Followers

Wednesday, October 20, 2010

Baju menyusu - baju kurung Adrinis



Baju raya tahun ni ialah baju kurung menyusu jenama Adrinis. (dilabel sebagai Adrinis Kurung Moden - White) Cantik dan praktikal. Yang best tak perlu gosok sebab material kain lembik (ala yang macam tudung express tu.spandex kot namanya) :-) Baju ada lapisan depan yang boleh diselak untuk mudahkan menyusu tanpa mengangkat baju dan tak menampakkan pinggang. Kain sarung getah keliling. Memang sesuai kepada yang pakai tudung sebab orang tak perasan bukaan baju kita. Baju ala muslimah sebab ada tangan bergetah ropol. Tambahan batu-batu manik yang pelbagai warna membuatkan harganya mahal sikit sebab cantik sesuai ke pejabat dan majlis. Lagi satu saya suka corak dan warnanya yang ceria dan boleh sesuai dengan tudung putih/corak/oren..
Yang saya pakai ni brand Adrinis, tapi beli di kedai Sarakids di TTDI Jaya, Shah Alam. Memang boleh beli online tetapi saya nasihatkan cuba dulu di kedai sebab potongan saiz tak sama macam baju standard walaupun ada saiz S, M, L, XL. Kebanyakan S dan M sangat kecik di dada dan pinggang. Yang ni saya ambil XL sebab tinggal ni aje yang besar sikit. Cuma tangan jadi panjang sikit dan kain kena potong atau gulung ler.
Kongsi cerita pengalaman datang ke kedai Sarakids..macam-macam ada. Alamat : 42-1, 1st. Floor, Jalan Opera L U2/L,Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.Tel: 03-78475369.
Sebenarnya seronok sebab dapat tengok sendiri secara LIVE barangan yang dilihat secara online sebelum ini. Jurujual pun peramah dan boleh tanya macam-macam mengenai barangan dan tips susu ibu. Di kedai Sarakids ada jual baju Adrinis dan Mydreams (kedai kat Bangi) dan lain-lain lagi brand online. Kakak jurujual tu memang penyabar sebab saya mencuba hampir 12 pasang baju menyusu tapi last beli 1 aje baju kurung, 1 inner dan 1 tshirt menyusu. Itu pun dah terlebih bajet RM300..tapi cantik dan puas hati kerana bahan kain yang lasak :-)

Share Quick-links:
Gambar baju kurung ini di web adrinis.com
Gambar baju kurung ini di web sarakids.com
Gambar baju sedia untuk dicuba di kedai sarakids

3 comments:

  1. Terima kasih atas testimoni untuk baju ini.. :)

    Minta mohon tuan rumah kalau saya sharekan dalam blog/fb saya? :)

    ReplyDelete
  2. Sharini:ya boleh,suka sangat sharing2.mari share.

    ReplyDelete
  3. salam... saya juga ada menerima tempahan baju kurung menyusu
    jika nak alter baju kurung biasa kepada baju menyusu pun boleh :)

    sudi la singgah page saya k
    https://www.facebook.com/erymincollections

    ini pula blog saya :)
    http://erymincollection.blogspot.com/2013/09/breastfeeding-ohh-indahnya.html

    ReplyDelete