Perkongsian cerita yang baik-baik untuk ibu dan anak dan semua yang ibu sayang. Jom sama-sama menulis demi pandaikan bangsa dan kekal Stylo gitu!
Followers
Wednesday, September 4, 2013
Resipi Kuah Soto
Resipi Kuah Soto
Alhamdulilah habis licin kuah soto untuk jamuan hari raya pejabat hari ini. OK sekadar berkongsi resipi dari mak tercinta, orang dari Jawa Tengah yang pakar masak memasak. Mak kata semua orang pandai buat sup ayam tapi untuk buat kuah soto ayam bukan semua orang mahir dan rajin. Tak jadilah soto kalau kuah cair dan tak cukup rasa. Gunakan bahan2 asli dan bumbu (rencah) perlu ditumbuk dengan lesung baru ramuan sebati. (Haa jangan terfikir cengkelat shortcut nak blender semua bumbu..) Diringkaskan cerita, soto juga sejenis sup ayam yang cara buatnya ada orang panggil "tumis darat" sebab bumbu ditumis berasingan baru masukkan ke dalam sup hasil air rebusan ayam. Cara tumis darat ni juga sesuai untuk buat sup daging. Mari kita tengok resipi untuk bajet seekor ayam.
Langkah 1 (Rebus ayam untuk dapatkan stok ayam asli)
Mula-mula bersihkan ayam dan rebus. Tambahkan sedikit garam sebab kita nak gunakan isi ayam untuk bahan hidang. Jadi taklah tawar sangat rasa isi ayam. OK sambil rebus sediakan bumbu tumbuk berikut. Nanti kalau ayam dah empuk boleh keluarkan, tos dan sejukkan isi ayam sebelum dicarik-carik. Ada lagi cerita semasa merebus ayam ni. Semasa mendidih biasanya akan kelihatan buih rebusan. Yang ni bolehlah sudukan dan buang kalau nak dapatkan sup yang jernih.
Langkah 2 (Sediakan bumbu tumbuk)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah atau 5 ulas bawang besar (jimat sikit ehe)
Cara tumbuk pun ada aturannya.
Mulakan dengan kunyit hidup, pastikan benar2 lumat.
Kemudian diikuti ketumbar dan jintan.
Kemudian halia.
Kemudian bawang putih.
Akhir sekali settle-kan bawang merah.
Setelah selesai sediakan bumbu, bolehlah panaskan minyak dalam kuali dan tumis bumbu dengan api perlahan dan kacau. Tumis sehingga naik bau atau bawang pecah minyak (menghasilkan minyak sendiri). Biarkan bumbu nampak mendidih seketika untuk pastikan bumbu benar2 masak. (Boleh tambah sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis kalau suka tapi tak tambah pun dah ok)
Kemudian tuangkan bumbu tadi ke dalam sup rebusan ayam. Masak atas api sederhana seketika dan kacau. Tambahkan 2 batang serai yang diketuk. Tambahkan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit sahaja hirisan daun bawang dan daun sup untuk menaikkan aroma. OK dah siap kuah soto.
Langkah 3 (Sediakan bahan hidang)
Ketupat/nasi impit
Isi ayam yang sudah dicarik/hiris
Suhun goreng
Hiris nipis daun bawang
Hiris nipis daun sup atau daun ketumbar
Bawang goreng
Taugeh yang telah dicelur
Sambal kicap
Begedil jika suka
Kacang goreng jika suka
Cara hidang ialah dengan ambil bahan hidang ikut citarasa ke dalam mangkuk, kemudian baru siram dengan kuah soto. Banyak mana bahan hidang terpulanglah kepada citarasa orang yang nak makan. Sebab itu kita sediakan bahan hidang berasingan sebab ada orang suka aroma daun bawang lebih, ada orang skip daun bawang pula. Begitu juga bahan-bahan lain. Sampai sini sahaja resipi turun temurun. Rasanya macam takde yang tertinggal, kalau ada saya akan update lah resipi ni. Kalau ada yang nak ubahsuai pun apa salahnya. Cuma apa yang saya nak sampaikan ialah kalau nak kembali kepada rasa tradisi gunakan bahan asli seperti kunyit hidup tadi yang dah tentu takde pengawet atau pewarna. Tapi bab ayam ni susah sikit nak cakap asli sebab ayam pun dah "dimodify" supaya cepat besar boleh dijual cepat. Takpelah yang ni cerita lain asalkan tahu jangan bergantung kepada ayam untuk dapatkan protein semata-mata, selalu selang-seli hidangan dengan sumber makanan yang pelbagai ya. Oh ya sup soto ini boleh juga dimakan dengan bihun atau mi, tentu lebih sedap berbanding sup biasa yang kita gunakan rencah sup segera kan. Cuba try test ehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment