Followers

Saturday, June 29, 2013

Hadiah kepingan emas seberat 350 gram untuk tilawah alquran di malaysia

Wah satu lagi transformasi minda yang bagus,apabila menjadikan emas tulen sebagai hadiah kepada penganjuran prtandingan. Memang Like sangat berita semalam apabila hadiah emas akan diberikan kepada pemenang tilawah alquran peringkat antarabangsa sebab siapapun menang emas memang diakui berharga di mana2 negara pun,jadi takkan timbul isu bagi duit sikitlah,negara penganjur kedekutlah jika diperkotak katik sibuk nak dibanding dengan us dollar. bagi emas fizikal kepada pemenang lebih bagus daripada bagi duit sebab senang cairrr dan susut nilai..lagi2 lah jatuh ke tangan wanita kut cepat jer habis ehehe jangan marah.. hm setiap tahun tempat saya kerja dan pejabat2 kerajaan lain anjurkan Anugerah Khidmat Cemerlang, saya dah lama berharap pejabat2 kerajaan pun berikan barang emas kepada kakitangan yang cemerlang. contoh kalau hadiah rm1000,boleh dibelikan barang kemas 916 untuk disimpan sebagai kenang-kenangan..sampai usia pencen esok sudah berganda nilainya, maklumlah kenaikan 25% setahun..asb korang berapa?dulu boleh jer dapat 10% sekarang 8% pun kene tunggu pengumuman katanya brgntung kepada kedaan ekonomi..kenapa,projek yang guna dana asb dah tak untung besar ke..tu belum tolak kadar inflasi 4% setahun.maknanya kita "orang kebanyakan" (pinjam ayat mak sudin bujang lapuk) ni dapat nilai 4% sahaja. fakta ni semua korang boleh rujuk perkongsian cerita muslimin di internet,sertai seminar celik emas dan macam2 sumber lagi.sekarang masanya untuk kita sedar cari ilmu emas sebagai kekuatan umat islam. amboi ibu memang bersemangat bab meningkatkan ekonomi keluarga ni,maklumlah banyak perancangan keluarga perlukan modal besar.
saya pernah minta cadangan memberikan dinar emas ini dipertimbangkan dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (pejabat suk selangor) tapi siapalah saya sekadar berkobar2 ingin membuat transformasi minda di situ. tapi jauh di sudut hati saya masih brharap selangor celik emas seperti suk kelantan yang menghargai kakitangan dengan barang berharga iaitu emas.. haha ada jawatan kosong tak sebagai webmaster ker designer ker,cuma bukan anak kelantan lah..boleh? memang jeles dengan kelantan negeri yang kaya kerana sandar ekonomi kepada emas. cuba jual minyak dalam nilai emas agak2 negeri kita kaya macam dubai atau sekurang2nya macam brunei nak?minyak kita lagi banyak woo tapi kita melopong nak beli minyak terbaik ron97 tak mampu. omputih pun tak boleh sesuka hati cetak duit sebab kita tak terima kertas dollar tak laku.best tak buat pendirian macam tu?jom berangan.

No comments:

Post a Comment