Followers

Friday, October 30, 2015

Simpan Resipi Kek Oreo Cheesecake Mudah Dengan 4 Bahan Asas

Ciskek? Camni ke menyebutnya haha saje je tukar ejaan. Amboi anak-anak sekarang cepat je tau jenis-jenis kek. Tak sempat tunggu Cheese Malaysia keluar kat pasaraya terkenal terpaksa la guna apa yang dijual di Bagus dan lain-lain kedai bahan bakeri. OK jom sekali lagi libatkan anak-anak untuk main masak-masak, kita buat Oreo Cheesecake yang mudah sebab bahan-bahan tak banyak sangat nak sediakan. Lagi satu tak perlu oven jadi selamat untuk kelas memasak anak-anak. hehe macam ada ramai je budak-budak join dapur korang tu. Kalau korang pengusaha taska apa salahnya jadikan kelas buat cheesecake ni salah satu ilmu Skill Survivor, tentu taska korang lebih menarik untuk ciptakan suasana sel-sel otak mereka berhubung.

Mudah tu sebab 4 jenis bahan sahaja, dan 3 kali kerja sahaja.

Bahan-bahan :-

1. Dua (2) peket biskut Oreo - jadikan 3 jenis
- Hancurkan halus untuk dijadikan tapak kek (base cake)
- Hancurkan kasar untuk bahagian kek
- Patah-patah 4 untuk hiasan atas kek

2. Butter - 50g - cairkan
3. Cream Cheese - 250g
4. Susu Segar - 100 ml


Cara-cara :-

1. Buat tapak kek atau base : Gaul oreo hancur dengan Butter cair. Tekan untuk dipadatkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit Butter bawah dan tepi loyang.
2. Buat isi kek atau filling : Putar Cream Cheese sampai kembang, masukkan susu segar dan gaul dengan oreo kasar. Tuang atas tapak kek tadi. Boleh tambah lagi oreo kasar sebagai hiasan.
3. Masuk dalam peti ais sehingga 4 jam atau hingga membeku. Siap.

-----------------------------

Resipi ni boleh diubahsuai lagi ikut citarasa di lain kali. Yang penting dah tahu bahan asas dan cara buat. Resipi ni tak ditambah gula sebab biskut oreo tu dah manis dan memang ikutkan sekali dengan inti vanila yang sedap tu. Kalau nak tambah juga boleh tambah sedikit gula aising selepas putar Cream Cheese. Boleh juga tambah sedikit perahan jus lemon untuk kurangkan rasa lemak Cream Cheese itu. Selamat berkarya dengan resipi Cheesecake sendiri. Makan pulak cedok pelan-pelan macam kalau makan/dating kat restoran mahal tu kan, satu slice sampai berjam-jam duduk situ sebab selesa sangat siap dalam aircond. Kan?

Takde loyang kek pun takde masalah untuk cheesecake jenis sejukkan camni. Boleh je buat dalam sebarang loyang atau bekas seperti plastik Tupperware biasa atau dipelbagaikan ke bekas-bekas kecil. Ni pinjam gambar dari google pasal cheesecake.

Kalau korang memang suka (fotografi) ambil gambar makanan yang cantik boleh belajar lagi bagaimana teknik Lighting mudah nak ambil gambar makanan yang menyelerakan dengan Kursus Food Styling/Whatthefoo - dari Sifoo Dot Com 


---------------------------------

Kos main masak-masak kali ni :-
Oreo 2 peket RM6.40
Buttercup  RM5.20
Philadelphia Cream Cheese RM15.60
Dutch Lady UHT Fresh Milk 1 liter RM7.90

No comments:

Post a Comment