Followers

Thursday, October 21, 2010

Ubat hypertiroid dengan cara homeopati

Salam sejahtera. Sakit itu penghapus dosa. Dan yang melihat tak sama dengan yang menanggungnya. Jadi di sini saya kongsikan jika ada wanita/lelaki yang pernah didiagnos sebagai pesakit Hypertiroid. 

Saya belanja gambar ni sebagai berkongsi berita gembira kepada pesakit di luar sana. Penawar itu ada cuma perlu usaha dan cuba lagi sampai berjaya ya. Ini ialah gambar ringkasan keputusan ujian makmal sepanjang tempoh rawatan hospital dan beralih kepada perubatan homeopathy. Buat dalam bentuk gambar dan graf sebab apabila dibuat secara "infografik" sebegini lebih mudah faham dan nampak kesan positif kan. Sapa nak baik terus macam ni sila senyum ok!

Bacaan ujian darah untuk tahap hormon ujian tiroid dulu dan sekarang - sudah normal

"Apa itu Tiroid? Bunyinya macam penyakit moden" itu kata mak selepas diberitahu mengenainya.

Ha tu takmahu cerita pandangan orang lama sebab sebelum ini manalah ada sebaran maklumat mengenainya sebab kes sangat jarang dan malang juga tak banyak yang dilaporkan agaknya. Tu belum ibu mertua punya pandangan kan. Ops serious taknak tahu. Yang penting semasa diberitahu anda ialah seorang pesakit, masa tu hanya mengharapkan suami sebagai penguat semangat..dalam hati tiba-tiba ada perasaan takut tentang masa depan, takut ditinggalkan dan takut tentang kematian sampai rasa nak cakap "Hubby don't leave me!!" OK kita tinggalkan bab drama ni supaya pesakit tak takut dengan bayang-bayang sendiri. 

Sekarang ni semua ujian makmal dah canggih dan moden, jadi hanya dari ujian darah sahaja sudah boleh hasilkan kajian lebih terperinci. Ada sahaja kes jarang berlaku dulu sekarang macam dah selalu terjadi sebab dah boleh dikesan dari awal. Contohnya macam dah selalu sangat ada berita orang keguguran, bayi meninggal dalam perut, dan sekarang kes-kes Tiroid ni dah sinonim dengan masalah wanita. Lelaki kena ambil tahu juga sebab rupa-rupanya lelaki juga memang bersama-sama terima rawatan di klinik Endokrin, PPUM dulu. Ha klinik Endokrin ini ialah bahagian yang kaji pasal hormon badan. Kalau dah PPUM tu memang ramai rupa-rupanya yang senasib, cuma pelbagai masalah hormon ikut tahap kesihatan masing-masing. 

Cerita tentang rawatan pulak. Pernah dengar tak, kalau makan ubat darah tinggi tak lama lepas tu kena sakit jantung..atau..kalau makan ubat kencing manis tak lama lagi kena sakit kepala.. dan lain-lain lagi yang kita dengar..

Tau kenapa? Kerana ubat hospital selalunya hanya untuk bertahan saja dan bukan MENGUBATI. Kandungan dadah dalam ubat adalah untuk manipulasi menipu otak supaya diarahkan kepada kelegaan sahaja. Mudahnya, ubat penyakit lain dapat penyakit lain. Siapa pernah tengok tv Astro rancangan tentang biji aprikot (betul ke buah ni?) yang boleh mengubat Aids..kenapa ianya tak dikomersilkan jadi ubat, kerana kalau semua pesakit dah sembuh habislah bisnes hospital yang berpegang kepada rawatan susulan. Betul juga, sehingga ia dijual di pasaran gelap dengan harga yang tinggi giler. Dan berbalik kepada siapa yang memegang kroni ubatan moden..kan..

Dalam berubat pula, kita kena berSABAR dan jangan putus asa. Banyak cara berubat kena rajin dan terus menerus tak boleh cuba cuba. Kemudian berdoalah agar diJODOHkan dengan ubat yang menyembuhkan.

Cerita tentang Hypertiroid / Hyperthyroidism yang saya tahu sejak mengandung pertama sekarang sudah normal dengan perubatan Homeopati. Cuma dalam beberapa bulan bacaan dah normal. Kalau tak saya kena makan ubat pahit PTU yang kalau ditinggalkan atau tak ikut dos menyebabkan hormon tiroksin tinggi badan tetiba menggeletar dll kesan sampingan.

Sekarang, kerana gembira bebas dari mengambil ubat PTU yang pahit, mari saya kongsikan link Dr. Radziah ni : http://homeopathy2u.com.my/

Lokasi klinik : NO 10, JALAN KRISTAL K7/K, SEKSYEN 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia
Telefon : 019-208 2756
facebook page : http://www.facebook.com/pages/Klinik-Homeopathy-Radziah/330004517044774

Dr. Radziah sangat ramah dan layan kita macam dah kenal lama. Pertama kali jumpa pun tak malu untuk meluahkan apa yang kita alami. Ubat dihasilkan dari herba dan halal. Cara makan pun senang sebab ubat manis macam makan gula-gula. Cubalah rawatan homeopati sebagai alternatif kepada ubatan dadah yang belum tentu dibuat dari barang halal. Sebarkan kebaikan rawatan ini semoga memberi kesembuhan kepada yang memerlukan. 

5 comments:

  1. Ya betul, ubat PTU memang pahit dan saya selalu cengkelat skip makan.Terima kasih info homeopati ni.Doakan saya berjaya juga mengubati tiroid.

    ReplyDelete
  2. First time nak buat apoinment apa nombor Dr. Radziah? Kalau tak silap sebelah kfc cuma ada farmasi guardian kan?Kat mana location?

    ReplyDelete
  3. sitidia - sama2 kasih,semoga cikpuan juga bebas hypertiroid :-)
    Devi - Dr Radziah 019-2082756. Nak mention nama saya si Rosnah pesakit tiroid pun boleh, agak2 dia ingat tak ehehe.

    ReplyDelete
  4. Sy br jumpa Doktor td.. Terpaksa makan camimazole sbb ptu effect liver.. Sedih sgt fikir diri br kahwin nk Ada baby tp ptu Nampak tak sesuai dgn badan.. Camimazole tak bagus utk baby.. Terpaksa tahan Dulu perancangan nak Ada anak��

    ReplyDelete
  5. Salam puan.sy nak bertanya berapa lama puan ambil masa utk pulih dr tyroid?sy pghidap hypertyroid dr 2012 slpas bersalin ank kedua..sehingga sekarang sy msih pghidap n mkn carbimazole,vit b dan propanolol..sy ingin sgt bebas dr tyroid sbb bile dtg simptom mcm ssak nafas,bdebar dll sy rse mcm nyawa dh berada di pghujung..sedih sgt rsenye sbb anak2 msih kecik..bantulah sy..terima kasih puan.

    ReplyDelete