Followers

Showing posts with label makanan tambahan/supplement. Show all posts
Showing posts with label makanan tambahan/supplement. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Dah murah ke makanan sunnah di Malaysia?

Sekarang ni dah semakin hebat kempen makanan sunnah diperkenalkan di Malaysia. Yang bagusnya semakin dihebahkan kebaikannya dan semakin banyak produk di kedai-kedai tak kira kampung dan bandar, atau diselitkan juga sebagai sebahagian produk dalam katalog produk MLM. Jadi dengan kempen dan kesedaran kebaikan makanan sunnah semakin ramai yang mencari di internet. Tapi kempen masih perlu diteruskan sebab rasanya harga masih belum mampu untuk dijadikan makanan harian. Ini kerana kebanyakan masih diimport dari negara asal atau negara terdekat. Kita ambil contoh minyak zaitun, kurma, habbatusauda, susu kambing, madu terlebih dulu. Ada banyak lagi makanan sunnah. Boleh cuba cari di kedai apa agaknya perbandingan harga yang ada untuk dapatkan minyak zaitun tulen? Lagi tulen lagi beza harganya tapi demi nak dapatkan khasiat makanan sunnah kita belilah juga.

Jadi mungkin dengan kesedaran tentang kebaikan makanan sunnah di Malaysia, akan ramai yang jadi pekebun pokok zaitun, kurma. Boleh gitu? Cuaca mungkin membataskan tapi penyelidikan berterusan memungkinkan tanaman itu jadi ladang di bumi Malaysia dan boleh jadi pengeluar makanan sunnah untuk pasaran asia tenggara. Harapnya Malaysia ada cita-cita untuk keluarkan lebih ramai usahawan petani Malaysia dan jadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna yang sangat sinonim sekarang ni. Macam di Cameron Highlands ada produk unik buah epal Cameron, jagung mutiara Cameron dan buah strawberi Cameron dan banyak lagi contoh tanah tinggi tapi ada yang ciri-ciri unik yang tak sama seperti import. Itu contoh tanah tinggi. Sebelum ini pernah popular juga cerita anggur berjaya ditanam di Perlis. Kemudian ramai yang cuba tanam sendiri jadi peng-anggur di rumah dan ada yang menjadi untuk makan sendiri ada yang anggur jadi berbuah kecil mungkin faktor cuaca. Baguslah ramai yang cuba tanam harap teruskan dan majukan tanah dengan pertanian dan ternakan. Jangan PBT asyik tanam bangunan batu hanya nak untung cepat kutip cukai perniagaan dari situ, sudahnya semakin tiada tanah untuk bercucuk tanam dan tergadai hakmilik ke bangsa pendatang. Dah sudah. 

gambar ladang zaitun dari pixabay


gambar ladang zaitun dari pixabay
gambar minyak zaitun dari pixabay

gambar ladang zaitun dari pixabay
gambar pokok kurma dari pixabay


Gambar ternakan kambing dari pixabay

Tuesday, December 15, 2015

Gelombang kempen kebaikan makanan sunnah kepada masyarakat Malaysia

Alhamdulilah sokong semakin banyak kempen kebaikan makanan sunnah kepada masyarakat Malaysia. Sebelum ini susah nak ajarkan kepada ahli keluarga sendiri tentang kebaikan makanan sunnah sebab memang begitulah lumrah manusia senang terikut media perdana yang mana lebih popular berbanding kata-kata ahli keluarga terdekat. Gelombang kempen semakin ketara dengan penghasilan produk di dalam Malaysia sendiri (sokong produk Malaysia) yang menyebabkan makanan sunnah itu lebih senang dimakan dan diamalkan kerana disesuaikan dengan cara makan orang Malaysia. Kempen juga diikuti dengan jenama dan duta yang senang dikenali.
Buah kurma - berkhasiat sepanjang zaman

Biasanya untuk mula makan makanan sunnah bersama keluarga memang susah sikit kalau buah kurma pun susah nak makan begitu sahaja dan hanya beli pada musim bulan puasa. Jadi dalam masa panjang kenalkan kelebihan makanan sunnah seperti kurma dan banyak lagi perlahan-lahan, iaitu boleh cari produk yang ada banyak-dalam-satu seperti SUSU KAMBING yang tak hamis sekarang dah ada yang dicampur kurma, habbatus sauda, kismis, badam dan lain-lain. Lagi ada COKLAT bar yang bukan sekadar jajan biasa tapi ada kandungan makanan sunnah juga. Lagi ada KOPI segera dengan kandungan habbatussauda dan lain-lain.

Nampak tak, kan banyak khasiat di samping cuba beralih kepada susu kambing contohnya. Ibu-ibu yang menyusukan baby tentu nak lebih khasiat dalam susu ibu jadi bolehlah cuba minum susu kambing yang ada sekali campuran makanan sunnah dalamnya. Sebaiknya mula dari awal mengandung lagi. Kalau dapat minum susu kambing original lagi bagus cuma kebanyakan kata bau hamis lah dan ada yang suka ikut cakap orang dalam memilih produk di pasaran. Padahal hakikatnya tekak sendiri tak sama dengan orang lain kan. Tekak saya sekarang ni dah dilatih menerima apa yang otak telah diprogramkan lebih awal iaitu TELAN AJE KEBAIKAN MAKANAN SUNNAH KERANA KHASIAT+BERKAT=LAZAT DEMI SUSU IBU YANG LEBIH PEKAT DENGAN KHASIAT. Wah semua untukmu anakku..gitu. Boleh?kempen untuk diri sendiri dulu baru menjadi. Lepas tu baru boleh cerita hasilnya yang positif dengan semua ahli keluarga betapa bestnya berhijrah dengan makanan sunnah. Kalau suami yang celik makanan sunnah memang akan belikan untuk isteri, jadi sila lah para isteri habiskan dengan jayanya ya.
OK dah jom tidur, esok kalau tak tahu nak mulakan carian jenama produk apa di internet boleh dengar iklan-iklan yang ada di radio IKIM atau pergi ke kedai barangan muslim seperti Azzain ker untuk pilih mana produk yang hebat-hebat di pasaran. Untuk rakyat Malaysia pastikan ada cap Halal Jakim ya, itu pegangan integriti Halal kita. Wah gitu kempen dari styloibu!

Friday, June 21, 2013

Sihat Dan Cantik Dengan Sayur Bayam

Info Sihat : Kebaikan Sayur Bayam

Sayur bayam

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua wanita dan lelaki yang menyayangi wanita di sampingnya:-) Kali ini ingin berkongsi kebaikan sayur bayam kepada kesihatan. Kebanyakan wanita suka sangat mencari rawatan moden untuk mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda. Segala cara dilakukan, mulai dari yang mahal hingga berisiko tinggi merosak kesihatan. Dari semua cara itu, ada cara alami (semulajadi) yang murah untuk mempertahankan kecantikan dan menjaga wajah agar awet muda, iaitu makan sayur bayam.

Makanan kesukaan Popeye ini ternyata memiliki khasiat menakjubkan, iaitu membuat kulit sihat dan awet muda. Sayuran murah dan mudah didapati ini dapat memberi efek besar pada kecantikan, khususnya menjaga agar kita lebih awet muda. Bayam banyak mengandungi antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan kulit.

Selain itu, pengambilan bayam secara teratur akan memperbaiki kekuatan jaringan tisu pada kulit. Jaringan tersebut akan membuat kulit lebih berkilau dan terhindar dari kusam. Vitamin E yang ada dalam bayam juga dapat memberi manfaat besar pada kulit, iaitu menjaga kelembutan dan membuatnya lebih bersinar dari dalam.

Mulai sekarang, jangan lupa memasukkan bayam sebagai menu harian. Sayur yang rasanya enak ini dapat membuat kita tetap awet muda dan cantik dalam waktu yang lama.

Pengambilan sayur bayam dan sayur daun hijau dapat menggalakkan penghasilan air susu ibu juga. Saya amalkan merebus sayur bayam dan sawi sepanjang tahun pertama kelahiran baby..alhamdulilah ada saja "bekalan susu bergerak" untuk baby pada bila-bila masa. Sekarang dah lebih setahun anak ibu dah jadi baby besar yang comel dan aktif berjalan sepanjang hari tak reti penat. Ini lah yang tetiba ibu teringat pasal nak kongsi pula khasiat sayur bayam dengan kengkawan yang lain. Balik kerja pun sempat lagi merebus sayur sementara tunggu waktu solat Mahgrib. Baby pun memang pandai tolong siang sayur kan..tergolek golek besen dan batang-batang sayur bayam satu dapur :-) Tak pe lepas ni jadi gigirl yang rajin ke dapur ya.
Siapa di sini yang suka makan sayur bayam?

Wednesday, October 31, 2012

Sihatlah selalu wahai ibu walaupun selepas berpantang

Salam buat ibu-ibu dan seluruh kaum wanita yang disanjungi, syabas tahniah kerana rajin mencari ilmu yang berguna di internet dan terima kasih singgah membaca coretan si ibu jua di sini.
Apa agaknya amalan ibu selepas bersalin atau lebih tepat lagi selepas tamat tempoh berpantang? Mungkin ada yang sedang bergumbira kerana tak perlu berpantang makan atau menelan jamu atau rimas dengan berbengkung dan macam-macam jadual ketat termasuk berstokin? Saya ucapkan tahniah kerana korang mampu bersabar dan "redha" melalui tempoh berpantang yang sepatutnya ini. Bagaimana pula dengan yang tak berkesempatan melalui tempoh berpantang kerana keadaan tidak mengizinkan atau lebih sedih lagi tiada yang menunjuk ajar semasa melalui tempoh penyembuhan dalam kesusahan 40 hari itu. Takpe jangan sedih cuba kasihan pada diri sendiri sebab masih belum terlambat menjaga kesihatan. Selain terus makan makanan berkhasiat saya nak kongsi 2 amalan yang boleh diteruskan.

1. Teruskan makan jamu tradisional atau moden
Maka selepas berpantang 40 hari, sebaiknya teruskan amalan pengambilan makanan tambahan/supplement (seperti pati gamat plus, C3 Spirulina, jamu atau kapsul) dan berbengkung. Kalau jamu, biasanya ramuan jamu bersalin berbeza dengan jamu untuk mengekalkan kesihatan hari-hari biasa. Jika mencari produ yang mudah dimakan, saya mengesyorkan jus sunah Richglow Classy Lady sebagai supplement yang halal dan berkesan mengekalkan kewanitaan.

2. Teruskan amalan berbengkung
Bahagian abdomen wanita (bahagian perut dan bawah pusat) sangat mudah menggeleber semula jika tidak diikat kemas, akibatnya boleh dirasakan pada jangka panjang seperti terasakan membuncit, memberat atau rahim jatuh. Apalagi kalau tak pernah mendapatkan khidmat urut atau dipanggil sengkak iaitu membetulkan kembali kedudukan rahim secara tradisional maka tarikan graviti dan minum air berlebihan semasa tempoh berpantang memungkinkan bahagian perut dibiarkan. Untuk kembali bekerja korang boleh beli bengkung strap yang ringkas tapi apabila hujung minggu atau berkesempatan melilit bengkung panjang atau bengkung ikat lebih kemas dan kejap pada badan.

Cukup dulu 2 amalan selepas bersalin yang kita boleh amalkan sama-sama ya.