Followers

Showing posts with label demam campak. Show all posts
Showing posts with label demam campak. Show all posts

Friday, February 1, 2019

Ibu kena kuarantin?? Tak kot..


Ala...ibu kene demam campak tak boleh cium baby camni huhuhu..

Apabila ibu yang masih ada baby menyusu kena Measles / demam campak halus..hm takkan nak kena kuarantin kan. Oh tidak! No No No..bayangkan baby dok "mencari kawan" dia terutama waktu nak tidur malam..hmm kesian ibu pun tak boleh nak cium si comel..huhu

Tapi untuk sementara waktu saje cuba kurangkan sentuhan direct walaupun masih kena sentuhan juga. Jadi ibu takyah risau sangat, jarakkan diri atau kuarantin diri dari baby bukan bermakna baby tak kena, akan datang mungkin kena juga. Dah suntik vaksin mmr untuk measles pun akan kena juga cuma tak cukup penerangan pasal vaksin ni adakah ia masih ada dlm badan kite lepas kena atau seumur hidup kite. Kalau vaksin pergi luar negara seperti umrah/haji tu ada jugak kata bertahan 3 tahun, so tahulah kita jangkahayat vaksin yg kite disuntik tu.

susu ebm masih kena bagi sebab susu ibu ada imunisasi terbaik utk baby.

Ada yang nasihatkan bagi susu ebm kat botol aje lah. Hm bila fikir balik memang bagus bagi botol tapi ade masa kena bagi direct juga at least malam sebab nak baik demam campak ni mau seminggu lebih, tak nak la lama sangat jauh dari baby risau kurang stimulasi ebm..

Jadi ni tengah tenangkan diri makan ubat dan teruskan menyusu seperti biasa. Cuma sebolehnya pegang baby dengan alas seperti pakai baju berlengan panjang, alas payudara sebolehnya bagi puting saje tak kena pipi gebu dia kat kulit kita. Tapi kena pegang direct jugak masa mandikan baby iye tak?

Ibu pun pilih makan ubat yang takde dadah supaya tenang-tenang saje boleh teruskan menyusu baby tanpa risau. Jadi jom tenang-tenang mengharungi kehidupan ni..doakan ibu baik cepat ye..baru seminggu naik kerja dah jadi camni agaknya manalah ibu dapat virus tu dari opis ke dari persekitaran yg kite lalui setiap hari memang ade aje potensi virus2 ni kan. huhu..


Thursday, November 22, 2012

Demam dulu baru campak

Alhamdulilah syukur pada Allah Yang Maha Besar telah mengurniakan kekuatan tubuh badan kepada anak-anak melawan penyakit secara alami. Kali ini ibu berdepan anak yang demam campak buat kali kedua. Ini cerita demam campak si adik, Nur Sakinah kini berusia 7 bulan (pada 8 Nov 2012).

Ini ialah demam yang pertama bagi Sakinah sejak dilahirkan.
Hari 1 : Disedari ketika malam semasa berada di kampung Ipoh perangainya mula merengek rupanya dah mula demam...gigi pertama sudah muncul rupanya. panas badannya betul2 buat dia tak mahu lekang dipeluk ibu dan terus menerus nak ASI. Oleh sebab ibu lupa nak bawa ubat homeopati Demax maka ibu minta ayah belikan Panadol untuk kanak-kanak bagi pun 3 kali untuk hari pertama dan kedua saja kerana belum balik rumah. Ibu teruskan kerap beri ASI kerana di dalamnya sudah ada penawar dan antibodi alami yang sangat tinggi. Ketika demam dan anak menghadapi situasi yang merimaskan ibu memang seharusnya memeluk anak dan berikan ASI sekerap mungkin. Sesungguhnya doa2 dan zikir ibu juga turut mengalir melalui ASI. InsyaAllah anak tak jengkel terus terusan kerana degupan jantungnya lebih tenang.

Hari 2 : Bangun pagi badan masih hangat, ibu beri mandi sejurus anak bangun. Lepas tu sambung tidur lebih lena dan lambat bangun. Masih merengek dan tak mahu berenggang dengan ibu walaupun ayah, atok dan opah gilir-gilir cuba mendodoi. Ehe anak ibu bijak dia tahu nak ibu bukan orang lain masa tu. Kali ni nampak memang tak selesa siap nangis hentak2 kaki kalau diletak kejap. Kepala pening badan rimas jadi tak selesa nak main golek2. Ada beberapa tompok merah di pipi berdekatan hidung.

Hari 3 : Ok kita dah sampai rumah. Demam dah takde badan dah tak sakit2 sebab dah boleh letak bawah bermain golek2 dan makan dengan seleranya. Cuma masih merengek. Ibu ambil cuti untuk berpeluk lagi dengan Sakinah. Rupanya hari ni mula keluar bintik merah di muka dan badan. Bawa Sakinah jumpa Doktor Radziah kat Klinik Homeopati nya di Seksyen 7 Shah Alam. Lama betul tak jenguk klinik dah semakin maju dengan ramai kawan penyewa yang lain. Terima kasih Doktor sudi buat ramuan istimewa untuk demam campak ni. Kali ni ada 3 biji berasingan perlu diberi sekerap yang boleh, atau 1jam sekali, 2jam sekali pun boleh. Itu yang bagusnya dengan homeopati tak perlu risau ter overdose pun ok sebab badan akan buang secara alami (kencing/air besar) jika ubat/kandungan ubat tidak diperlukan oleh badan. Dengan memberikan gula2 homeopati kerap 2 jam sekali, campak pun keluar dengan banyak menjelang petang. Singgah beli air kelapa muda beri dengan botol tapi agaknya tak sedap ibu picitkan sikit2 ke mulut ehehe. Oh ye dengan ubat homeopati ni takde pantang air kelapa,sebab air kelapa hanya tawarkan ubat yang ada dadah saje,so boleh bagi sama2, bila2 masa.
Harga pakej 3 ubat kali ni hanya RM40. Kalau beli berasingan harganya hanya RM15 jer sebotol. Dan ubat ni boleh disimpan tanpa tarikh luput dan boleh diguna pada masa akan datang untuk tujuan lain ikut penawar sedia ada dalam tu:-
- Demax : untuk semua jenis demam, pening kepala. Kalau tak habis boleh simpan sebagai ubat demam kat rumah. Kalau simpan ubat demam klinik kena simpan dalam peti ais bahaya kalau terlajak tarikh luput.
- Painturat (paint=sakit-urat) : kalau tak habis boleh makan sesiapa yang sakit badan,pinggang,kira sakit urat kemam ajelah setiap 1jam sekali.
- Prolife : merupakan supplement (zat tambahan) yang mengandungi zink,kalsium,magnesium siap dalamnya. Walaupun gula2 kecil ianya sudah cukup membekalkan miligram zat yang diperlukan oleh badan untuk seharian. Memang berguna untuk ibu sambung zat kalsium yang semakin berkurangan nih.

Hari 4 : Ibu kerja macam biasa dan balik jenguk Sakinah dan kakak Nafisah tengah hari. Atok kata hari ni makan bubur banyak, main golek2 dah penat tidur sendiri. Seronok ibu dengar anak ibu dah baik. Semoga tak demam lagi ya.

Panduan beza demam campak dan demam denggi : Untuk demam denggi, tompok merah kelihatan berada di dalam liang roma bukan di atas kulit. Ubat yang diberi nama Demax ini sudah pun mengandungi penawar Denggi, boleh dimakan oleh semua peringkat umur - bayi, kanak2, dewasa..caranya lebih kerap bagi maka lebih banyak kandungan penawar dalam badan maka lebih cepat sembuh.