Followers

Monday, June 22, 2020

Resipi Untuk Anak Dan Keluarga : Kek kurma

Ramadan 2020 dah berlalu, Raya 2020 pun dah berlalu. Yang tak berlalu ialah masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan kerana pandemik Coronavirus.

Kalau stok buah kurma ada lagi boleh bagi anak-anak makan begitu sahaja atau jadikan kek kurma macam ni. Boleh makan bila-bila masa untuk sarapan atau minum petang. Ada banyak cara nak masukkan kurma ke dalam adunan kek ini, sama ada blend semua sekali atau jadikan pati kurma dengan cara rebus guna sedikit air. Resipi di sini yang paling mudah untuk blend sekaligus, jadi kek kalau dipotong nanti tak berapa nampak tekstur kurma kelihatan di mata anak-anak gitu..

Bahan kurma, telur dan gula saya satukan guna Mixer tangan jenama Speedy Chef (seperti dalam gambar) dari brand barang dapur yang memang legend iaitu:Tupperware original. Saya dah cuba Speedy Chef ni memang sesuai untuk kegunaan ibu yang ade anak kecik macam saya sebab portable, ringan, tak bising dan paling best =memang mudah nak cuci! Boleh la jadi pengganti mixer elektrik bising dan banyak part nak buka dan cuci. Anak pun boleh bantu preparation (prep) guna Speedy Chef sebab cuma putar tangan dah boleh kembang setaman bahan-bahan dalam mangkuk mixer tu. Kat rumah memang anak berebut nak tolong putar. Ok lah lain kali buat cerita review produk ok tak. Boleh dapatkan Speedy Chef dari stokis/centre Tupperware original terdekat dengan harga promosi dari semasa ke semasa, atau jadi aje ahli boleh dapat penjimatan banyak utk koleksi Tupperware original. Cerita produk ni kalau nak tahu lebih boleh tinggalkan komen ya, panjang cerita lama tak buat party Tupperware macam zaman mak-mak dulu kan..

Nak kurangkan manis boleh ganti gula pasir dengan gula perang.
Kalau sedap nak buat banyak bolehlah gandakan sukatan ya.

Ni post blog gambar aje memang tak sempat nak buat video buat masa sekarang..resipi pun buat mana yang boleh siap cepat sebelum baby kecik terjaga atau datang ganggu minta dukung. Biarlah orang sibuk dah jadi youtuber kite masih jadi blogger..channel youtube dah buat [YoutubeChannel] tapi masih takde content yang sesuai. hm kemudian la kite try upload video.



Kek Kurma

A:Blend/Mixer:
3 biji telur
10 kurma
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila

B:Cairkan: 1/2 cawan marjerin

C:Ayak:
2 cawan tepung, 
1sudu kecil serbuk penaik,
1sudu kecil soda bikarbonat

Acuan : Loyang +-6 inci

Cara: 
1.Gaul mesra A+B+C,
2.Kukus 15 minit/hingga masak

Kek dalam gambar ni hasil kukus. Hasilnya lebih lembap / moist. Nak bakar pun boleh.
Selamat mencuba eksperimen resipi, selamat menjamu selera. Maaf atas sebarang kekurangan.
Semoga perkongsian bermanfaat buat panduan anak-anak rujuk akan datang.

Doa untuk dunia supaya bebas wabak coronavirus..amin..


Hari ini 22 Jun 2020: Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Doa untuk dunia supaya bebas wabak. amin..

Sketch : SILENCE



Sketch using eyeliner.
Kenapa dengan eyeliner? Boring la tu sebab kerja dari rumah eyeliner tak digunakan sebagai mekap boleh pulak jadi pensel yer..
Sebenarnya nak doakan seluruh dunia sama-sama lawan pandemik coronavirus, teruskan duduk diam di rumah, kalau dah melepasi PKP/MCO kena bekerja, keluar teruskan SILENCE sebagai benteng jarak sosial masih 1 meter, guna mask, sanitiser, cuci tangan dengan sabun..

Sape nak teruskan mewarna boleh download :-)

Wednesday, April 22, 2020

Tahun 2020 Yang Diuji Dengan Wabak Virus Corona

Hari ini dah hari ke 38 arahan Duduk Di Rumah sejak Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020. Ujian wabak ini banyak buat saya terdiam..ye banyak diam dan memang diam-diam di rumah ikut arahan. Datang tempat kerja apabila diarahkan, selebihnya dari rumah. 

Kebanyakan saluran Internet akan paparkan info terkini wabak di di seluruh dunia.

Ibu bekerja dari rumah memang lagi bertambah-tambah aktiviti..double triple kerjanya. Nak jaga makan ikut masa pun jadi stress juga untuk pastikan semua anak-anak tak leka bermain sepanjang masa. Kalau boleh mereka ni nak makan sambil bermain adoyai mana jadi gitu kan..si adik baby ni takpe lah baru belajar berjalan memang satu rumah cebisan makanan ikut je mana dia pergi..

Laptop kena jadikan 2 paparan skrin (1 untuk extend ke TV guna wifi tv cast) untuk anak-anak layan youtube. Jadi semua boleh la tengok sama-sama, walaupun banyak pasang kartun Umar Hana untuk bagi baby tak kacau orang (haha baby always win!). Sesekali tukar cerita untuk kakak pulak, lepas tu untuk si abang pulak, kadang-kadang je ibu boleh selit nak tengok ape link berita semalam! nasib ade digital content arkib di youtube. Siaran tv memang tak dapat kat rumah sebab dah lama aerial rosak. Nampak kan selama ni tak kisah pun siaran tv..so internet memang lebih penting. Untuk lebih tepat, internet mobile - sebab akses di mana-mana. 

Saturday, July 27, 2019

Keychain Felt Gebu - Tempah Nama Anda

Depan

Belakang
Menggunting dan jahitan tangan


Handmade Keychain Felt Gebu!
Comel kan sangkut keychain kat beg. Anak dan ibu boleh jer bergaya dengan keychain comel ni.

Bahan asas : Fabrik Felt dan gelang kunci
Warna : random
Saiz : Lebar 3cm x Panjang lebih kurang 10 cm+- bergantung pada kesesuaian.

HARGA 1 : BASIC RM 5
Bahagian depan : Tempahan nama SINGKATAN tak lebih dari 10 huruf :
Contoh kurang dari 8 huruf lagi OK :
NAFISAH / SAKINAH
YAYA
QASEH
ZARA
..dan lain-lain nama singkatan comel korang

Bahagian belakang : boleh kosong (free) ATAU corak kami buat (free) ATAU nak WISH (TAMBAH +RM 2)
- GOOD LUCK
- TAHNIAH / CONGRATS
- DAEBAK / HEBAT
- I♥️U
- BE GOOD
boleh custom lagi tapi jangan panjang sangat. singkatan digalakkan.

Setuju? ORDER awal untuk penyediaan bahan. Maklumlah homemade maknanya semua aktiviti guna tangan seperti menggunting, buat felt gebu dan jahitan tangan.
Harga kasih sayang.

Tempahan individu/doorgift/hadiah..bole bincang..

SILA TAMBAH KOS POSLAJU 
RM 5 semenanjung
RM 7 sabah/sarawak
Order banyak kurang kos posto

Whatsapp detail ke 018-7772633

Monday, May 27, 2019

Sketch Untuk Mewarna - Ibu sibuk memasak

Gambar sketch ni siapa nak buat mewarna boleh lah Download.


Mata mengantuk di pagi hari jadi buat senaman motor pergelangan tangan dengan melukis sesuatu. Apalah agaknya maksud skecth ni ya. Ada tak ibu yang pernah buat keje lebih dari 1 keje dalam 1 masa? Ini lah contohnya.

Hari ni dah 22 Ramadan. Musim penghujung Ramadan menunggu tibanya Syawal. Kalau buat video time ni confirm masuk lagu2 raya yang syahdu dan bertambah sedih sambil teringatkan ibu sendiri kan. Sekarang dah jadi ibu lagi la syahdu bila teringat pengorbanan ibu waktu membesarkan kita macam dalam gambar ni, tak cukup tangan dibuatnya pada 1 hari yang sama nak buat persiapan berbuka petang, buat kuih raya utk rumah sendiri, ambil tempahan kuih raya orang lagi. Tapi semuanya dibuat dengan ikhlas dan SENYUMAN tetap menghias wajahnya. Oh wajah ibu tetap dirindui setiap masa. Kepada semua sayanglah ibu. Balik raya dan pastikan dia tahu kita balik ok.

Di kesempatan ini saya ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dan SELAMAT HARI RAYA!!

Friday, March 1, 2019

Selamat meneruskan kerjaya sambil bahagia berkeluarga

Ibu-ibu sentiasa perlukan motivasi. Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja, memang nampak semangat kental aje datang kerja setiap hari tapi kadang-kadang mood naik turun siapalah yang tahu. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari, nah share quote untuk ibu-ibu hari ni. Semoga lebih bersemangat bekerja demi membantu keluarga. Semoga dikurniakan anak-anak soleh jambatanmu ke Syurga kelak. Syoknya ada pipi tembam baby ni nak cium balik nanti!! 😊

"A mother's arms are more comforting than anyone else's"