Followers

Sunday, March 3, 2013

Kereta NGV jimat

Asalamualaikum, terfikir nak kongsi cerita NGV dan meneruskan kempen alam sekitar. Perkataan yn kita pernah nampak :

NGV= Natural Gas Vehicle
CNG = Compressed Natural Gas

Ramai pakai kereta NGV tapi tak ramai yang menulis mengenai pengalaman menggunakannya menyebabkan kempen alam sekitar jadi separuh jalan juga sambutannya. Biarlah saya ceritakan bahagian yang menarik dan bagus mengenai NGV. Kami banyak jimat untuk berjalan jauh memikirkan keperluan ziarah keluarga besar kami yang sentiasa happening dan merata tempatnya. Maka pada tahun 2012 kami nekad pasang NGV jenis Auto Switch (petrol dan gas boleh tukar bila-bila masa). 
Cabaran semasa mula-mula convert NGV

ni antaranya susah nak agak jauh perjalanan sebab tak semua Petronas ada stesen NGV. Dulu kempen NGV sekejap aje katanya membantu jaga alam sekitar kerana pelepasan karbon kurang tapi sangatlah kurang stesen macam tak nak teruskan kempen pula. 

Apa pun memang jimat pakai NGV. Kami nekad pasang NGV brand Zavoli (katanya dari Itali) dengan silinder fibre-glass. Secara fizikalnya separuh bonet hilang tempat barang. Beratnya menyebabkan bahagian belakang sedikit lowered maka kami pasang sport rim waja supaya kembali seperti biasa. Cuaca kat Malaysia pula panas, jadi cabaran enjin pula kena tukar minyak hitam tepat ikut jadual. Kalau ada lebih duit bolehlah pasang booster penjimat tenaga (contoh Green Technology) jadi kereta tak rasa berat, rasa biasa seperti pecutan guna petrol.

No comments:

Post a Comment