Contoh simpanan stok susu ibu di bahagian beku |
Contoh koleksi botol stand-by untuk mengepam susu badan |
Contoh pam manual getah yang ringkas dan muat bawa dalam beg tangan (yang ni brand pureen ada di kebanyakan farmasi) |
Contoh tulis dengan permanent marker untuk rujuk tarikh simpanan stok susu ibu di bahagian beku |
Checklist yang mungkin berguna, untuk usaha mengekalkan/menambah susu ibu :-
- Jaga waktu makan
- Kena breakfast segera
- Kena ada banyak zat/seimbang dalam makanan utama (lunch & dinner)
- Minum banyak air
- Ada ambil sayur sawi/bayam bersama airnya
- Ada ambil kurma
- Ada minum susu kambing/susu untuk ibu menyusu
- Dah kemam vitamin Tambah Susu Ibu
- Jaga posisi menyusu, jangan bongkok lama2 supaya jangan sampai sakit urat belakang/belikat
- Sentiasa memberi secara langsung / direct feed
- Kerap mengepam
- Berjaga malam untuk pam susu
- Sentiasa berdoa supaya susu sentiasa cukup untuk anak
Setiap checklist ni ada cerita yang panjang, tapi ringkaskan je lah yang teringat kan. Sila lah tambah lagi kalau ada ya. Jangan lupa badan kita tak sama, jadi ada orang dianugerahkan dengan keringanan, ada yang kena selalu usaha kuat. Kalau dah usaha tapi masih tak berpeluang direct feed nak buat camana kan, tentu ada hikmahnya tu. Pengeluaran susu pun ada momentum kejap banyak kejap sikit bergantung kepada kesihatan dan ikut ke tidak checklist kita tu.. Kat pejabat pun ramai yang bagi sokongan dan ramai juga yang saya sanjung usaha mereka yang berjaya menyusukan anak dan sama2 bekerja (oh saya sayang kawan2 ibu kat pejabat semua!!). Mungkin forum positif sepejabat begini yang membantu kami ni jadi ibu2 yang berjaya menyusukan anak sendiri. Pandangan saya tentang vitamin Tambah Susu Ibu ini mungkin berguna kepada mereka yang berusaha sama. Jangan pandang remeh ubat/vitamin Homeopathy kecil yang sangat mudah dimakan ni, ianya manis tapi berkesan. Ada banyak pelan makanan kesihatan di luar sana juga untuk tujuan menambah susu jadi bolehlah ada pilihan. Kita ni untung di Malaysia ada pilihan Halal Jakim atau Halal antarabangsa. Sama2 usaha ok, istiqamah untuk anak2 tercinta.
No comments:
Post a Comment