Resipi Butter Marble Cake Mudah
(Kek Marble - warna biru dan merah)
Bahan-bahan Untuk Kek
250g Tepung naik sendiri
200g Gula kastor
250g Butter
5 biji telur (B)
*2 pilihan warna untuk marble menyerlah - sini ada biru dan merah
Cara-cara
1. Panaskan oven terlebih dahulu
2. Putarkan butter dan gula kastor hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar
4. Masukkan tepung naik sendiri, putar hingga rata
5. Matikan pemutar.Keluarkan kepada 2 bahagian untuk diwarna ikut suka
6. Kemudian tuangkan adunan berselang warna dalam loyang yang telah digris. Sini guna loyang bulat, jadi tuang membulat selang seli.layan sampai habis adunan.
7. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak (cucuk dengan lidi - kalau lidi bersih/kering tandanya kek sudah masak)
8. Biarkan sejuk dalam 2 minit baru keluarkan kek
*Bahan-bahan untuk hiasan/Topping kek menggunakan Krimwell
500g Krimwell
300g Golden Syrup
160g Butter
Topping menggunakan 3 bahan ini iaitu Krimwell, Golden Syrup dan Butter - sangat mudah untuk dipukul hingga kembang dan tekstur krim nya lebih halus. Golden Syrup tu dah manis tak perlu tambah gula.
-------------------------------------------------
Kos beli bahan untuk main masak-masak kali ni :-
1 x Tepung naik sendiri (Self Raising Flour) 1 kg RM4.20
2 x Buttercup 250g RM5.20
10 x Telur gred B 1tray RM6.00
2 x Pewarna RM2.20
1 x Krimwell Margarine 500g RM3.90
1 x Golden Syrup 1bottle RM1.60
*Bahan-bahan memang akan ada lebihan. Takpe boleh simpan untuk next episod main masak-masak.
Harga jual? Hm sebiji kek yang siap dekorasi ialah hasil seni yang memerlukan masa menyiapkannya. Jadi harga bergantung kepada harga kos bahan dan kualiti yang digunakan serta kesukaran menyiapkan dekorasinya. Jadi harga sebiji kek jenis Butter sebegini ini boleh dijual RM50+. Sebiji kek pula boleh belah kepada 8 bahagian kalau nak dijual 1 slice sekitar RM5 - RM6. Kalau cheesecake boleh jadi 2 kali ganda sebab
bahan asasnya iaitu cream cheese import kan. Alamak info ini tak boleh pakai sangat sebab saya dah lama tak singgah kedai kek hehe. Kita tunggu cheese Malaysialah baru boleh kasi murah. Itupun kalau pengeluaran banyak bolehlah murah kut.Semoga ada cap Halal Jakim nanti.
--------------------------
Perkakasan main masak-masak untuk pakej kek dan membakar. Ibarat macam gajet untuk dapur gitu. Perkakasan ni selalunya lengkap di kedai peralatan bakeri seperti Bagus Sdn Bhd dan lain-lain. Cuma ketuhar tu boleh cari di tempat lain yang lebih ekonomi kalau tak mahu yang dicadangkan di situ. Untuk harga tepung dan bahan asas kek biasanya lebih murah di sini sebab mereka borong banyak dan re-pack untuk kita beli sikit-sikit. Satu lagi pembantu jualan biasanya memang berpengetahuan tentang bahan kek dan peralatan yang kita perlukan. Kalau ke pasaraya biasa janganlah nak menguji sangat pengetahuan akak-akak atau brader yang tengah susun barang tu ye. Kesian mereka belum tentu dilatih untuk spesifik satu bahagian barang je.
- Ketuhar (oven)
- Pangadun (mixer)
- Loyang
- Spatula
- Berus pastri
- Penyukat sudu pelbagai saiz (all-in-one)
- Penyukat cawan pelbagai saiz (measuring cup)
- Penimbang ringan
- Plastik asas piping
lain-lain tambah ikut keperluan masing-masing dan apa yang korang berjaya borong kat kedai tu haha
//eja resepi ke resipi ...asalnya recipe kan..hehe..yang penting google semua ada :-)
No comments:
Post a Comment