Followers

Tuesday, July 28, 2020

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Secara Serentak Di Seluruh Negara Pada 28 Julai 2020

Selesai acara pagi ini, 28 Julai 2020, majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2020 Dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang kali ini diadakan secara serentak di seluruh negara melalui LIVE Streaming. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi ucapan dan melancarkan dari Putrajaya, dengan disaksikan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri-negeri di lokasi perhimpunan masing-masing. 





Ini poster pelancaran di peringkat Negeri Selangor



Sememangnya momen yang bersejarah sementelah kita menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana masih berusaha membebaskan negara dari wabak Coronavirus/Covid19. Inilah sejarah tahun 2020 yang ibu nak kongsikan di sini. Betapa kemerdekaan negara selama ini telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama boleh hormat dan tunduk patuh kepada arahan satu pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dengan patuhnya kita inilah yang berjaya menjadikan negara Malaysia selamat, aman dan sejahtera. Sekarang anak-anak ibu perlu pertahankan kemerdekaan negara Malaysia. Bukan senang, tapi boleh dilakukan dengan mengenal diri, mencari jati diri.

Tema kali ini ialah "Malaysia Prihatin" mengangkat usaha semua rakyat Malaysia yang sama-sama memerangi wabak, dari barisan hadapan di peringkat permulaan PKP Mac lalu hinggalah kita sendiri yang menjadi penentu kejayaan SOP di peringkat PKPP. 

Semoga semua kita rakyat Malaysia dan pendatang yang ada di bumi Malaysia ini sedar diri dan patuhi semua arahan, amaran, nasihat Kerajaan Malaysia. Semoga bumi Malaysia dilindungi Allah Yang Maha Besar (Allahu Akbar).

Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 63 di tahun 2020.
(Malaysia Merdeka 1957 - 2020)

No comments:

Post a Comment