Followers

Tuesday, November 24, 2015

Simpan Resepi Donat Tanpa Telur

Kali ni simpan resepi donat tanpa gunakan telur pula. Apa yang penting dalam men-donat? Ya sekali lagi kesabaran untuk aktifkan yis dan naikkan doh hehe saja ingatkan resepi donat telur sebelum ni. 

Bahan basah:-
1/2 serbuk yis
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam

Bahan kering:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin


Cara-cara :-
1. Satukan bahan kering. Gaul dengan tangan sampai tidak bergentel.
2. Dalam bekas lain satukan bahan basah iaitu serbuk yis, gula, susu pekat dan air suam. Tunggu hingga yis aktif iaitu campuran ini berbuih.
3. Selepas yis aktif, masukkan ke dalam campuran tepung tadi secara perlahan-lahan.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan doh selama 1 jam. Boleh tutup doh dengan kain basah supaya doh naik sekali ganda.
6. Boleh mula canai doh menjadi bentuk donat
7. Rehatkan donat selama 1 jam lagi atau sehingga kelihatan naik dan permukaan licin
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan sekejap sahaja dan boleh angkat atas tapis/redai. Lebihan doh boleh terus dibekukan untuk digoreng kemudian. 
9. Sejukkan sedikit untuk menghias dengan gula halus/kastor atau celupkan permukaan dengan coklat cair dan kemudian coklat urai. 

Adunan ini menghasilkan sekitar 20 biji donat dengan saiz sederhana. Yang penting adunan doh tetap naik tanpa gunakan telur kan. Janji gebu gebus gedebus isi dalamnya apabila merasa gigitan pertama (gigit donat tu lah). Amboi bahasa saja nak pancing mata pembaca..
Hm tadi ada lagi baki setengah peket yis tu kan, bolehlah buat sekali lagi adunan akan datang hehe
Bahan basah (campuran yis) dan kering (campuran tepung dan marjerin)
Proses uli dengan tangan
Doh selepas diuli direhatkan untuk mengembang/naik
Doh yang telah berkembang/naik sekali ganda telah memenuhi ruang
Selepas dibentuk doh direhatkan lagi untuk mengembang sehingga permukaan agak licin dari sebelumnya
Goreng doh dengan api sederhana sekejap sahaja kemudian tos atas redai/tapisan
Donat dihias sesedap rasa - salutan gula halus tradisional atau hiasan moden seperti coklat dan lain-lain. Anak-anak kesayangan boleh ambil bahagian bab menghias donat ni

No comments:

Post a Comment