Saya masih suka mencadangkan website ini kepada sesiapa yang ingin bahan bacaan yang ada banyak gambar dan interaktif sebab ada banyak shortcut klik kepada macam-macam terma kedoktoran dan shortcut seperti ini memudahkan kita mencari maklumat yang tepat dengan cepat. Amboi semua nak cepat ya, tapi cadangan saya kepada wanita semua silalah luangkan masa baca lambat-lambat dan hadamlah semua teks, gambar dan video yang ada sebab sangat berguna untuk kita faham tentang keadaan kesihatan diri kita sendiri. Kepada bakal pengantin, bakal ibu baru dan bakal ayah juga sangat perlu bersedia dengan maklumat perubahan badan sendiri (perubahan fisiologi seorang wanita selepas berumahtangga) Lagipun maklumat ini semua akan kita sampaikan juga kepada anak-anak nanti. Begitulah antara kepentingan mencari ilmu kepada wanita dan kelebihan cerita tentang website ini ya. Berita baik juga ialah buku Babycenter ini sudah ada di pasaran dengan siap terjemahan Bahasa Melayu dari penerbit buku PTS Publication. Saya sudah dapatkan senaskah melalui kedai buku online mereka iaitu www.bookcafe.com dijadikan sebagai hadiah kepada seorang bakal ibu. Saya dah pesan suruh habiskan baca sebab kesibukan kerja mungkin membataskan beliau melayari internet untuk menatap website asal. Semoga anak dalam kandungan beliau juga akan terangsang menjadi bijak dan rajin baca buku pada masa depan.
Walaupun mungkin maklumat didapati lengkap dari bidang kedoktoran, tapi sebagai tambahan sebaiknya cari juga bahan bacaan mengenai kehamilan dan alam rumahtangga dari buku agama Islam kerana kita akan lebih dekat dengan Maha Pencipta yang menganugerahkan si wanita dengan alam kehamilan.
No comments:
Post a Comment