Followers

Saturday, October 24, 2015

Jubah Seksi - Itu Long Dress

Jerebu di hujung minggu. Selepas matahari pagi menjengah masuk jendela tahulah keadaan jerebu pagi ni ada kurangnya. Tapi belum tentu lagi nak ramalkan jerebu semakin nipis atau semakin tebal menjelang tengahari nanti. Kesimpulan bahawa memang cuti hujung minggu berdiam di rumah sahaja dengan keluarga, bahaya untuk ke mana-mana. Ni cerita pasal jubah yang sepatutnya jadi trend fesyen muslimah. Jubah yang asalnya hanya sinonim dengan kain hitam dan labuh seperti pakaian tradisi orang Arab, kini dipelbagaikan potongan dan terus menerus sahaja dibolehkan pakai nama jubah selagi ianya seperti long-dress. Tetapi tujuan asal pakaian sinonim muslimah ini sudah lari dari landasan sopan kerana fabrik/kain tak sesuai telah menjadikannya pakaian seksi dan sama seperti sekadar baju panjang / long-dress dan sangat buruk dipandang..ops habislah tak boleh jadi blogger fashionista:-P hehe takpelah asalkan tulisan ini ada yang boleh terima.

Tak nak letak gambar sebab kalau carian tentang jubah seksi memang banyak dan sakit mata melihatnya dari pandangan muslimah lah. Kalau orang lelaki jadi cuci mata lah. Itupun kena tahu tujuan orang lelaki buat carian sebegitu adakah untuk mengambil tahu untuk melindungi keluarganya atau memang sekadar nak cuci mata tu. peace!

Peringatan untuk diri sendiri supaya elakkan dan kawal nafsu membeli jubah dari jenis kain melekap yang cantik-cantik di pasaran. Teringat peribahasa "Ukur baju di badan sendiri". Ada sebab orang dulu-dulu buat peribahasa Melayu ini. Secara baca maksud ayat ini memanglah ukuran baju berlainan. Yang indah peribahasa ini ialah maksud tersiratnya ialah kenali diri sendiri dan lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Kebetulan dalam bab berpakaian pula kita kena tahu tanggungjawab sebagai Muslimah yang bukan terburu-buru berfesyen mengikut trend tetapi perlu kaji adakah impak negatif akibat berpakaian sebegitu. Berat sikit topik tanggungjawab ni tapi pandanglah anak-anak generasi kita seterusnya pula kalau kita membenarkan fesyen sendat mulai sekarang apa pula pegangan mereka nanti andaikata jadi pereka fesyen..

Tambahan pula potongan baju yang siap dipakai (ready made) tak semua sesuai dengan susuk tubuh badan sendiri. Silap beli baju tu yang boleh jadi jubah seksi. Tentu kita pernah nampak dan terpakai sebelum ini. Jadi sempena tahun baru hijrah 1437 ini dan sesuai dengan peningkatan usia sendiri hehe ada baiknya cuba dulu baju jubah dan pusing habis jangan sampai terbonjol sana bonjol sini untuk ditayang kepada umum ok.

Memang dah terkena sebab apabila dipakai, kain melekap ke badan rasa dipermainkan fesyen muslimah yang sepatutnya. Dah jadi fesyen sendat yang tiada beza dengan dress bukan Muslimah. Kalau sengaja pakai tu tak tahulah kan, yang lebih muda mungkin bolehlah ditegur, yang lain apa yang boleh kita buat doalah semoga diberikan hidayah. Berbalik kepada jubah lama tu bolehlah diubahsuai atau bolehlah kain lycra itu dijadikan pelapik baju nursing pula.

Tips untuk kekal sopan dengan gaya jubah, boleh pilih ciri-ciri berikut :-
- Potongan lebih besar dari saiz baju biasa lebih bagus. Contohnya mungkin baju kurung saiz S sesuai tapi potongan jubah lurus menyebabkan tarik. Ini supaya tak sendat terutama kat aset atas, pinggang dan aset belakang. Lebih besar lebih bagus kan. Memang biasanya kena ubahsuai sikit sebab saiz besar biasanya kain memang kena potong. Kalau jenis tangan yang bergetah kadang-kadang tak lah ketara sangat panjangnya. Sekarang banyak trend pergelangan tangan bergetah atau penghujung lengan kecil untuk mudah berwuduk.
- Elakkan jenis kain bergetah yang kosong / plain / satu warna. Sekarang jenis lycra memang banyak tapi cuba perhatikan garisan pakaian dalam pun turut kelihatan jelas ketara. Bandingkan kain yang sama tetapi ada corak biasanya kurang kelihatan atau lebih tepat tak perasan
- Lain-lain kriteria pemilihan terpulang semula kepada diri sendiri. Sebab balik kepada peribahasa tadi ya sila kenal peribadi diri dan ukur baju di badan sendiri ya.

Kepada kawan-kawan yang bukan Muslim panduan ini mungkin tiada kaitan, atau boleh dijadikan panduan untuk berpakaian sopan di Malaysia demi meneruskan menjaga adab sopan ketimuran. Malaysia kaya dengan alam semulajadi, boleh jadikan penghasilan jubah muslimah ini sebagai industri. Kita ada banyak pokok kapas/kapok - ada pengusaha benang,kain - ada pengusaha hasil akhir iaitu pereka fesyen, tukang jahit tempatan - ada pengeluar mesin jahit sendiri - tapi masih permintaan tinggi untuk import baju siap, set telekung, jubah, dll dari China, dari Bandung, dll tempat. Tak terkejar nak kempen barangan Malaysia sebab tak boleh nak kalahkan harga murah dari mereka sedangkan kualiti hasil Malaysia sebenarnya jauh lebih baik dan dihasilkan dengan kasih sayang tempatan. Hehe kempen baik punya ni sebab suka bantal kekabu tempatan dan selalu cari cadar 100% cotton jugak kan. Bagaimana agaknya nak banyakkan kilang buat baju seperti di sana ya supaya Malaysia boleh eksport ke luar. Dengan gaji minima RM1000 mahu ke kita jadi tauke dan bayar ramai pekerja tempatan yang memang mencari peluang pekerjaan. Bagus kalau ada banyak kilang baju boleh beramal dan kurangkan kemasukan pekerja warga asing yang banyak mengundang waspada. OK dah berangan setakat ni, sila sambut idea kilang baju ni ya jika ada pengusaha baju dan bercita-cita menjadi tauke industri baju dari Malaysia. Saya sokong korang, usahawan wanita Malaysia berani dan kental! Dah pegi update kat FB tu katakan dengan berani korang terima tempahan dari serata pelusuk dunia..yeah!! 

No comments:

Post a Comment