Followers

Friday, September 18, 2020

Resipi Untuk Anak Dan Keluarga : Karipap Tak Pedas Untuk Anak


Berikut dikongsikan cara nak buat karipap versi yang tak pedas untuk anak kerana guna hanya serbuk kari yang memang dah sedia ada rasa pedas. Cukuplah untuk anak-anak buat sarapan atau bekal ke sekolah. Sesuai juga untuk yang memang tak suka inti pedas. Kadang-kadang kalau beli karipap yang siap goreng atau frozen tak boleh nak agak rasa intinya, kalau sedap memang repeat beli lah. Kalau yang beli kadang dapat yang terlebih pedas, terlebih masin, terlebih manis pun ada. Jomlah ibu-ibu kita buat sendiri karipap versi tak pedas ikut tekak sendiri. Buat banyak mana pun boleh, kalau lebih boleh frozenkan. Ajak anak dara bantu sekali terutama part mencanai doh tu anak memang suka ambil bahagian.

Sebagai panduan, sukatan cawan yang digunakan ialah cawan sukatan standard size beli di kedai bakeri. Kalau nak jadikan panduan nak guna cawan minum pun boleh tapi guna yang sama supaya tetap jangan macam-macam saiz pula.

1. PENYEDIAAN BAHAN 

Bahan untuk doh:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak, dipanaskan
1 sudu besar marjerin
1 1/2 cawan air sejuk
sedikit garam / 

Bahan untuk inti:

3 biji kentang, potong dadu kecil (rebus dan toskan)
1 sudu besar serbuk kari
1 peket stok ayam
Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
sedikit garam


2. CARA-CARA

1. Buat doh
Satukan tepung dan minyak yang dipanaskan. Gaul dengan sudu
Tambah marjerin, gaul dengan tangan sampai jadi seperti serbuk
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati
Uli sampai jadi doh
Simpan sebentar dalam peti ais (bawah) sementara sediakan inti

[sambung..]


1 comment:

  1. Blackjack Review 2021 - Dr.MCD
    Blackjack 경상북도 출장마사지 uses two decks 천안 출장안마 of 52 cards and consists of a standard 김포 출장샵 52-card deck. 김해 출장샵 The dealer makes an attempt to keep his cards and pay his cards 삼척 출장마사지

    ReplyDelete