Followers

Wednesday, January 20, 2021

Rumah kecil tiang seribu

Selamat kembali ke sekolah anak-anak !


Kepada yang meningkat remaja, dengarlah pesan dari lagu Rumah Kecil Tiang Seribu semoga jadi anak yg berjaya dunia akhirat.

https://youtu.be/IJmg9XSfWbo 



Tuesday, January 19, 2021

Sekolah Online Di Rumah? Semoga ibu ayah boleh kawal Stress


Hai

 Esok sekolah Online bermula (20 Januari 2021) . Tekanan semula buat ibu bapa..


.

Harap cikgu rakam semua sesi Online dan share link untuk tonton bila-bila masa, tidak perlu risau pelajar tak join sesi ikut jadual kerana tak semua Mampu untuk ber-Online pada masa yang sama.

.

Kalau cikgu buat rakaman video mengajar pun ok. Boleh kami jadikan ulangan sampai faham.

.

.

.



//Maafkan ibu ayah tak mampu setting ala cyber cafe kat rumah ya anak-anak..



Hari ini persiapan akhir untuk mulakan sesi sekolah anak secara online esok. Ada yang share gambar siapkan komputer anak sorang satu dah macam cyber cafe. Tahniah rezki anak-anak.. Kebetulan ada yang masih mempunyai koleksi pc atau laptop lama. Yang takde komputer dah siapkan smartphone dan pasang siap unifi. Kali ni persiapan lebih lengkap berbanding semasa PKP tahun 2020 lalu. Ada yang menunggu parcel shopping tiba kerana pesan headphone tambahan agar boleh fokus, tak mengganggu dan terganggu. Begitulah kesungguhan ibu ayah demi memastikan anak-anak boleh ikut belajar dalam apa juga keadaan. 

.

Wahai anak, harap korang faham pengorbanan ibu ayah kali ini nak pastikan anak tidak ketinggalan setiap silibus. Kalau boleh jangan jadi macam ibu belajar di kolej milik melayu yang diasaskan oleh almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz sahaja zaman dahulu yang masih dipandang rendah sektor kerajaan. Sehingga kini masih perlu buktikan setaraf dengan MQA sedangkan MQA yang boleh bantu mengiktiraf kami lulusan kolej zaman dulu. 

Pengajarannya kalau nak belajar nanti masuklah universiti awam haha. Eh serius! Jangan jadi mangsa keadaan macam ibu ya, perlu berada 20 tahun kerja di tempat sama demi menyara keluarga. Banyak potensi diri dibiar KIV terlalu lama kerana keadaan tak mengizinkan hingga tak sedar diri dah semakin berusia untuk sambung semula masuk universiti. Biarlah anak-anak jadi penyambung perjuangan bangsa ibu ayah ya. Itulah rupa-rupanya susunan hidup yang diaturkan. Jangan lupa kita tuntut ilmu untuk memberi kepada ummah. 

Yes, please remember: We learn to serve the ummah !

.


Dah kenapa ibu tulis panjang pasal masuk sekolah online ni? Sebab ibu semakin stress risaukan anak-anak untuk hadapi cabaran baru, boleh faham ke tak dengan cara berguru secara maya ni. Kesian adik yang masuk tahun satu esok pun tak dapat pengalaman melalui sesi Orientasi jejak kaki pertama ke sekolah. Ibu ayah biasanya akan cuti untuk teman anak yang pertama kali ke sekolah kan. Momen tu lambat sikitlah nampaknya tunggu sekolah dibuka semula nanti.

.

Saya doakan ibu ayah tak stres dan saling memahami kekurangan kita semua. Ya harap tak saling menyalahkan kalau tak dapat berada di samping anak-anak teman belajar sama. 

Sekali lagi maafkan ibu ayah jika tak mampu mengadakan komputer sorang satu dan internet tak selaju dalam iklan tu ya. Itu semua di luar kemampuan kami. Ada masa kita semak homework sama-sama ya. 

.

Belajar Di Rumah

Simpan link sini. Dapat dari banyak group share link yang sama. Jadi mungkin bermanfaat untuk semua. Semoga anak bangsa kita pandai dan terus selamatkan negara Malaysia.

Terima kasih kepada PANDAI yang buatkan perkongsian koleksi video belajar ni.

Kat rumah pun anak boleh belajar. 😷📚 

PANDAI dah kumpul beribu video cikgu-cikgu di YouTube, kemudian susun ikut silibus sekolah KPM. 


Sek. Rendah

Y1 : video.pandai.org/year1

Y2 : video.pandai.org/year2

Y3 : video.pandai.org/year3

Y4 : video.pandai.org/year4

Y5 : video.pandai.org/year5

Y6 : video.pandai.org/year6


Sek. Menengah

F1 : video.pandai.org/form1

F2 : video.pandai.org/form2

F3 : video.pandai.org/form3

F4 : video.pandai.org/form4

F5 : video.pandai.org/form5


Terima kasih.

KATALOG PRODUK 2021 STYLO IBU

KATALOG PRODUK 2021
*Ejen/Dropship diperlukan seluruh dunia :-) Harga rujukan Ringgit Malaysia (MYR)
*WASAP lekas / Klik PAUTAN untuk dapatkan promosi/katalog setiap produk di bawah:

-------------------------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>

RICHGLOW Beauty Supplement >>>>>http://www.wasap.my/60187772633/NAKRICHGLOW 

  • Red Box (Supplement) : Gabungan delima, habatusauda dan pelbagai khasiat superfruits
  • Pink Box (Lady Supplement) : Jus jamu moden dengan pelbagai khasiat superfruits
  • RM140 per box mengandungi 30 sachet 

NURRAYSA mekap mesra wuduk >>>>>http://www.wasap.my/60187772633/NAKNURRAYSA

  • Mekap mesra wuduk
  • Penjagaan diri seisi keluarga
  • Vitamin C
  • Susu coklat Premium Chocolicious in pouch style

TUPPERWARE Malaysia  >>>>>>>http://www.wasap.my/60187772633/NAKTUPPERWARE

  • Hot item gajet dapur 
  • Katalog online

REMPAH PERAP MADU serbaguna >>>http://www.wasap.my/60187772633/NAKREMPAH

  • Rempah perap 1 peket 180 gram pada Rm10
  • Ejen, kedai, pasaraya diperlukan dengan penjimatan setiap peket/karton
Semua produk diyakini Halal. Tempahan adalah secara pre-order. Sila wassap untuk semakan stok dan harga untuk penghantaran ke lokasi anda.

Untuk dihantar sebagai hadiah, pastikan nama penerima dan nama pembeli disertakan sebagai rujukan penghantaran.

---

Terima kasih di atas sokongan anda. Bangkit niaga jom join team kami!