Followers

Monday, January 4, 2016

Ibu Makan Gaji Bukan Kejam Tinggalkan Anak Sementara Bekerja

Selamat tahun baru. Hari ini tak rasa Stylo langsung dah. Hari ini hari ibu bermuram durja. huhu. Lagi lagi rasa bersalah datang kepada ibu sebab terpaksa tinggalkan anak di pusat jagaan. Hm ini kali ketiga. Perasaan yang sama sejak hari pertama meninggalkan anak bekerja, sejak anak pertama. Sama - tetap rasa bersalah, kesian kejutkan mereka bangun awal pagi dan paksa ikut rentak semasa. Kuat semangat hari ini sebab dah berjaya tunaikan cita-cita supaya tak susahkan mak jaga cucu lagi. Kasi mak rehat dan isi banyak masa zikir supaya dimudahkan urusan dan dijauhkan sakit-sakit tua. Sayang mak. Ini je keselesaan yang mampu saya usahakan setakat ini.
Tahun ni ibu sedih berganda sebab si adik masih belum cukup 2 tahun dan masih belum mahu minum susu botol sepenuhnya. Harap adik matang macam kakak-kakak ya. Adik anak yang bijak sebenarnya sebab senang dipujuk kalau kena caranya. Sabar ye cikgu. Cikgu yang sambut dia pagi tadi muda lagi, harap dia sabar dan kuat pegang si adik yang kuat melonjakkan badan kalau meragam. Tapi kalau dah Ngam nanti harap boleh la jadi geng yang menyenangkan hati ya.

Cerita pasal pusat jagaan (popular dengan keyword Daycare) sekarang ni keperluan untuk menempatkan anak-anak sepanjang waktu bekerja. Dulu bolehlah relevan sekolah tadika balik jam 11pagi ada yang ambil tapi manalah ada masa untuk keluar waktu pejabat dan cari lagi satu tempat untuk jagaan. Hah macam kami memang cari tadika yang ada pusat jagaan sekali supaya anak-anak boleh belajar kurikulum pra-sekolah yang ada islamik, ada didikan awal, siap sesi makan, sesi tidur, sesi mandi dan kami boleh ambil pulang dengan keadaan anak-anak yang sihat dan ada baaanyaakk nak diceritakan. Setakat ini kakak jenis yang senyap dalam kelas tapi memang nampak sangat pendam banyak cerita untuk dikongsi sebab apabila kami ambil ada sahaja ceritanya dan hafalan harian sepanjang perjalanan ke rumah. Seronok nampaknya sesi belajar di situ. Jadi tahun ini kakak 6 tahun dan 4 tahun akan belajar dalam kelas yang lain sesi pagi dan jumpa semula selepas habis kelas.

Jadi inilah yang ibu ayah boleh usahakan iatu pusat jagaan yang boleh terima serentak 3 beradik di tempat yang sama. Inshaallah tempat ini yang terbaik di Shah Alam, dekat dengan tempat kerja ibu ayah, selamat dan selesa untuk anak-anak menghabiskan masa dari pagi hingga ibu ayah selesai kerja di petang nanti.

Pusat jagaan ni dua tingkat, bahagian bawah menempatkan pusat jagaan dan bahagian atas sebagai kelas-kelas tadika. Banyak aktiviti Happening sepanjang tahun dan cikgu-cikgu memang sayang budak-budak (inilah yang melegakan sikit perasaan saya di kala ini) anak-anak cepat tahu solat, siap bacaan dalam solat, pandai bawa diri dan bergaul dengan kawan-kawan.

Tahun baru 2016 cabaran baru untuk kita sekeluarga ya sayang. Ibu bukan kejam tapi keadaan memaksa - huhu boleh tak buat lirik lagu alaf baru camni.. Untuk motivasikan diri, buang jauh-jauh perasaan bersalah tinggalkan anak sebab terpaksa bekerja. Sebabnya jangan dengar kata orang, orang tak tahu apa yang kita rasa dan orang tak beri rezeki kepada kita - Allah yang bagi - dan kita ibu bekerja yang masih kena bekerja demi keluarga dengan niat keluar rumah kerana Allah. Betul tu. Allah yang bagi. Kita usahakan sama-sama ya encik suami. Sama-samalah bersabar dengan dugaan anak kecil. Zaman kita dulu tadika pun optional (dicadangkan jer) dan pagi adalah masa untuk sambung mimpi sampailah perlu bangun untuk sekolah rendah sesi pagi..kebanyakan darjah 1 pun sesi petang..dulu ler..Sebenarnya kesian anak-anak sekarang, maafkan ibu ya anak-anak, semoga anak-anak faham kesusahan ibu ayah sekarang membesarkan kamu kamu semua dengan jalan makan gaji sekarang ni.

Betul, ibu ayah kesian. Kami dah cuba cari jalan lain untuk cuba jalan pendapatan lain sambil jaga sendiri anak-anak tapi belum berjaya lagi. Rasa nak buka sendiri pusat jagaan asalkan anak ada depan mata tapi banyak betul cabaran bersijil, modal dan pengalaman, jadi masih belum upaya menguruskan pusat jagaan seperti itu.

Ha ni dah waktu rehat tengahari. Tu yang bebel memanjang ni. Sebenarnya rasa nak cepatkan jam supaya cepat ambik anak-anak balik. Terutama nak sambung menyusu si adik. Mesti dia rindu sangat kan. Doa lagi semoga anak-anak kuat semangat, faham keadaan ibu ayah bekerja dan redha untuk menempuh satu lagi hari yang sama esok, lusa, seterusnya..Sementara tu follow je apa yang cikgu share kat fb, group huhu.

No comments:

Post a Comment