Followers

Tuesday, October 31, 2023

Bantuan Kewangan RM1000 Untuk #mamakerja di Selangor - Daftar mulai 1 November 2023

Berita baik untuk #mamakerja di Selangor

Bantuan kewangan RM1000 untuk #mamakerja di Selangor. Permohonan terhad kepada 5,000 wanita yang layak sahaja.

Sumber : https://mamakerja.selangkah.my/

Daftar di Apps Selangkah mulai 1 November 2023

Sumber baca sini : https://mamakerja.selangkah.my/







Bantuan #mamakerja di Selangor. Permohonan terhad kepada 5,000 wanita yang layak sahaja.
Sumber : https://mamakerja.selangkah.my/

Tahniah Kerajaan Negeri Selangor terima Hadiah Utama Kategori Kerajaan Negeri bagi Kadar Penggunaan Pembayaran Digital Tertinggi




~post dari FB Pejabat SUK Selangor




Alhamdulilah ada pengiktirafan untuk penggunaan cashless tertinggi jabatan kerajaan ya. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor.

Nak juga tempias rasa gembira. Tahniah dipanjangkan bagi pihak team ICT (Skim F di Kerajaan Negeri Selangor) tulang belakang kejayaan cashless payment. Logo Paynet memang sinonim dengan sistem aplikasi yang kami terlibat dengan pemasangan payment gateway untuk menjana transaksi 24jam ibarat Silent revenue..sesuai sebagai solusi dengan kepadatan penduduk, trafik dan parking di pejabat kerajaan.

Mengimbas awal fasa gateway payment di malaysia sekitar 2001-2005 dan permulaan pemasangan dan fasa meyakinkan business owner yang payment gateway akan memudahkan cara kerja perkhidmatan awam suatu hari nanti. Masa tu sangat mencabar dan teori perlu dibentang berulangkali, dapatkan ilmu dan benchmark pelbagai agensi sebab ketika itu memang yakin cara cashless akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kerajaan cuma belum dapat tunjuk hasil lagi. Alhamdulilah dah lebih 20 tahun usaha berbaloi jadi semakin banyak jabatan celik kepentingan gateway payment. Tahniah semua pihak yang menjayakan agenda digital negeri ini termasuk semua rakan teknologi/industri, dari kerani hasil sampai ke akauntan, pegawai dan tak lupa yang sediakan sistem dan network internet yang terbaik menyokong infrastruktur digital.

Masih jauh lagi perjalanan Digital Change Management seiring dengan perubahan teknologi..