Followers

Wednesday, December 24, 2014

Di Puncak Piramid Skim Cepat Kaya


Salam bahagia. Sekadar perkongsian artikel untuk KEMPEN JAUHI SKIM CEPAT KAYA..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEBUAH kereta sports Nissan Fairlady berhenti di hadapan restoran. Ia tidak diletak di dalam petak tetapi melintang. Bukannya tidak ada kosong, cuma ia ‘sengaja’ dipamerkan sedemikian rupa. Keluar dua lelaki berusia awal 20-an. Berpakaian kemeja dan seluar hitam dengan tali leher berwarna kuning. Butang lengan dikancing rapi. Janggal sedikit kerana waktu sudah 1 pagi.
‘‘Kau tidak mahukah kereta sports macam itu? Duit banyak, perempuan pun ramai hendak jadi teman,” kata seorang tukang rekrut di meja sebelah kepada dua pemuda dalam suara yang lantang, tanpa mempedulikan penulis dan rakan-rakannya yang turut sama terkesima melihat aksi ‘gaya, mutu dan keunggulan’ dua model tersebut.
‘‘Mereka itu pemilik kereta atau car-jockey?,” kata seorang teman dalam suara perlahan tetapi sudah cukup mencetuskan ketawa di meja kami. Itulah malam bersejarah, rupa-rupanya. Satu acara merekrut besar-besaran untuk satu skim jualan langsung (MLM) sedang berlangsung di sebuah restoran di Shah Alam dan menjadi lebih dramatik dengan aksi ‘pemilik’ Nissan Fairlady itu.
Ia mungkin satu lakonan, mungkin juga benar kereta itu dimiliki dengan sah oleh model MLM berkenaan. Mereka ini telah menjadikan restoran itu sebagai ‘pusat merekrut’. Calon-calon rekrut disuruh datang ke situ atau dibawa ke situ. Yang sudah menjadi ahli, hadir dalam pakaian serba hitam. Yang belum jadi ahli, kelihatan tekun (atau khayal) mendengar kempen dan propaganda. Ahli-ahli baju hitam ini bersalam pun ala-Hip Hop. Tangan digenggam dan badan dipeluk. Mereka jelas terhutang budi antara satu sama lain, mungkin saling memakmurkan diri masing-masing. Rata-rata mereka ini muda-muda belaka.
Beberapa bulan kemudiannya, kumpulan ini dibongkar oleh pihak berkuasa sebagai skim MLM piramid atau skim cepat kaya. Restoran tersebut kini kembali lengang walaupun beberapa watak dulu dilihat masih minum di situ, tetapi tidak lagi berpakaian serba hitam.
Anda mungkin pernah dipelawa menyertai skim MLM seumpamanya. Seorang teman mengaku pernah menyertai hingga tiga skim MLM. Tiga-tiga wang mukanya hangus. Sampai tiga baru hendak insaf? Ada pula seorang kenalan kini renggang dengan temannya, gara-gara hangus beratus ribu dalam skim cepat kaya seumpamanya.
Penulis sendiri pernah dipelawa, malah diperdaya kononnya untuk mengadakan temuramah. Rupa-rupanya kena duduk dengar ceramah MLM. Tidak mengapa, orang itu sendiri sedar kesilapannya dan tidak lagi berani tunjuk muka.
Oleh kerana pengalaman sebegini, perniagaan MLM lebih banyak mendatangkan persepsi negatif pada kebanyakan kita. Namun, kita harus terbuka minda yakni memang wujud syarikat MLM yang sahih dan fokus terhadap penjualan produk atau perkhidmatan, malah memiliki banyak produk serta sering dipertingkatkan menerusi inovasi atau penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Industri MLM ini turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara. Jumlah dagangan dalam MLM dijangka mencecah RM10 bilion pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-10, setelah tahun lalu mencatat RM5 bilion.
MLM yang tidak baik ialah yang memfokuskan semata-mata kepada pelantikan ahli baru yang diistilahkan sebagai downline. Calon-calon dijanjikan dengan pelbagai tahap komisen lumayan jika dapat melantik tiga orang, kemudian bantu tiga orang itu untuk dapatkan tiga orang lain dengan anda di atas. Produk? Tidak mengapa. Itu soal kedua. Lagi pun, siapalah berminat hendak menjual produk seperti ‘kopi 50 dalam satu’, ‘minyak lintah penambah nikmat’ dan lain-lain, yang kelakar bunyinya dan mendatangkan rasa segan pula hendak menjualnya.
Mengawal selia
Dalam konteks ini, kerajaan dilihat proaktif dalam mengawal selia industri yang popular ini daripada terus menerus disalah guna menjadi skim piramid cepat kaya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bakal membentangkan pindaan Akta Jualan Langsung 1993 pada sidang Parlimen sekarang. Harap sempat dan tidak dihambat dek isu politik yang hanya menguntungkan individu tertentu, bukan rakyat jelata.
Fenomena MLM piramid cepat kaya ini bukan eksklusif di Malaysia semata-mata. Ia bukan dicipta oleh Pak Man Telo, walaupun namanya akan selama-lamanya dikaitkan dengan skim itu. Sebaliknya ia adalah fenomena global. Malah di Amerika Syarikat, skim piramid diistilahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti & Bursa (SEC) sebagai ‘skim Ponzi’.
Skim Ponzi diambil dari nama Charles Ponzi yang menipu ribuan penduduk New England supaya melabur dalam skim spekulasi setem pos pada 1920-an. Ketika itu, kadar faedah tahunan bank adalah sebanyak 5 peratus. Ponzi menjanjikan para pelabur bahawa dia boleh menyediakan pulangan sebanyak 50 peratus dalam tempoh hanya 90 hari. Pada awalnya, Ponzi membeli kupon pos antarabangsa bagi mengabui mata orang ramai untuk mempercayai skimnya itu. Dengan dana baru diperolehi dari pelabur baru, ia digunakan bagi membayar pelabur awalnya. Ponzi menerima publisiti tambahan bila berita keuntungan itu tersebar. Pelabur pertama tadi menggandakan pelaburannya. Kesudahannya sama seperti kes Pak Man Telo. Tidaklah diketahui jika Pak Man Telo ada mengkaji formula Ponzi berkenaan semasa hayatnya.
Namun apa yang nyata, walaupun kes itu sudah berlaku 80 tahun dulu (30 tahun di Malaysia), masih ramai yang terpedaya. Semuanya gara-gara mahu cari jalan pintas ke arah kesenangan dan kekayaaan. Duit banyak tetapi dungu. Mana ada perniagaan di dunia ini yang menjamin pulangan luar biasa sebegitu besar dalam tempoh singkat. (Jual dadah atau perempuan bukan perdagangan sah atau halal.
Kedunguan orang mahu kaya cepat dengan cara singkat itu pun bukan eksklusif di Malaysia. Di AS pada tahun lalu, SEC memfailkan 60 tindakan perundangan membabitkan skim Ponzi atau yang berbentuk pembayaran Ponzi, termasuk mendakwa Robert Allen Stanford yang dituduh mengendalikan skim Ponzi bernilai AS$8 bilion serta Bernard L. Madoff yang kini menjalani hukuman penjara 150 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan yang serupa.
Skim piramid cepat kaya ini ada pelbagai. Sang penipu akan terus mengambil kesempatan atas kedunguan dan ketamakan orang dengan mencipta pelbagai nama baru serta atas bermacam platform perniagaan, seperti MLM ini. Jika anda ditawarkan skim MLM, siasatlah dulu dengan pihak berkuasa mengenai kesahihannya. Paling mudah ialah dengan menolak selamba bila tukang rekrut menekankan soal downline berbanding jualan produk atau muncul kereta sports diletak melintang di hadapan anda.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3MmOgWRhP 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, December 7, 2014

Produk Terbaik Pembersih Udara Dalam Rumah!

Bersihkan udara dalam rumah dengan Beyond Microplasma!

Anda tahu tak boleh lari dari pencemaran udara di luar rumah kan? Bagaimana pula kualiti udara di dalam rumah? Sebenarnya sama-sama tercemar dan dikatakan 10% lebih padat dengan bahan pencemar yang terperangkap! Kalau nak tahu mari perkenalkan adanya produk terbaik untuk Pembersih Udara Dalam Rumah! Banyak produk penapis udara (air-purifier) hanya menapis udara, jadi produk ini ditambah satu lagi fungsi untuk menghilangkan bau. Wah bagus kan kalau bau asap rokok dapat dikurangkan?? Cuba senaraikan apa lagi agaknya bahan pencemar udara dalam rumah anda?? Dan bagaimana ia sentiasa melepasi masuk ke rongga badan anak-anak, ibu mengandung dan anda sendiri? Berapa kerap anda demam, batuk, sakit kerongkong walaupun jarang keluar rumah. Tentu pernah terfikir kan?

Preview Video!






Pengenalan

Beyond Microplasma Air Purifier..




Fakta : Udara Kita!! - The Air We Breathe!
"Every year, indoor air pollution is responsible for the death of 1.6 million people - that's one death every 20 seconds."
Indoor Air Pollution and Health - World Health Organization (WHO)



Air is essential to human's existence. Air is vital to our survival. Nevertheless, living in today's fast-moving, modern world, how do we ensure that the air we breathe is safe and clean? Billions of people around the world today are exposed to various types of air pollution that exists in both outdoor and indoor environments. 

When we talk about pollution, we often think of smog, chemicals produced by factories or exhaust from cars. These are problems that usually affect the air outdoors. But most of us spend much of our lives inside buildings. We go to school or work indoors. We eat our meals, do our homework, play and sleep indoors. All of that time, we breathe air that is in the room. What many may not realise, however, is the fact that indoor air pollution poses a far greater risk to our health and well-being than outdoor air pollution!




Tentang Produk Ini

Discover the way You Can Protect Your Family From Harmful Airborne Pollutants In Your Home

BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER is a breakthrough in air purification systems. While other air purification systems may focus on filtering the air, we go one step further to ensure that you and your loved ones are protected from potentially dangerous airborne pollutants that are present in every enclosed environment. It is able to eliminate tobacco smoke, pollen, moulds, bacteria, odours, chemicals and various other pollutants down to an astounding 0.3 microns in size.

BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER uses a combination of a highly specialised multi-stage active filtration system and Beyond Microplasma Ion Technology, an advanced micro-computer controlled Microplasma Ion Generator that generates a stream of Microplasma ion for the highest level of air cleaning, sterilising and treatment technology available today!


1. The BEYOND MICROPLASMA Ions Technology


2. How do BEYOND MICROPLASMA Ions Work


3. The Multi-Stage Air Filtration System


4. The Star Features of BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER



Wednesday, December 3, 2014

Website dan Buku Babycenter Rujukan Untuk Semua Wanita

Sekadar berkongsi rujukan berguna yang masih relevan dan akan terus relevan sebagai bahan bacaan yang mudah faham dan ada banyak maklumat tentang wanita dan alam kehamilan. Asalnya dari website Babycenter Dot Com yang merupakan perkongsian maklumat terbaik dari pengeluar barangan bayi terkenal iaitu Johnson's n Johnson. Isi kandungan tersedia dalam Bahasa Melayu juga melalui alamat website Babycenter Dot Com Dot My

Saya masih suka mencadangkan website ini kepada sesiapa yang ingin bahan bacaan yang ada banyak gambar dan interaktif sebab ada banyak shortcut klik kepada macam-macam terma kedoktoran dan shortcut seperti ini memudahkan kita mencari maklumat yang tepat dengan cepat. Amboi semua nak cepat ya, tapi cadangan saya kepada wanita semua silalah luangkan masa baca lambat-lambat dan hadamlah semua teks, gambar dan video yang ada sebab sangat berguna untuk kita faham tentang keadaan kesihatan diri kita sendiri. Kepada bakal pengantin, bakal ibu baru dan bakal ayah juga sangat perlu bersedia dengan maklumat perubahan badan sendiri (perubahan fisiologi seorang wanita selepas berumahtangga) Lagipun maklumat ini semua akan kita sampaikan juga kepada anak-anak nanti. Begitulah antara kepentingan mencari ilmu kepada wanita dan kelebihan cerita tentang website ini ya. Berita baik juga ialah buku Babycenter ini sudah ada di pasaran dengan siap terjemahan Bahasa Melayu dari penerbit buku PTS Publication. Saya sudah dapatkan senaskah melalui kedai buku online mereka iaitu www.bookcafe.com dijadikan sebagai hadiah kepada seorang bakal ibu. Saya dah pesan suruh habiskan baca sebab kesibukan kerja mungkin membataskan beliau melayari internet untuk menatap website asal. Semoga anak dalam kandungan beliau juga akan terangsang menjadi bijak dan rajin baca buku pada masa depan. 

Walaupun mungkin maklumat didapati lengkap dari bidang kedoktoran, tapi sebagai tambahan sebaiknya cari juga bahan bacaan mengenai kehamilan dan alam rumahtangga dari buku agama Islam kerana kita akan lebih dekat dengan Maha Pencipta yang menganugerahkan si wanita dengan alam kehamilan. 

Resipi Untuk Donut Maker (Pembakar Donat Elektrik)

Ni semua Lazada punya pasal sebab dah semakin banyak barang dalam kedai online diorang ni terutama peralatan elektrik serbaguna untuk kegunaan ibu-ibu bekerja yang nak jimat masa memasak. Lebih popular selepas ini disebut Gajet Elektrik Untuk Ibu (baru Stylo kan ehehe). Kali ni nak usha Donut Maker dengan harga RM109 (hari ni) tengok dulu berbaloi tak beli. Jadi cari juga resipi yang jumpa kat internet dah tentu ada banyak, cuma resipi ni yang paling dekat di hati kot. OK simpan sini Resipi Untuk Donut Maker (Pembakar donat elektrik)


Resipi Untuk Donut Maker (Pembakar Donat Elektrik)

Bahan dan Peralatan:

Mixer dan Donut Maker,
1 sudu yis, 1 telur, 1/2 cawan susu, 1/4 cawan gula, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil garam, 4 sudu minyak dan serbuk vanila

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk besar : tepung, gula,serbuk vanila 1 sudu kecil, 1sudu yis dan garam

2. Kacau sebati dengan sudu

3. Masukkan susu dalam adunan

4. Masukkan telur

5. Putar dengan mixer lebih kurang 3 minit

6. Masukkan minyak masak

7. Putar lagi sekali selama seminit

8. Letak adunan dalam acuan

9. Tutup Donut Maker, nanti lampu merah akan menyala

10. Lebih kurang 2 minit kemudian,buka kejap untuk terbalikkan

11. Tutup semula dan tunggu lebih kurang 1 minit lagi masak lah sebelah lagi tu

12. Buka Donut Maker dan keluarkan donut panas dengan garfu

13. Siap. OK bolehlah salut gula halus atau topping kegemaran seperti coklat dan lain-lain deko

Nak lagi menarik lepas cicah sebelah dengan coklat boleh tambah "finishing" gula tabur (sprinkle) - beli kat kedai bahan memasak sebotol lebih kurang RM1.90 macam-macam bentuk sprinkle ada bolehlah pakai sikit-sikit sebagai deko paling pantas yang cantik!



Monday, December 1, 2014

Kelebihan Susu Ibu Pada Bayi Dan Si Ibu

Kelebihan Susu Ibu Pada Bayi Dan Faedah Bagi Ibu Menyusu



Wah banyaknya jumpa kelebihan, khasiat susu ibu dan cerita susu ibu dari internet, mari kongsi sini bersama :-)

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan. 

Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda. 

1. Kandungan protein yang tinggi. 

Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi. 

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan. 

Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu. 

3. Mengurangkan jangkitan usus. 

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi. 

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi. 

Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya. 

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak. 

Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. 

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan. 

Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula. 

Maka apa yang perlu anda lakukan? 

Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan. 

Sumber: psipum.org 



Keistimewaan Dan Kelebihan Susu Ibu Terhadap Ibu Dan Bayi 

Kecutkan rahim 
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal. 

Singkir mekonium 
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi. 

Mudah dihadamkan. 
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula. 

Pencegah penyakit 
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi. 

Elak pendarahan 
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan. 

Kurangkan insulin 
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda! 

Stabilkan pertumbuhan endometriosis 
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis. 

Lindungi daripada masalah penglihatan 
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata. 

Bertindak sebagai ubat penenang 
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam. 

Penahan sakit semulajadi 
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima. 

Sumber: Miramawary.blogspot.com 

Hukum Suami Gemar Menghisap Payudara Isteri Sampai Terminum Susu 

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan. 

JAWAPAN: 

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah. 

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian. 

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga. 

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. 

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. 

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”. Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. 

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. 

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram. 

Sumber: Intim.wordpress.com

Thursday, November 6, 2014

Minuman Spirulina C3 Halal Sedap Berkhasiat Seisi Keluarga

Minuman Sprirulina C3 Sedap Berkhasiat Seisi Keluarga
Tahu khasiat Spirulina? Mari saya cerita tentang kebaikan minuman Sprulina C3 ni. Kita tahu kebaikan Spirulina tapi asyik terbelenggu (cewah kata lain untuk leceh/susah) dengan produk dalam bentuk pil??? yang bau macam rumpai air..yang membuatkan kita dewasa pun liat nak telan apatah lagi nak kasi kat anak-anak. Jadi saya pun nak buat product review minuman Spirulina C3 keluaran Gamat Emas ini yang sangat mudah dijadikan minuman harian dan sesuai untuk seisi keluarga. Lagi satu nak sebarkan kebaikannya sebab produk ni serasi untuk semua ahli sekeluarga. Jadi kita cerita sebab ia berkesan, selamat disahkan KKM, halal Jakim dan suci keluaran bumi Malaysia tercinta ok. Jadi tak payah lagi belek-belek jenama luar negara vitamin kat farmasi untuk cari logo kkm dan halal cap mana-mana ntah. Mungkin kerana kerap minum jadi anak-anak dan diri sendiri pun jarang sakit, penyakit seperti demam dan selsema pun jarang singgah, hasilnya anak-anak sihat seperti yang kita sebagai ibu ayah selalu doalah alhamdulilah memang seperti One drop a day, keep the doctor away! Gitu lah cara pengambilannya dengan berhemah dan berterusan. Kalau seisi keluarga sihat, bolehlah manfaatkan cuti tahunan tu untuk bercuti bergembira bersama keluarga, bukannya habiskan cuti untuk jaga anak kat 'spital kan tapi kalau terpaksa, emergency itulah gunanya cuti pun kan huuhu siapalah nak sakit kan..

Sebelum cerita kebaikan minuman ini, kita ketahui kandungan dalam botol 500 ML ni ok. Ia dinamakan C3 kerana selain kandungan utama Spirulina, ada tambahan C-C-C- iaitu:
Vitamin C
Co-Enzim Q10
Clorofil 

Jadi gabungan terbaik ini ada banyak kebaikan khasiat yang saya ringkaskan di sini berdasarkan pengalaman dan testimoni yang best dari merata pengguna iaitu :-

Untuk ibu mengandung - untuk kekuatan uminiti badan ibu dan anak, membaiki sel-sel badan, kulit baby cantik bersih (putih?masih bergantung kepada gen ibu ayah tapi kulitnya cerah dan bersih tahan ruam)

Untuk anak dan semua ahli keluarga - Sebagai top-up/makanan tambahan untuk tenaga dan imuniti badan. Kadang-kadang kita risau anak yang susah nak makan atau memilih sikit tentu kurang jugalah zat setiap hari, jadi kita berikan minuman C3 sebagai topup supaya kita tahu zat yang diperlukan diserap oleh badannya

Untuk ibu selepas bersalin - kalau mengandung perlukan khasiat tambahan apa lagi selepas bersalin tentu lebih banyak diperlukan.

Datang dengan botol 500 ML yang boleh dipicit, pekatan berwarna hijau ini berperisa Blackcurrant. Jadi hanya perlu titiskan ke dalam air minuman untuk segelas minuman Spirulina C3 yang berkhasiat.

==> Order sini dan lihat banyak lagi produk kesihatan


Minuman Sprirulina Yang Halal Dan Kilang Berstatus GMP!
This Is Sprirulina Halal Drink With Good Manufacturing Practice!

Maklumat lanjut untuk anda yang pentingkan mutu produk kesihatan yang bersih, suci dan Halal. Adakah selama ini anda mencari Spirulina Halal, jadi di sini diperkenalkan produk yang bersih Halal Toyyiban keluaran bumiputera Malaysia. Minuman spirulina ini mendapat pensijilan Halal dari Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) iaitu sebuah badan pensijilan Halal yang sangat cekap demi menjaga kepentingan sumber Halal terutamanya untuk kegunaan umat Islam di Malaysia. Pengeluaran minuman C3 Spirulina di bawah syarikat Gamat Emas Sdn Bhd beroperasi di Malaysia dengan kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Product). Produk dijamin Halal dan bersih jadi gunalah tannpa was-was dan sokonglah produk Buatan Malaysia.

Friday, October 24, 2014

Selamat Tahun Baru Hijrah Ke 1436

Salam Maal Hijrah ke 1436
Ikut kalendar masihi jatuh pada 25 Oktober 2014. Sambutan Ambang Hijrah di peringkat negeri Selangor akan diadakan selepas solat Asar 24 Oktober 2014 (Jumaat) di Masjid Negeri, Shah Alam. Antara acaranya ialah bacaan akhir tahun dan awal tahun bersama-sama..semoga kita diberkati Allah swt. Dikongsikan promosi acaranya dari FB Masjid Negeri, untuk warga Shah Alam dll yang berkesempatan petang ni bolehlah singgah sebentar.
Sambutan ambang Maal Hijrah Selangor


Wednesday, October 22, 2014

Usaha Menambah Susu Ibu

Sekali lagi berdepan dengan cabaran menyusukan baby untuk kesekian kalinya apabila mula kembali bekerja, hm nak cerita kali ini tentang usaha menambah susu ibu. Nampaknya sangat2 perlukan sokongan ahli keluarga yang lain kerana kali ni yang ketara ialah lebih stress dan lebih rasa mengantuk! Walau mata sentiasa memberat, tapi selalu sedapkan hati sendiri untuk motivasi supaya bangun dan pergi kerja! Dalam masa yang sama kena pastikan stok susu sentiasa ada di peti beku rumah dan peti beku rumah mak. Apabila terlena malam dan tak mengepam barulah teringat stok makin kurang. Namun begitulah agaknya niat kita kalau betul, Allah itu sentiasa ada nak mudahkan jalannya. Jadi selepas habis vitamin dalam pantang (Set Dah Salin - keluaran Dr Radziah Homeopathy), sekarang ambil pula vitamin Tambah Susu Ibu yang juga produk yang berkesan dari beliau. Sebotol ada 60 biji hanya RM15. Untuk sakit2 belakang/urat belikat ambil vitamin Painturat untuk betulkan urat yang kejang atau bersimpul ketika menyusukan baby. Ini pun RM15 jer sebotol, dah tak sakit boleh simpan lama. Sambil tu masih jaga makanan berkhasiat, minum banyak air, gigit-gigit kurma..

Contoh simpanan stok susu ibu di bahagian beku

Contoh koleksi botol stand-by untuk mengepam susu badan

Contoh pam manual getah yang ringkas dan muat bawa dalam beg tangan (yang ni brand pureen ada di kebanyakan farmasi)
Contoh tulis dengan permanent marker untuk rujuk tarikh simpanan stok susu ibu di bahagian beku


Checklist yang mungkin berguna, untuk usaha mengekalkan/menambah susu ibu :-
- Jaga waktu makan
- Kena breakfast segera
- Kena ada banyak zat/seimbang dalam makanan utama (lunch & dinner)
- Minum banyak air
- Ada ambil sayur sawi/bayam bersama airnya
- Ada ambil kurma
- Ada minum susu kambing/susu untuk ibu menyusu
- Dah kemam vitamin Tambah Susu Ibu
- Jaga posisi menyusu, jangan bongkok lama2 supaya jangan sampai sakit urat belakang/belikat
- Sentiasa memberi secara langsung / direct feed
- Kerap mengepam
- Berjaga malam untuk pam susu
- Sentiasa berdoa supaya susu sentiasa cukup untuk anak

Setiap checklist ni ada cerita yang panjang, tapi ringkaskan je lah yang teringat kan. Sila lah tambah lagi kalau ada ya. Jangan lupa badan kita tak sama, jadi ada orang dianugerahkan dengan keringanan, ada yang kena selalu usaha kuat. Kalau dah usaha tapi masih tak berpeluang direct feed nak buat camana kan, tentu ada hikmahnya tu. Pengeluaran susu pun ada momentum kejap banyak kejap sikit bergantung kepada kesihatan dan ikut ke tidak checklist kita tu.. Kat pejabat pun ramai yang bagi sokongan dan ramai juga yang saya sanjung usaha mereka yang berjaya menyusukan anak dan sama2 bekerja (oh saya sayang kawan2 ibu kat pejabat semua!!). Mungkin forum positif sepejabat begini yang membantu kami ni jadi ibu2 yang berjaya menyusukan anak sendiri. Pandangan saya tentang vitamin Tambah Susu Ibu ini mungkin berguna kepada mereka yang berusaha sama. Jangan pandang remeh ubat/vitamin Homeopathy kecil yang sangat mudah dimakan ni, ianya manis tapi berkesan. Ada banyak pelan makanan kesihatan di luar sana juga untuk tujuan menambah susu jadi bolehlah ada pilihan. Kita ni untung di Malaysia ada pilihan Halal Jakim atau Halal antarabangsa. Sama2 usaha ok, istiqamah untuk anak2 tercinta.

Wednesday, September 17, 2014

Promosi Rayyan Car Spa And Snow Wash di Banting

Rayyan Car Spa And Snow Wash, Banting

Cerita tentang bisnes Spa Kereta pula..amboi seronok tengok kereta berkilat selalu kan..terutama cuaca jerebu ni tentu stress jer tengok kereta pun cepat kelabu-asap. Apa kaitan dengan cerita kali ni? Haha bahawasanya nak promosikan bisnes seorang sahabat lama "Rayyan Car Spa And Show Wash" terletak di Kanchong Darat, Banting..er jauh dari Shah Alam tapi bolehlah ke sana kalau ada rezeki nanti ye Encik Wan! Katanya semua perkhidmatan untuk membasuh dan mencantikkan kereta korang ada disediakan antaranya :-


  • Snow Wash
  • Wash Engine
  • Water Wax
  • Polish
  • Wax
  • Nano Mist (Anti Bacteria)
  • Headlamp Polish
  • Watermark Removal
  • Interior Cleaning
  • Cushion/Seat Cleaning


Nama bisnes : Rayyan Car Spa And Snow Wash
Alamat : No 567, Batu 24, Kanchong Darat, 42700 Banting Kuala Langat Selangor

Sambung cerita lagi. Rayyan tu nama anak dia kalau tak silap, sungguh cantik kalau ramai ayah ada wawasan buat bisnes untuk anak siap-siap camni, seperti yang korang baca dalam buku motivasi "Rich Dad, Poor Dad". Bacalah untuk motivasi sebagai ayah dan ibu kalau nak tanamkan motivasi pulak ke dalam jiwa anak-anak supaya jiwa mereka juga kuat dan jadi orang yang lebih hebat daripada kita yang tengah kuat bekerja pada waktu membesarkan mereka sekarang nih. Buku ni dah ada versi bahasa Melayu, jadi bolehlah membaca untuk jadi mula belajar jadi Good Parents yang banyak ilmu pulak. Untuk Encik Wan pun disarankan, sebab orangnya rajin dan suka mencari peluang bisnes baru..semoga bisnes ni bertambah maju dan dapat pelanggan tetap yang lebih ramai ya! Apa pula kaitan bisnes dengan buku motivasi ni? Hah korang fikirlah dan buat review sendiri ya :-) Good Luck.

Cerita Bisnes : Dari Jalan Petaling ke Mid Valley

Salam sahabat. Berkongsi cerita tentang sebalik kejayaan bagaimana peniaga buah biasa mengubah cara bisnes warisan keluarganya menjadi peniaga buah luarbiasa seiring kehendak masa kini. Kepada pelanggan setia MBG tentu nak tahu kenapa kiosk buah ni hebat sangat kan. Jom baca sebagai motivasi dan bolehlah fikirkan sesuatu bisnes untuk diwariskan kelak.

-------------------------------------------

Dari Jalan Petaling ke Mid Valley

Bermula dengan menjual buah-buahan secara kecil-kecilan, perniagaan Lee Foo kemudian diteruskan oleh anak lelakinya Ying Cheong. Legasi perniagaan itu diteruskan oleh cucunya, Adnan Lee yang kini menjual buah-buahan di pasar raya.

Legasi perniagaan buah-buahan keluarga Lee bermula di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Seperti rakan-rakannya yang lain, Lee Foo yang berasal dari China memilih untuk berhijrah ke Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan baru.

Bermula sebagai buruh kasar, pendapatan yang kecil menyebabkan Lee beralih menjaja buah-buahan secara kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan pendapatan itu juga dia membesarkan lapan orang anaknya semasa menetap di sebuah perkampungan setinggan di Bukit Bintang.

Keramahan Lee menyebabkan beliau disenangi penduduk setempat. Bahkan kegigihannya juga menjadi inspirasi anak-anaknya.

Tradisi perniagaannya itu kemudian diambil alih oleh salah seorang anaknya, Lee Ying Cheong, 60. Ying Cheong berniaga buah-buahan di sekitar Pasar Pudu dan Jalan Imbi sekitar tahun 70-an dan 80-an dengan basikal roda tiga.

Pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, Ying Cheong membawa keempat-empat orang anaknya ke tempat beliau berniaga sambil dibantu isterinya, Loh Lai Choo, 53. Selain dapat membantunya, Ying Cheong mahu anak-anaknya memahami bagaimana sukarnya dia dan isteri mencari rezeki.

Tanpa disedari, anak sulung Ying Cheong, Adnan Lee, 35, mula menunjukkan minat dalam bidang perniagaan. Adnan kerap mengikut dan membantu bapanya berbanding adik-beradiknya yang lain.

Segala selok-belok perniagaan dikutip dan dijadikan landasan untuk mewarisi perniagaan keluarganya itu.

Lelaki dengan ketinggian 194 sentimeter (sm) itu sebenarnya amat meminati bidang lukisan ketika di bangku sekolah, namun minat itu tidak menghalangnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang diwarisi sejak berumur lapan tahun.

Basikal roda tiga


Sejurus menamatkan pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1994, beliau memberanikan diri berniaga dengan basikal roda tiga.

"Hari pertama berniaga, saya mendapat keuntungan sebanyak RM30, walaupun kecil namun sudah cukup untuk membakar semangat saya agar terus gigih dalam bidang ini," kata Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. itu.

Menceritakan pengalaman pahit yang ditempuhinya, Adnan memberitahu ketika itu dia tidak mempunyai lesen dan berniaga di beberapa buah lokasi di sekitar ibu negara.

"Sebab itu, setiap kali nampak kelibat lori atau pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saya akan segera menutup perniagaan dan melarikan diri. Saya bukan sahaja pernah didenda, bahkan barang-barang perniagaan juga pernah disita sebelum ini," ujarnya.

Serik berdepan dengan pengalaman pahit itu setiap hari, Adnan nekad membuka perniagaan secara tetap di Pasar Imbi pada sebelah pagi.

"Ketika itu perniagaan semakin berkembang, habis berniaga di pasar pagi, pada sebelah malamnya saya akan berniaga di pasar malam di sekitar Taman Desa, Taman Maluri dan Kuchai Lama

Memeluk Islam pada 2001 dan berkahwin dengan seorang warga Indonesia, Nurul Aini, 34, pada tahun yang sama, Adnan bertekad untuk memperkenalkan buah-buahnya di pasar raya.

"Cawangan pertama saya ialah di pasar raya NSK Selayang. Saya bertanggungjawab menguruskan bahagian penjualan buah-buahan situ, selepas itu saya menguruskan cawangan kedua di pasar raya NSK Rawang," ujar bapa kepada tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Lee Mei Yee, 8, Nur Lee Tar Sha, 6 dan Diana Lee Mei Kuan, 4.

Tanpa menoleh ke belakang, Adnan memberanikan diri membuka cawangan di pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang pada 2005.

"Saya mengeluarkan modal sebanyak RM90,000, pada mulanya keluarga tidak bersetuju kerana ia berisiko tinggi tetapi saya berjaya menyakinkan mereka.

"Dalam tempoh enam bulan pertama, perniagaan saya mengalami kerugian disebabkan kekurangan pelanggan, apabila dikaji ia berpunca daripada ketiadaan promosi. Dari situ baru saya tahu, konsep berniaga di pusat beli-belah berbeza dengan berniaga di pasar malam," ujarnya.

Minat yang mendalam dalam bidang lukisan sedikit sebanyak memberi idea kepada Adnan untuk menjenamakan perniagaannya di bawah MBG.

Jelasnya, usaha dan strategi pemasaran yang dilakukan ternyata berhasil apabila konsep yang diperkenalkan mendapat kepercayaan pelanggan dan pengusaha pusat beli-belah khususnya di sekitar Lembah Klang.

"Saya berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu kebersihan gerai dan premis, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan kualiti produk yang dijual. Jika mereka tidak berpuas hati kita akan pulangkan semula wang tanpa ragu-ragu.

"Berkat kesungguhan saya, MBG akhirnya mampu berdiri teguh dan kini mempunyai 16 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka. Antara cawangan yang ada ialah di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve," kata Adnan yang mempunyai 140 orang pekerja.

Perkembangan dunia teknologi tanpa sempadan menyebabkan Adnan cuba mempromosikan perniagaannya secara talian dan khidmat penghantaran.

"Idea ini timbul kerana saya tidak mahu ketinggalan dalam bisnes sebab itu saya tidak ragu-ragu untuk melabur dan membangunkan kaedah jualan secara talian.

"MBG juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran buah-buahan kepada pelanggan dan mungkin ia antara konsep pertama yang diperkenalkan di negara ini," ujarnya yang memberitahu setiap buah tidak akan disimpan lebih daripada seminggu.

Gembira dengan maklum balas daripada pelanggan, Adnan berkata, kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan.

"Kami mempunyai seorang pekerja penghantar di setiap cawangan, jika pelanggan menempah sebelum pukul 12 tengah hari, buah-buahan tersebut akan dihantar pada sebelah petang, jika tempah pada waktu petang ia akan dihantar keesokan hari.

"Lagipun buah-buahan bukannya seperti makanan segera yang perlu dimakan terus. Ia mungkin disimpan sebelum dimakan dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari kemudian, kecuali mereka yang inginkan perkhidmatan segera," jelasnya yang bercadang membuka cawangan di Jakarta, Indonesia.

Artikel penuh di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Monday, September 15, 2014

Pasar Mini Ros Mart di Kampung Banting, Sabak Bernam

Pasar Mini Ros Mart terletak di Kampung Banting, Sabak Bernam

Salam hari Isnin, salam cuti sekolah. Amboi ramai keluarga yang ada program jalan-jalan, banyak juga partition kat opis kosong kerana cuti sekolah. Takpe inilah peluang keEMASan bersama anak-anak. OK kali ini nak cerita dan promosi sebuah perusahaan Pasar Mini Ros Mart, kepunyaan seorang sahabat bernama kak Ros..(haha sahlah memang kedai Ros tu nama dia). Kedainya jual pelbagai barangan harian dan produk IKS jadi bolehlah singgah sesiapa yang berada di kawasan tersebut, kedai di tepi jalan besar - Kampung Banting, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Semoga kedai bertambah maju. Satu perkara tentang kak Ros ni ialah seorang yang aktif dan "tangan sejuk" (huhu perumpamaan bagi orang yang tanam ape pun menjadi..) sebab memang suka berkebun orangnya. Kak Ros juga sedang mengusahakan tanaman Ros Jepun, buat masa ni bunga-bunga Rosnya berkembang cantik untuk dipasarkan dan sila lah order jika ada yang perlukan bunga segar/anak pokok. Mungkin ada kawan-kawan yang menjalankan spa mandi bunga sangatlah sesuai jadi pembekal bunga korang..ha bolehlah kongsi cerita pulak apa kelebihan aura bunga jenis ni ye tak.. OKlah selamat berurusniaga ya, semoga cerita saya ni membuka peluang rezeki dan silaturrahim yang lain kepada sesiapa yang membacanya.

Berkawanlah (hubungi) dengan beliau melalui FB Shoppe Ros dan lihat sendiri gambar2 ros jepun cantik dll produk bisnes beliau ok

Sekian dulu info nya sebab saya pun belum sempat singgah lagi. Apa pun tahniah kepada kak Ros kerana sudah ada kedai betul (kedai saya masih virtual lagi) Semoga bertambah maju jaya! Sesekali tu jual lah anak pokok dll promosi buka booth di perkarangan pejabat SUK Selangor ya, tentu dapat sambutan hangat dan dapat jumpa kawan lama semula kan :-)

Friday, August 29, 2014

Pesta Buku Selangor Mulai 29 Ogos Hingga 8 September 2014

Salam Jumaat. 
Hari ini bermula Pesta Buku Selangor 2014 yang datang lagi bertempat di Shah Alam Convention Centre. Tarikh 29 Ogos - hingga 8 September 2014. Lokasi memang sesuai sangat sebab di tengah pusat bandar, ibu lagi lah suka sebab lepas pegi pesta buku boleh cuci mata shopping kat sebelahnya SACC Mall atau ke Kompleks PKNS ehehe. OK nak letak sini info mengenai pesta buku selangor boleh pergi ke website rasminya http://www.pestabukuselangor.my

Tarikh pun sangat sesuai sebab boleh merancang untuk pergi bawa anak-anak sempena cuti hujung minggu dan Merdeka, kalau tak sempat pun hari Isnin ni cuti pun boleh. Cubalah rancang sebaiknya ya terutama kalau yang nak bawa bersama anak-anak yang ramai macam askar tu. Kepada anak-anak kalau berjalan tempat sesak camtu jangan berjauhan dengan ibu ayah ya, behave good boy & good girl. Hm jom kita tengok2 industri buku tanahair di setiap booth, sertai acara PPAS dan pilih-pilih sebelum beli buku yang memandaikan bangsa..kena cari ni..jom. 

Wednesday, August 20, 2014

4 Sebab Sarapan Itu Penting

Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun ramai juga yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesihatan.  Mereka yang berfikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Kajian di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 peratus tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya lebih faham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan
Menunda sarapan membuat anda sukar memperoleh nutrisi dan vitamin yang diperlukan. Menu sarapan seperti bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan
Ketika anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan anda merasa lapar pada sekitar jam 11.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum penuh. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.      

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak
Kajian para ahli dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa lelah dan melayang-layang

4.  Perlindungan terhadap sakit jantung
Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk bijirin bersama susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

Petikan dari internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/9564-4-sebab-sarapan-itu-penting.html

Cerita Kopi Sebagai Booster Susu Ibu

Salam bahagia ibu ayah, di samping keluarga tersayang. Masih dalam mood raya dan suasana kunjung mengunjung ke rumah keluarga dan kenalan. Begitulah kita bertuah dapat beraya dan bergaul mesra ke sana sini dalam suasana harmoni yang adanya hanya di Malaysia bertuah ini. Cerita tentang kopi ini tiba-tiba muncul jadi idea untuk ditulis di blog ini kerana rupa-rupanya ramai ibu yang takut nak minum kopi  ketika sedang menyusukan bayi. Kalau nak tahu kopi juga boleh jadi penggalak kepada kilang susu badan si ibu (ormputih panggil Booster gitu).

Dipendekkan cerita, kopi apa pun boleh asalkan diminum panas. Oleh sebab saya juga percaya khasiat Gamat, saya masih setia dengan kopi Gamat Dan Pegaga keluaran Gamat Emas yang satu ni sebab kopinya tak kuat/kow sangat dan ada khasiat Gamat Dan Pegaga yang sinonim dengan kesihatan wanita. Sekotak baru RM29 jadi boleh lah minum kekerapan 1 kali sehari pun dah cukup keperluan kafein badan kita. Kalau dah test takde effect pada perut baby bolehlah layan 2 kali sehari..kopi segera bancuh ni memang sedap jadi ikut koranglah.

Kopi Gamat Pegaga - peket bancuh segera di pejabat, rumah dan di mana-mana

Katalog KOPI GAMAT dan banyak lagi di page saya Kedai Gamat

Cuma saya kata kalau nak usaha kilang susu berterusan kenalah ubah cara hidup sikit..sikit jer iaitu makan secara sihat dan teratur ikut waktu, jangan tinggal sayur hijau terutama bayam dan sawi yang kaya dengan kalsium dan merupakan Booster juga untuk kilang susu. Sebolehnya sayur dimasak bening/rebus dan airnya dihirup sama. Minum cukup air masak, elakkan air sejuk. Hm apa lagi ya nak tinggal petua susu..oh ya jangan lupa kudapan atau selang waktu makan tu bolehlah gigit-gigit buah kurma, badam, rempah habbatussauda. Kalau yang tak suka minum susu pula, sila kuatkan juga semangat untuk minum susu segelas sehari sekurang-kurangnya waktu sarapan atau sebelum tidur. Haha jangan nak perleceh pasal susu ya, kurang kalsium/magnesium nanti tulang dan gigi ibu pun boleh reput, tau-tau gigi pecah atau patah atau kaki selalu cramp atau kena sakit lutut atau slip-disc..huhu itu yang saya tahu lah. Tu belum cerita kekurangan kolagen, dehydrated akibat kekurangan air dan lain-lain. Takpelah setakat ni dulu, nanti si ibu baru yang membaca jadi takut pula nak hadapi macam-macam dugaan seterusnya. Sekian dulu perkongsian waktu ini. Wassalam. Semoga ibu-ibu sihat selalu kerana ibu kekuatan keluarga.

Berminat nak dapatkan kopi Gamat Dan Pegaga boleh PM/mesej/whatsapp ok :-)

Wednesday, July 16, 2014

Amalan Minum Teh Mahkota Dewa Semasa Bulan Puasa

Masih dalam bulan puasa. Tapi ada yang pergi check-up bacaan gula naik kerana leka menikmati juadah berbuka yang manis manis belaka. Tu belum sambung lagi makan dan terus makan sampai lah waktu tidur terutama apabila ahli keluarga berkumpul ramai-ramai. Itu lah antara dugaan berpuasa bagi pesakit kencing manis/Diabetis kan, susah nak elakkan dari menjamah sedikit demi sedikit hidangan gula berkalori tinggi. OK kepada yang sakit dan yang sihat ni, kita fikir positif ya, semuanya harus bersederhana dalam bab makan tak kira bulan puasa dan bulan lain juga..beringat sebelum merana.
Sebelum ni saya pernah tulis pasal amalan minum teh dari buah Mahkota Dewa di sini, sekarang nak mengingatkan juga petua yang sama untuk terus diminum semasa bulan puasa ni bagi mengawal kadar gula berlebihan dalam badan ya. Flush gula berlebihan dengan istiqamah ok.


Tuesday, July 1, 2014

Kerepek Popia Rumpai Laut Sedap

Popia Rumpai Laut FY

Popia Rumpai Laut FY

Salam Ramadhan, salam musim bola..dan kejap lagi salam Raya 2014!! Produk baru yang Styloibu nak promosikan ni memang terbaik, makanan ringan Homemade iaitu Kerepek Popia Rumpai Laut Sedap. Baca sampai habis ya. Kepada yang dah pernah rasa kerepek rumpai laut tentu teringat akan keenakannya. Terutama musim layan bola depan tv sekarang ni kan..kalau tengah berdebar tunggu gol tu lagi lah laju korang akan menggigit kerepek rangup rumpai laut ni..krup krap krup krap tak sedar boleh habis satu balang!

TEMPAHAN DIBUKA!!
Ok pendek cerita tempahan dibuka sepanjang masa, boleh tinggalkan komen di sini atau pm kat Facebook Fendi Kecik atau Yaya Kecik (diorang ler taukey FY
Telefon/whatsapp : 017-6278090
Jangan lupa tempah dan bagitau kat ruangan komen sini untuk kongsi bagaimana korang rasa ya..ayuh kongsi keenakannya.

Sempena raya ni tempahan didatangkan dalam bentuk balang sederhana besar. Sila pm/mesej taukey untuk harga istimewa korang ya :-)

Tempahan juga dibuka untuk musim perayaan, sebagai titbits/kudapan jamuan atau hari-hari biasa, juga tempahan khas untuk cenderahati perkahwinan, gubahan hantaran, Candy Station untuk majlis kahwin dan harijadi kanak-kanak, dan lain-lain. Hadiahkan tetamu korang dengan kudapan yang lain dari yang biasa. 

OK setakat ni dulu, semoga taukey FY terus maju dengan kerepek popia rumpai laut. 

Sunday, May 25, 2014

Selamat berhujung minggu

Salam ahad. rasanya ramai yg suka tidur semula lepas subuh waktu cuti hujung minggu macam saya ni ha..hehe jangan
kacau saya nak bangun lambat jugak hari ni..bestnya dapat keluarkan tangan dari bedung..zzzzz

Wednesday, May 21, 2014

Lebih lena tidur meniarap

Belajar tidur meniarap dlm setengah jam hingga 1 jam di siang hari sahaja..kemudian ibu akan alihkan berpaling kanan kiri. malam belum berani lagi biarkan sebab leher baby masih belum kuat, takut ibu terlebih lena kan kan..dah beberapa hari ni terbiasa baby dah pandai angkat kepala utk tukar berpaling kanan kiri. hm yg pastinya badan baby.ni semakin tough makin berat saya rasa sebab baby lelaki memang kuat menyusu.

Friday, May 16, 2014

Barut bayi cotton

Cerita di pagi hari. lepas mandi dan siap sesi tuam baby, biasanya baby dah tak sabar nak menyusu. jadi sempat pakaikan barut baby dulu dan kasi bf kenyang2. kemudian baby pun tidur dgn selesa.. ibu memang beli macam2 warna dan corak utk barut bayi cotton kali ni, ada yg bertali dan pelekat velcro. kali ni dari koleksi barut di mybabycomel.com

Thursday, May 15, 2014

Selesai urusan hari ke tujuh

Alhamdulilah selesai urusan hari ketujuh untuk baby muhamad. kebetulan pagi tu tanggal tali pusatnya. jadi ayah segerakan tempahan aqiqah online dengan EZ Qurban supaya mendapat keberkatan hari ketujuh ni. nasib baik sempat transfer online banking sebelum jam 11 pagi utk confirm tempahan.kerana aqiqah akan dijalankan di kemboja pada jam 4 petang tu juga. jadi dipermudah urusan untuk muhamad dengan aqiqah 2 ekor kambing gitu. nanti mereka akan kirim sijil pelaksanaan ke rumah. semoga ibadah ini diterima Allah.

sebelah petang pula cabaran untuk ibu dan ayah bekerjasama membotakkan kepala baby muhamad, sebelum masuknya waktu maghrib. tugas ibu pegang baby pastikan sentiasa tenang,nasib baiklah baby tidur dan sesekali jer terkejut. ok itulah maksud selesai urusan hari ketujuh. baby pun bertukar wajah selepas botak ehehe..

oleh sebab tali pusat pun dah tanggal agaknya lebih selesa baby nak tidur. jadi lepas ni baby akan diajar tidur meniarap sesekali dalam sehari sampai terbiasa..supaya tak mudah terkejut. maklumlah rumah kita ni flat tingkat bawah, sebelah laluan motor dan padang permainan, macam2 bunyi siang malam.

Thursday, April 24, 2014

Buat Aiskrim Pop Sendiri Dengan Pencetak Freezer-Pop

Salam bahagia, salam sayang untuk semua..ada yang berminat dengan pencetak aiskrim Freezer Pop ini dengan pemegang berwarna-warni?

Alamak entri kali ni tak sesuai untuk orang yang batuk..jangan jeles, saya nak cerita pasal buat sendiri Aiskrim Pop atau asalnya "Popsicle". Adapun, kat Malaysia ni sangatlah terkenal dengan aiskrim pop terutama kerana cuaca yang panas teringat waktu kecik-kecik ada aiskrim Malaysia sebatang seposen..jual kat mana-mana pun ada, dalam bas sekolah pun ada. Jadi sekarang ni selain buat sendiri aiskrim Malaysia dalam plastik panjang tu, kita ada banyak pilihan pencetak aiskrim pop di pasaran. Sangat mudah disediakan dan menarik pula tu tentu anak-anak suka. Yang bagusnya boleh JIMAT tak perlu berhabis lagi beli aiskrim pop di luar - dan boleh ulang refill bila-bila masa. Kita pun sebagai ibu boleh jadi lebih kreatif dengan mempelbagaikan resipi aiskrim pop sendiri. Ha nanti kita kongsi-kongsi cari resipi aiskrim pop untuk dicuba. Kali ni nak bagitau siapa yang nak pencetak Freezer Pop macam ni boleh dapatkan dari kami. Nanti kita hantar pos ok! Didatangkan dengan 6 kiub pencetak dengan pemegang berwarna-warni. Berminat boleh bagitau nak berapa kuantiti dan maklumkan lokasi. Cara bayaran akan dimaklumkan.

Resipi mudah Aiskrim Pop berlapis buah-buahan segar

Bahan :
- Fresh milk
- Jus mangga
- Buah mangga dipotong kecil
- Air masak jika perlu kurangkan kemanisan jus

Cara : Masukkan lapisan buah dahulu, kemudian susu segar dan diikuti dengan jus mangga. Masuk dalam freezer. Jus mangga itu tadi akan bercampur dengan susu supaya ada rasa creamy :-)

Cuba buat perisa buah lain seperti strawberi, laici dan lain-lain.

Tuesday, April 1, 2014

Jauhkanlah Demam Denggi!

Salam sejahtera. Musim jerebu yang panas dan kering tahun 2014 ni asyik dikejutkan dengan berita kawan-kawan keluar masuk hospital akibat demam denggi..seorang telah pergi buat selamanya, dengar semalam ada yang baru, pagi ni pun ada lagi yang baru. Semoga kita dan ahli keluarga dijauhkan dari musibah denggi terutama kerana tinggal di kawasan HOTSPOT denggi. Derita, trauma kini ditanggung ahli keluarga, anak-anak yang ditinggalkan dan sahabat yang melalui saat-saat KEHILANGAN orang tersayang akibat denggi. Nak kongsikan satu poster kempen gejala dan pencegahan demam denggi ini walaupun ini hanya salah satu poster yang BIASA kita lihat.. tajuk dan isi kempen adalah sama sejak bertahun lamanya di mana-mana media - tv, suratkhabar, internet, terkini siap ada lagu khas nyanyian Aizat untuk mencipta suntikan semangat kempen kepada generasi baru..semuanya kempen yang berterusan. Jika selama ini kita abaikan dan malas nak baca poster ini sebab boleh jumpa merata-rata, apa kata kali ini baca, fahamkan dan buat semua cara pencegahannya. Ajarkan juga kepada ahli keluarga dan anak-anak untuk pendidikan masa depan. 

Persoalannya adakah kita menyahutnya? Adakah virus dari nyamuk itu yang semakin kuat atau adakah pertahanan badan kita yang semakin lemah? Tension nya sebagai ibu apabila tak dapat nak sediakan makanan berkhasiat yang seimbang kepada anak-anak kerana kesuntukan masa dan perlu sentiasa re-stock barang fresh. Teruskan mencari makna musibah ini dan teruskan kempen kesedaran. Apabila sudah demam apa yang perlu dibuat? Cari jalan untuk keluarkan virus dari badan..tapi bagaimana? Menyerah kat hospital yang memang dah sesak atau cari jalan alternatif semulajadi lain? Banyaknya info di internet untuk FLUSH! flush flush keluarkan virus..mana satu nak ikut ni..kalau badan rasa tak sedap boleh tak buat semua lah : makan sup ketam, makan daun betik, ambil rumusan homeopati untuk flush demam, minum hundred plus, minum ECPI sekotak..hm apa lagi. Ya Allah bantu kami berikanlah hidayah kepada kami yang lemah ini. 

meneruskan kempen mencegah demam denggi

Wednesday, March 12, 2014

Active income, Passive income

Kalau kerja makan gaji dan dapat secara tetap atau bulanan, tu dikira active income. tahu tak kelebihan makan gaji ni sebenarnya memudahkan kita untuk merancang pelaburan keluarga? ya, keuntungan dari pelaburan itu akan mendatangkan passive income. secara mudahnya, passive income ini bermakna wang bertambah tanpa kita yang topup

Semangat ICT Cara Azli Paat Diteruskan Di Radio 24 Bernama

Dengar radio ilmu ict di awal pagi
Perjalanan dalam kereta ke tempat kerja memang menyeronokkan ketika adanya program Radio 24 dinamakan ICT On Air bersama Azli Paat. Mungkin kerana arwah Azli Paat ialah tokoh yang saya pernah kagumi kerana sentiasa bersemangat dalam membantu kempen memperluas penggunaan ICT dengan berhemah di Malaysia negara tercinta ini. Cara arwah menyampaikan terma, maksud teknologi-teknologi ICT dalam bahasa yang mudah itu yang tak ada pada mana-mana presenter atau penceramah berkaitan ICT yang kerana siapa pun latar belakang yang mendengar boleh faham. Orang di Lembah Klang memang beruntung kerana boleh pasang radio ketika dalam perjalanan ke tempat kerja yang berada dalam liputan radio frekuensi Lembah Klang 93.9 FM. Walaupun frekuensi gelombang radio terhad tapi saya percaya ramai pengikut radio ini kerana kualiti radio streaming yang diberikan agak memuaskan, bermakna saya boleh sambung dengar di pejabat atau di mana-mana lokasi melalui streaming di internet melalui komputer atau gajet sendiri dari laman web mereka http://www.radio24.com.my
Baru-baru ini juga siaran radio diperluaskan ke Johor dengan frekuensi baru 107.5 FM

Banyak lagi program menarik disediakan di Radio 24 ini, lagipun saya rasa sesuai didengar seisi keluarga kerana radio berasaskan berita pertama di Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu yang sempurna, banyak mesej Pesanan Khidmat Masyarakat dan semestinya kurang lagu-lagu hiburan!

Berbalik kepada program ICT tadi, sekarang program ini diteruskan dengan jemputan baru namanya Kay Azlee. Walaupun kita akan bandingkan cara penyampaian orang baru yang teragak-agak tapi saya pasti Radio 24 pilih beliau kerana ilmu dan pengalaman beliau yang mungkin banyak boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia. Semoga semangat Azli Paat diteruskan dalam membudayakan ICT dengan betul untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagi yang terlepas segmen ICT boleh dengar semula rakaman melalui page berikut : Sumber : http://www.radio24.com.my/v4/index.php/program/ict-anda

Semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat.

Wednesday, February 26, 2014

Trimester Ketiga Dan Bengkak Kaki!

Bangun tidur hari ini terasa kaki sangat berat dan kawasan pergelangan kaki bengkak sedikit. Haha inilah akibatnya tertidur dalam posisi duduk kat sofa semasa layan si kakak yang bangun jam 4 malam tadi..terlelap pulak kat situ sampai Subuh maknanya darah dah berkumpul kat kawasan pergelangan kaki dan jari..kalau lagi lama betis pun boleh jadi keras. Dan keadaan ini jugak menyebabkan saya tak dapat nak join lawatan pejabat ke Putrajaya..sorry ya kawan-kawan!
Apa yang saya buat untuk surutkan? Hari ni hari bekerja, jadi ler kura-kura jalan perlahan daripada biasa dan teruskan hari bekerja macam biasa supaya banyak pergerakan kaki. Semasa duduk letakkan kaki atas kotak. Bab makan pula kena kurangkan garam supaya badan tak menyimpan cecair lebih banyak. Tapi amalan minum air 8 gelas sehari perlu seperti biasa. Bengkak biasanya akan surut sendiri. Mari kawan-kawan yang lain kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca info yang lebih kemas dari babycentre ini:


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan:

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
Semakan terakhir: April 2012

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema