Followers

Tuesday, September 3, 2013

Review Sendiri Penjimatan Petrol Kereta Hybrid


Dalam forum ada yang kata penjimatan petrol Prius C boleh capai 1 Liter untuk sehingga 27 KM..bagaimana di jalanraya Malaysia?
OK buat masa ni dah beberapa kali pergi balik Ipoh-Shah Alam, hilang lebih kurang 2 takuk (petrol level indicator) sehala. Oleh kerana kapasiti tangki minyak 45 Liter cuba katakan kita bahagi dengan 10 takuk = 4.5 Liter. Jadi 9 Liter telah digunakan untuk perjalanan 200 KM. Harga minyak semalam masih RM1.92 x 9 = RM17.28
bersamaan 1 Liter (200/9) = 22.22 KM
(bolehlah lebih kurang betul kata forum tu kut)

Penjimatan petrol juga dipengaruhi dengan cara pemanduan yang berbeza. Pemanduan yang lebih bertenang dan tidak kelam kabut menggunakan brek boleh menjimatkan petrol. (sudden stops / rapid brakes costs more fuel consumption..so in traffic jam!)

Buat perbandingan sendiri semasa menggunakan kereta lama (tanpa NGV) yang sama kapasiti 45 Liter perlu bersedia dengan full tank untuk perjalanan sejauh ini kerana akan berbaki separuh meter sahaja (kalau tak jem). Hm, sehala lebih kurang RM40 gitu. Semasa guna NGV memang jimat (RM18+ sehala) tapi perlu servis lebih dari biasa kerana enjin cepat panas (ehe enjin kereta pun memang dah lebih 7 tahun) menyebabkan minyak enjin (minyak hitam) dan air lebih cepat berkurang. Mungkin jenis NGV yang dipasang dan cuaca di Malaysia mempengaruhi keadaan ini. Serik dah. Rasanya pemandu teksi memang pakar NGV (expert) kerana ada pengalaman yang lebih luas dalam berjimat menggunakan kereta NGV. Tentu ada lebih sebab mereka setia beroperasi dengan NGV.

Berbalik kepada cerita kereta Hybrid tadi. Betulkah sebegini jimat??? Alhamdulilah mungkin Allah tunjukkan jalan permudahkan urusan orang yang berkeluarga dalam menghadapi cabaran/ujian hidup bab kenaikan harga minyak. Jadi kesimpulannya jangan hidup dalam tekanan, kadang2 perlu berubah dan keluar dari kebiasaan untuk kehidupan yang lebih baik. Ada kawan berikan pendapat bahawa Allah jadikan akal untuk kita berfikir bukan hanya untuk membangkang pemerintah. Semoga review yang diberikan sekadar berkongsi cerita positif mengenai teknologi Hybrid yang perlu diusahakan dengan jenama Malaysia lebih cepat selepas ini. Barulah boleh cerita kita memang serius kempen menyokong penjimatan bahan api, kempen Bumi Hijau dll.
Forum www.priuschat.com

Amboi makin keluar topik ni,sebenarnya jarang menulis, dan bila menulis ada sahaja nak dikaitkan dengan kempen simpan emas sebagai pelaburan keluarga. Memang ada kaitan sebab boleh jimat duit gaji untuk bayar loan kereta. Paling positif siap boleh beli kereta cash terus. Takpe kita sambung di topik lain pula. Habis dah cerita pasal kenaikan harga minyak malam tadi (20 sen kan..). Itupun kalau ada kaitan lah.

No comments:

Post a Comment