Followers

Saturday, October 17, 2015

Blog Si Cilik : Belajar cantum lego

Pengaruh TV! Sekarang pengaruh Youtube lebih kuat daripada iklan TV. Hm sekali lagi si ayah akan kalah dengan permintaan anak kecil yang comel ini iaitu si Kakak berusia 5 tahun. Dia memang sudah pandai meng-ayat memujuk untuk minta macam-macam. Ini cerita hari yang dia minta dibelikan lego. Semasa kecilnya pernah dibelikan macamlego saiz besar ABC tu di kedai 99* tapi kali ini dia sudah tahu adanya produk jenama Lego - siap ingat ejaan - maklumlah dah pandai baca suku kata. Oleh kerana kedai yang dekat iaitu 99* takde jual kami bawa ke Tes*o jugalah. Fuh nasib baik tak bawa ke kedai Toysr*s..Memang ada dan banyak pilihan. Lebih banyak kepingan lego, lebih mahal harganya. Oleh sebab ini pembelian pertama, kami pandang yang paling murah dan sedikit kepingannya sesuai untuk anak perempuan, dan kemudian pandang kepada si adik kecil yang baru pandai jalan dan pandai makan apa sahaja tu!..hmm tentu tahu apa kami si ibu ayah fikir kan?Jadi dialog ni terus muncul dan ditujukan kepada si Kakak:

"Kakak, kalau main lego kena main di atas meja ya, tak boleh sepah di lantai nanti adik masuk mulut"

Kakak pun angguk dan senyum tanda setuju. Kalau dibuatkan muka kartun agaknya muka kartun comel yang sedang tersengih sampai ke telinga dengan gigi depan takde dan mata bersinar-sinar gitu.
Lalu kotak lego di atas rak dengan tema "Heartlake City Pool" diberikan ke tangannya. Tapi set yang kami beli hanya sebahagian daripada set penuh. Cukuplah untuk menguji permainan sebagai permulaan.

salah satu lego full set

macam-macam review lego di youtube


"Tau tak kenapa lego bahaya untuk adik?"
Dengan selamba dia jawab, "Tau. Nanti adik ingat coklat dia masuk mulut, makan."

"Bagus, jadi lepas main kena ke...?" ibu minta Kakak sambung ayat..
"..mas!" sambungnya
"Hah janji kemas tau!"

Ha gitulah ceritanya lebih kurang pasal Lego ni. Ibu ayah memang nak belikan tapi kena ajar supaya kemas dan tak bersepah supaya adik tak tertelan lego. Gitulah risaunya kami mula-mula. Tapi kebaikan lego ini ialah ia datang dengan macam-macam tema dan produk akan datang, cuma yang bagusnya lego lama pun boleh dipelbagaikan semula untuk cipta rekaan lain pula dan boleh digabungkan dengan tema baru.

Skill yang anak dapat :

Eh macam ibu ayah terlibat main sama ni. Nampak sangat kecik-kecik kami tak berpeluang begini. Seronok juga melayan cara pasang lego sebab sama-sama dengan anak cuba pasang ikut lembaran manual yang disertakan. Nak tahu apa lagi cerita Lego ni? Nantikan sambungannya.

No comments:

Post a Comment