus
- Boleh tambah Effect secara Preview dulu
- Mudah nak Export ke WAV atau MP3
- input dari Mic atau Line-in
- macam2 lagi
http://audacity.sourceforge.net/download/

Friday, January 21, 2011

Berbaloinya Netbook - harga lebih rendah dari smartphone!

Spesifikasi minima Ready for Tapau @ ANZ Tingkat 3 Alam Sentral:
Brand : lenovo / dell / acer
Processor : Intel ATOM Processor N455 ( 1.66GHz 667MHz 512KB )
RAM : 1 GB PC3-10600 DDR3 SDRAM 667MHz
Monitor : 10.1"
OS : Genuine Windows 7
Hard Drive : 250GB
Wifi, Bluetooth
Harga : <RM1300 (Ha kan lebih murah dari Nokia N8 dan iPhone dan iPad dan sewaktu dengannya)

Friday, January 7, 2011

Senangnya Jadi Ahli Tupperware

*MEMBERSHIP ID : ROSNAH:388872

Senangnya jadi ahli Tupperware! Hanya RM60 terus boleh dapat beg dan barang Tupperware sekali :-
- Beg
- Kit risalah produk, borang pendaftaran ahli baru
- Barang pengenalan (saya dapat 2 cawan berpenutup dan 1 bekas tinggi 1 liter)
- Terus layak Diskaun 20%
- Keahlian seumur hidup tak perlu renew atau maintain :-)

Nota 1 : Order dari kawan-kawan sepejabat staff SUK Selangor boleh dihantar ke pejabat. Call terus 016-2484633 / e-mel rosnah.miskan@gmail.com / facebook : Senah Miskan.

Nota 2 : Mula gunakan bekas2 Tupperware untuk Tapau MAKANAN dan MINUMAN anda kerana tidak toksik seperti plastik atau sterofoam! Bayangkan dah 30 tahun makan lunch tapau dengan vitamin toksik dari sterofoam! Jadi mula pelaburan dengan beli tapau-ware anda.

Nota 3 : Jangan buang bekas Tupperware hanya kerana penutupnya yang rosak! Bukankah mahal produk ni dulu jadi boleh order penutup sahaja yang baru dan guna semula bekas yang lama. Sebab itulah membeli produk Tupperware ialah pilihan Bijak kan.

Artikel ICT : Sebut betul-betul..bit dan Byte

Kadang-kadang ada orang ingat dia dah celik IT apabila dah pakai Handphone terkini dan ada blog atau Facebook sendiri. Tapi masih sebenarnya ikut saja orang sebut MB sebagai "meb" padahal tak tahu perbezaan huruf B kecik dan B besar. Jadi kita selalu kena belajar semula ilmu mengenai ICT terdahulu sambil melayari internet tu, caranya selalulah bertanya maksud perkataan IT dengan makcik Wiki dan cari ceritanya dengan pakcik Google. Mari kita kongsi maksud meb tu :-
MB untuk saiz - disebut MegaByte - contoh: Download lagu MP3 bersaiz 123MB
Mb untuk kelajuan - disebut Megabit - contoh: Signal Strength capaian internet anda : 54.0 Mbps (Mega-bit-per-second)

Nota : Tak rugi kita selalu belajar ilmu back-to-basic. Mari kita pandaikan bangsa dengan mula menyebut MB dengan betul :-)

Artikel ICT : Senangnya Tambah Pelaburan ASNB Dari Cimbclicks

Saya dah tak perlu keluar untuk Tambah Pelaburan ASNB kerana boleh Subscribe dari Cimbclicks. = Jimat masa, tenaga dan duit parking! ke bank atau pejabat pos. Cuma pertama kali perlu Active-kan akaun ini.

Kenapa Jimat Masa = tidak perlu keluar waktu pejabat dan menunggu giliran!
Kenapa Jimat Tenaga = tak perlu isi Borang Biru!

Kenapa Jimat Duit = tak perlu bayar Parking! Caj yang dikenakan hanya RM1.00

*Untuk Aktifkan Akaun :
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth2. Pilih ASNB
3. Untuk pertama kali, Pilih "Add Favourite Account"
4. Isi sedikit maklumat yg diperlukan : Jenis Dana, Nombor Akaun Dana, Nombor IC, Nama,
5. Pilih Submit dan tunggu esok baru Active
(Tempoh masa Active boleh tengok table yg disediakan)
6. Esok pastikan status "Active" pada menu View Subscription Status
7. Lepas tu dah boleh tambah pelaburan dengan menu "Subscribe"

*Untuk Tambah Pelaburan (selepas status Active):
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth
2. Pilih ASNB
3. Pilih Subscribe
4. Isi jumlah pelaburan yang ingin ditambah
5. Pilih Submit
6. Sahkan transaksi ini pada Pada page kedua dengan Pilih Confirm
Selesai! Dan caj dikenakan hanya RM1.00

Nota 1: Ehem cuma boleh Tambah Pelaburan aje (seperti Borang Biru manual) tak boleh semak baki ye - yang ni kena pergi Update buku, belum ready lagi.

Nota 2: Pengguna Maybank2U dan lain-lain sila gunakan menu Wealth Management (Pengurusan Pelaburan) dan cari senarai ASNB di bahagian ini. Mungkin ada yang tak perasan ASNB ialah Pelaburan sebab tu tak jumpa di menu Personal Banking yang selalu digunakan:-)

Sekian Tutorial kita semoga dapat membantu kepada yang baru tahu:-)

Monday, January 3, 2011

Pengalamanku : khatan anak perempuan

Hari ini selesai 1 lagi tanggungjawab kami sebagai ibu bapa, telah khatan anak perempuan pada usia 8 bulan. Info : Dikhatan oleh Dr. Leny Marlina di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. Perkhidmatan dibayar RM32.00 Selesai dalam masa yang cepat dan anak tak nangis pun, (hmm sayang anak ibu). Cuma luka yang sangat kecil yang syarat untuk setitis darah. Klinik kerajaan, PPUM tidak ada perkhidmatan ini maka kami cari doktor muslimah yang dekat.