Followers

Monday, August 26, 2013

Selamat Hari Raya Kepada Yang Beraya Sebagai Pengantin Baru!

Salam raya, salam ceria di pagi Isnin bersamaan 19 Syawal 1434 Hijrah. Wah masih mood raya. Pagi tadi ada teman berborak dengan office-mate yang baru kahwin, terasa aura pengantin kembali ehehe (gatal). Mana taknya teringat pertama kali sambut puasa sebulan dan berhari raya dengan teman istimewa kan, dan pertama kali hari raya ada checklist rumah saudara mara kedua belah pihak yang mesti dikunjungi sepanjang sebulan raya. Kena bajet masa dan bajet perjalanan sebab melibatkan banyak negeri dari Ipoh turun ke Selangor turun lagi ke Johor. Nasib baik yang kat Singapura tak masuk list sebab dah jumpa di Johor ehe. Alamak jangan marah ye orang Singapura, nanti kalau ada rezeki kite sampailah juga ke sana nak juga tengok negeri orang macamana kehidupan orang Melayu di sana. Di sini saya nak tujukan hari yang ceria, SELAMAT BERHARI RAYA SEBAGAI PASANGAN KEKASIH DUNIA AKHIRAT kepada pengantin baru tak kira sanak saudara, sahabat handai, para pelanggan yang setia dan yang mengenali saya.
Norshahida Azizan, Nurhidayah Han, Norhidayah Azmi, Nursalahatul Zaida, sepupu Shida Samsudin dan lain-lain..semoga korang semua kekal bahagia dan sabar dapat mengharungi dugaan hidup berkeluarga yang sangat mencabar iman, fizikal dan mental zaman sekarang ya. Sifat manusia itu sentiasa baru, jadi sama-samalah kite sentiasalah belajar dengan orang yg lebih tua, supaya upgrade ilmu baru sebagai bekalan menjadi karakter 3 dalam 1 : seorang isteri, ibu dan anak yang solehah. amin :-)

No comments:

Post a Comment