Followers

Showing posts with label donat donut. Show all posts
Showing posts with label donat donut. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Simpan Resepi Donat Tanpa Telur

Kali ni simpan resepi donat tanpa gunakan telur pula. Apa yang penting dalam men-donat? Ya sekali lagi kesabaran untuk aktifkan yis dan naikkan doh hehe saja ingatkan resepi donat telur sebelum ni. 

Bahan basah:-
1/2 serbuk yis
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam

Bahan kering:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin


Cara-cara :-
1. Satukan bahan kering. Gaul dengan tangan sampai tidak bergentel.
2. Dalam bekas lain satukan bahan basah iaitu serbuk yis, gula, susu pekat dan air suam. Tunggu hingga yis aktif iaitu campuran ini berbuih.
3. Selepas yis aktif, masukkan ke dalam campuran tepung tadi secara perlahan-lahan.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan doh selama 1 jam. Boleh tutup doh dengan kain basah supaya doh naik sekali ganda.
6. Boleh mula canai doh menjadi bentuk donat
7. Rehatkan donat selama 1 jam lagi atau sehingga kelihatan naik dan permukaan licin
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan sekejap sahaja dan boleh angkat atas tapis/redai. Lebihan doh boleh terus dibekukan untuk digoreng kemudian. 
9. Sejukkan sedikit untuk menghias dengan gula halus/kastor atau celupkan permukaan dengan coklat cair dan kemudian coklat urai. 

Adunan ini menghasilkan sekitar 20 biji donat dengan saiz sederhana. Yang penting adunan doh tetap naik tanpa gunakan telur kan. Janji gebu gebus gedebus isi dalamnya apabila merasa gigitan pertama (gigit donat tu lah). Amboi bahasa saja nak pancing mata pembaca..
Hm tadi ada lagi baki setengah peket yis tu kan, bolehlah buat sekali lagi adunan akan datang hehe
Bahan basah (campuran yis) dan kering (campuran tepung dan marjerin)
Proses uli dengan tangan
Doh selepas diuli direhatkan untuk mengembang/naik
Doh yang telah berkembang/naik sekali ganda telah memenuhi ruang
Selepas dibentuk doh direhatkan lagi untuk mengembang sehingga permukaan agak licin dari sebelumnya
Goreng doh dengan api sederhana sekejap sahaja kemudian tos atas redai/tapisan
Donat dihias sesedap rasa - salutan gula halus tradisional atau hiasan moden seperti coklat dan lain-lain. Anak-anak kesayangan boleh ambil bahagian bab menghias donat ni
. 

Friday, October 30, 2015

Simpan Resipi Donat Gebu Mudah - Guna Telur

Salam Jumaat ibu ayah Mithali di luar sana. Rupa-rupanya ada 2 petua utama untuk buat donat gebu, iaitu:-
No.1 = Aktifkan yis terlebih dahulu
No.2 = Kesabaran! kerana doh perlu rehat beberapa kali sebelum boleh goreng dan makan

Jadi kita perlu urus masa persediaan secukupnya supaya dapat main masak-masak dengan tenang. Kalau dah tenang tu semasa tunggu doh naik nanti sempatlah nak jemur kain ke, masak mende lain ke, layan anak-anak ke hehe gitulah maksudnya. Ha meh kongsi sini dan baca dengan penuh kesabaran juga ya. Jadi patutlah dengan harga kuih donat gula tu sekarang termasuk upahnya 50 sen sebiji kan (ni harga semasa di Shah Alam tempat lain tak tau lah, yang pasti harga makanan semakin naik dan kita memang bukan pengeluar tepung sendiri dan permintaan makanan berasaskan tepung memang sentiasa tinggi. Takde siapa bersalah di sini ok, sebab kita negara pengguna) Dah jangan terbawa mood tol naik ke harga naik, yang penting tingkatkan skil masak-masak jer lah di sini.Jom sama-sama berkongsi ilmu demi anak-anak yang akan baca dan teruskan ilmu ini pula.

Bahan-bahan :-

3 cawan tepung gandum - diayak

1 peket yis (serbuk yis mauripan kecil)

1 cawan air suam

3 sudu besar susu pekat

4 sudu besar gula

1/2 sudu teh garam

3 sudu besar mentega/marjerin - dicairkan

1 biji telur

Cara-cara:-

Misi 1 : Hidupkan atau atktifkan yis
Bancuh gula dalam air suam. Campur susu pekat. Kemudian masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. (Petua No.1 dan No.2 diperlukan di sini)

2. Dalam bekas lain, pukul 1 biji telur asal sekata. Campurkan marjerin yang telah dicairkan. Kacau.

3. Campur yis yang sudah berbuih macam teh tarik tu tadi. Kacau.

4. Uli adunan menjadi doh besar.
* Doh memang agak lembik. Jadi bila nak uli tu boleh letak tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda. (Petua No.2 sangat diperlukan di sini)

5. Dah lama bersabar? OK barulah boleh bentukkan doh ikut suka. Caranya untuk donat bolehlah guna teknik canai dan terap. Kalau untuk donatball buat bulat sebesar 20sen gitu.

6. Lepas bentukkan, susun ke dulang dan rehatkan lagi dalam 5 minit. (Petua No.2 sikit diperlukan di sini)

7. Goreng dalam api sederhana supaya luar kering dan dalam masak. Semasa goreng pun doh akan kelihatan kembang sedikit lagi.

8. Angkat atas redai/tapisan. Hiaskan ikut citarasa.

Hiasan/topping:-
- Gula halus
- Coklat - Boleh cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega dan gula aising. Guna kaedah double boiler atau masuk microwave - hehe
- Untuk donatball boleh taburkan gula aising sahaja pun dah cukup menarik

- Hiasan lain-lain korang editlah resipi ni ikut hiasan korang ya. Kalau anak-anak yang jadi tukang hias memang macam-macam boleh jadi. Kalah donat mahal tu kan. Yang penting asasnya ialah donat gebu dah menjadi bolehlah korang pelbagaikan hiasan tu. Tentu anak-anak suka.

Sembang sikit.
Jom berkongsi ilmu yang tak seberapa ni untuk diwariskan kepada anak-anak demi skill survival mereka pada masa depan. Jangan biasakan mereka dengan hidup pinjaman sana sini, ajar semula skill semulajadi yang hilang kerana ikutkan kemodenan pelajaran akademik. Ayat agak pelik tapi nak bagitau jangan risau kalau anak taknak belajar gitu buat menambah tekanan hidup je. Ha ini belajar dari kawan anak sepuluh yang sempoi, baik hati dan senyum je ke pejabat. Zaman mak dulu masih ada lagi KEMAS anjurkan main masak-masak percuma kepada penduduk sekitar tapi sekarang dok bandar ni nak belajar semua kena bayar. Budak perempuan dah tak kenal barang dapur. Sekarang nak berguru dengan makcik jual donat pun kena bayar join kelas masak-masak dia, amboi best kan peluang buat duit kat bandar ni. Positifkan minda ya ibu-ibu, nanti anak lahir pun semoga positif mindanya. Doa lebih sikit hari ini hari Jumaat.