Followers

Friday, January 7, 2011

Artikel ICT : Senangnya Tambah Pelaburan ASNB Dari Cimbclicks

Saya dah tak perlu keluar untuk Tambah Pelaburan ASNB kerana boleh Subscribe dari Cimbclicks. = Jimat masa, tenaga dan duit parking! ke bank atau pejabat pos. Cuma pertama kali perlu Active-kan akaun ini.

Kenapa Jimat Masa = tidak perlu keluar waktu pejabat dan menunggu giliran!
Kenapa Jimat Tenaga = tak perlu isi Borang Biru!

Kenapa Jimat Duit = tak perlu bayar Parking! Caj yang dikenakan hanya RM1.00

*Untuk Aktifkan Akaun :
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth2. Pilih ASNB
3. Untuk pertama kali, Pilih "Add Favourite Account"
4. Isi sedikit maklumat yg diperlukan : Jenis Dana, Nombor Akaun Dana, Nombor IC, Nama,
5. Pilih Submit dan tunggu esok baru Active
(Tempoh masa Active boleh tengok table yg disediakan)
6. Esok pastikan status "Active" pada menu View Subscription Status
7. Lepas tu dah boleh tambah pelaburan dengan menu "Subscribe"

*Untuk Tambah Pelaburan (selepas status Active):
1. Login Cimbclicks, pilih Manage My Wealth
2. Pilih ASNB
3. Pilih Subscribe
4. Isi jumlah pelaburan yang ingin ditambah
5. Pilih Submit
6. Sahkan transaksi ini pada Pada page kedua dengan Pilih Confirm
Selesai! Dan caj dikenakan hanya RM1.00

Nota 1: Ehem cuma boleh Tambah Pelaburan aje (seperti Borang Biru manual) tak boleh semak baki ye - yang ni kena pergi Update buku, belum ready lagi.

Nota 2: Pengguna Maybank2U dan lain-lain sila gunakan menu Wealth Management (Pengurusan Pelaburan) dan cari senarai ASNB di bahagian ini. Mungkin ada yang tak perasan ASNB ialah Pelaburan sebab tu tak jumpa di menu Personal Banking yang selalu digunakan:-)

Sekian Tutorial kita semoga dapat membantu kepada yang baru tahu:-)

No comments:

Post a Comment