Followers

Thursday, June 28, 2012

Keychain Felt Gebu - Boboi



KRAF FELT GEBU "BOBOI"


"Boboi" ala kartun yang sedang terkenal sekarang ni Boboiboy yang comel ini dibuat daripada polyester felt dengan jahitan tangan. Puas hati dapat buatkan Boboi sendiri untuk si Nafisah. Belum siap jahit lagi dia dah teka "itu boboiboy!". Ehe kalau dia boleh kenal design ni maknanya bentuk freehand boboi saya ni menjadi ler. Saya kata nak buatkan boboi gebu. Kemain suka dia siap suruh buat lagi. Oleh sebab akan buat lagi saya dah siapkan potongan kadbod bentuk-bentuk boboi ni - bentuk muka, topi, rambut remos & pad mata. Lain-lain bola mata & sideburn tu boleh potong kemudian. Hidung saya buat bola felt berisi sedikit fiber supaya comel macam anak patung (konon 3D la sikit). Oh ye saya tak guna gam, semuanya dijahit supaya tahan lasak kalau budak bawah 3 tahun main (macam Nafisah yang dok picit-picit felt gebu ni sebab gebu macam bantal).

Untuk tempahan anda boleh pilih untuk jadikan si comel ini sebagai KEYCHAIN atau HANDPHONE STRAP. Cuma tambah RM2 untuk tambahkan nama di bahagian belakang. Kami buatkan khas untuk anda!

Handmade craft from polyester felt. Can choose to have this cute guy as KEYCHAIN or HANDPHONE STRAP. Add RM2 to have your name at the back. Specially tailormade for you!

 ::Untuk HARGA dan TEMPAHAN boleh klik ke page KEDAI STYLO IBU 

No comments:

Post a Comment