Followers

Monday, August 5, 2013

Khidmat Mekap Cantik Shah Alam Klang

Saya nak kongsikan cerita yang telah disiarkan di Blog Design untuk pembaca di sini pula. Manalah tahu musim perayaan atau kenduri kahwin atau Dinner masih ada yang tak pasti mekap apa yang sesuai untuk menaikkan seri wajah, so bolehlah cuba hasil kerja kawan saya usahawan baru ni.

Salam bahagia. Ingin berkongsi lagi satu kejayaan rakan dalam usaha "mencipta" bisnes untuk memajukan dirinya. Maka saya ciptakan sebuah lagi web-banner untuk diabadikan di Facebook nya.

Khidmat mekap Shah Alam - Klang - Petaling
Khidmat Mekap Shikin Shah Alam Klang

Namanya Shikin. Shikin masih bekerja sepejabat dengan saya. Tapi saya perhatikan dia ni cenderung kepada produk kecantikan dan mekap. Juga ada bakat terpendam berani buat mekap kawan-kawan sebab bukan semua orang pandai mekapkan orang lain ya. Dengan kreativiti dan skil yang dia ada saya cadangkan supaya dia lebih serius dengan mempromosi perkhidmatan mekap sebagai permulaan, untuk kawan-kawan sekitar Shah Alam, Klang terlebih dulu selain boleh mengasah skil dan mencambah ilmu. Berkat dorongan suami tercinta mereka sepakat mewujudkan sebuah jenama (brand) sendiri yang diberi nama Eydzul. Khabarnya Blog pun masih on-the-way dek kesibukan tugas hariannya. Buat masa ni pelanggan berurusan terus di Facebook sahaja. Apa pun semoga usaha dan pengorbanan awal dalam menjinakkan diri dengan bisnes ini akan menjadikan Shikin seorang yang lebih matang hari demi hari dan diucapkan selamat maju jaya. Ingatlah pepatah mudah ini : sesungguhnya usaha tangga kejayaan..dan siapa yang berusaha dia yang dapat :-)

Kalau berminat mendapatkan perkhidmatan mekap Shikin boleh runding sendiri beliau di telefon/sms 019-2903169 / 010-4205708

No comments:

Post a Comment