Followers

Monday, July 29, 2013

Perkongsian ilmu kesedaran penawar kanser - part 2

Ceramah kesedaran kanser dan penawar b17 nampaknya menarik minat ramai peserta yg hadir untuk bertanya banyak soalan tentang pemakanan, apa nasihat utk pesrta dan ahli keluarga yg sedang mengidap kanser dll.

soalan tentang fibroid dan cyst juga diketengahkan. jawapannya mudah, iaitu dinasihatkan berjumpa dgnnya buat blood test sekali lagi dengan prof supaya prof dapat mencari cara membuang "akar" kanser

Tapi ada satu soalan tentang "adakah penyakit tiroid juga kanser dan bolehkah diubati". soalan ini membuatkan saya rasa nak naik ke pentas dan tolong jawab soalan kakak tu, "Ya ia boleh diubati.." haha tapi takpelah prof syed putra dah tolong jawab dia pun boleh bantu sembuhkan tiroid..ehe mungkin saya sekadar berkenalan dgn kakak ni dan brkongsi ilmu membuka minda dia utk cari penawar selain hospital moden. mungkin ini saja yg saya mampu kongsikan dgn dia.takut terkejut pula dgn saya yg trlebih excited nak tolong dia. doa semoga berjodoh ubat lah hendaknya.amin..
0126655549

Perkongsian ilmu kesedaran penawar kanser - part 1

Ceramah penyelidikan b17 untuk kebaikan manusia sejagat, oleh Prof. tuan syed putra mier
nota kuliah yg sempat disalin : alahai ruginya takde video cam suk



- ade berapa jenis kanser ? = 215 or more..
- kenapa ramai berpotensi kanser? = fakta mudah kerana makan ayam,ikan dlm sangkar! daging dari ternakan makan pallet
- vitamin b17 ade dlm banyak buah2..bukan
- pesakit kanser takboleh makan kebanyakan sumber protein.. ayam,daging,ikan,telur,kenapa? sebab dalam makanan itu ade "vitamin" utk kanser!
- vitamin b17 yg dijadikan penawar ini ialah ekstrak dari biji aprikot khusus dari negara kunsa,sebuah negara yg takde penyakit dimana penduduknya panjang umur hingga 100tahun+

Thursday, July 25, 2013

Kesedaran Kanser Dan Penawar Sebenar Vitamin B17 Dalam Seminar Puspanita Selangor

Nak update cerita mengenai adanya penawar kanser dibuat dari biji aprikot iaitu Vitamin B17. Ini ialah tambahan kepada cerita lepas di sini. Hari ini nak kongsi adanya perjuangan di Malaysia supaya seluruh muslimin dan rakyat Malaysia berpaling kepada kaedah rawatan Suntikan Vitamin B17 yang halal. Harapan saya semoga ada yang membaca dan seterusnya menyampaikan kepada kenalan yang menderita kanser supaya sama-sama membaca cerita lanjut di website berikut http://www.vitamin-b17.com.my

Kepada kakitangan Pejabat SUK Selangor, kalau nak tahu Puspanita Negeri Selangor akan menganjurkan seminar mengenai kesedaran kanser dan rawatan islam pada hari Isnin, 29 Julai 2013 jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Shah Alam. Katanya tempat terhad..takpelah kalau kerusi terhad, saya rela duduk kat lantai asalkan dapat dengar sendiri perkongsian ilmu yang sangat ditunggu-tunggu ni demi kebaikan umat sejagat. Syukur kerana pihak Puspanita terbuka untuk menganjurkan seminar ini sebagai majlis ilmu terbaik untuk semua, tambahan pula berlangsung pada tanggal 20 Ramadhan yang mulia. Semoga yang akan hadir nanti dapat keberkatan dalam majlis ilmu ini dan menyebarkan kemujaraban kaedah suntikan B17. Ceramah akan dimulakan dengan realiti rawatan moden dan seterusnya memperkenalkan rawatan islam yang seharusnya dicari oleh muslimin muslimat. Penceramah adalah dari Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Bukankah mencari yang halal itu fardhu. Walaupun halal dalam perubatan dibahaskan menjadi harus tapi sebaiknya kita yakin perjuangan logo Halal oleh JAKIM itu bukan sekadar logo ya.

Baiklah sampai sini dulu. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal :-)

Tuesday, July 23, 2013

Kedai Emas Syifa Jewellery Dibuka..Barangan Cantik Dan Mampu Milik

Kedai Emas Syifa Jewellery Dibuka 2013
Salam bahagia. Satu lagi peluang dan cara membeli emas yang mampu milik dan cantik-cantik. Jom serbu kedai emas ni selagi harga masih stabil hari ini! Kedai pertama sudahpun dibuka di AEON Big Bukit Rimau, Shah Alam.
Berkongsi gembira dengan cerita impian mentor yang sudah menjadi kenyataan, cikgu Azrul si Jutawan GSR. Amboi impian saya dan suami jugaklah untuk bergambar di kedai emas sendiri..cikgu doakan saya jugak!! http://www.jutawangsr.com/2013/06/kedai-emas-syifa-jewellery.html

Friday, July 19, 2013

Kereta Hybrid Toyota Dengan Enjin Hybrid Synergy

logo Hybrid Synergy Drive dari Toyota

Pinjam logo Hybrid Synerg daripada Toyota. Ini antara pilihan kereta di Malaysia untuk penjimatan minyak dan bersesak setiap hari di bandar. Baby Prius ini dikenali dengan Prius C (C untuk city/bandar) sesuai untuk berulang alik ke tempat kerja dan keluarga kecil. Kereta ini juga mesra alam sekitar kerana menggunakan bateri untuk perjalanan serendah 40 KM (nak cerita dalam keadaan jem atau sesak lah ni). Dari pengalaman menggunakan kereta Proton - kereta karburetor atau fuel-injection memang menggunakan lebih petrol dalam kesesakan trafik atau setiap kali menggunakan brek secara berterusan. Cuba dulu kemudian boleh kongsi cerita dalam forum priuschat.com

Toyota Prius C 2013 Di Malaysia

Wednesday, July 17, 2013

Bunuh sel kanser dengan suntikan vitamin B17



Biji aprikot kini menjadi perhatian dan dicari kerana mengandungi vitamin B17 yang terbukti membunuh sel kanser. Doktor tak pernah bagitau? Tentulah..mungkin ia rahsia persatuan kedoktoran..tapi biarlah kita katakan bahawa ubat ini ada, cuma terpulang kepada yang ingin mencarinya. Mungkin MAKNA juga tahu tapi pendirian mereka mungkin kepada kaedah moden. Tindakbalasnya dikatakan sangat kuat dan kesannya sel kanser semakin berkurangan. Rupa biji aprikot seperti kacang badam tapi lebih kecil. Rasanya memang pahit sehingga carian di internet kita akan jumpa "bitter seed" atau "bitter almond". Ya saya pernah makan memang macam kacang badam tapi pahit. cuma makan terus sebegini sekadar bagus untuk makanan tambahan harian. Kadang-kadang boleh beli di bazar jualan di Masjid Negeri, Shah Alam. Bagi pesakit kanser mereka lebih berjaya dirawat dengan suntikan vitamin B17.

Rawatan alternatif selalu dikaitkan dengan keadaan terdesak apabila pihak hospital dah suruh waris bawa balik pesakit ke rumah kerana sudah tidak boleh diubati. Dalam kes kanser selalunya pesakit akan diberitahu sekarang di peringkat berapa, iaitu paling ditakuti ialah peringkat 4 (final stage!) Cuba tajamkan minda semula dengan mencari maklumat kandungan ubat apa yang diberikan selama ini yang tak menyembuhkan malah menyebabkan semakin kronik atau muncul penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang. Berubat bukan sekadar mencari hospital terbaik dan selesa tapi mencari penawar yang mujarab. Kali ini ingin berkongsi fakta kepada pesakit kanser yang baru atau dah peringkat mana pun. Mereka bolehlah berpaling kepada pencarian penawar yang disorok dari umum selama ini : suntikan vitamin B17. Terima kasih kepada perkongsian ilmu di blog dan internet mengenai vitamin B17 dari biji buah aprikot. Ya, penawar ini sudah lama sampai di bumi Malaysia. Juga sudah berada di lembah Klang. Dari masa ke semasa semakin ramai yang sembuh tapi masih belum diketengahkan media televisyen utama. kerana apa agaknya? Terima kasih kepada satu-satunya media yang berani ketengahkan fakta adanya vitamin B17 dari biji aprikot ini iaitu astro oasis beberapa tahun dulu. Sekali itulah juga siaran yang saya tonton terus membuka minda bahawa hospital hanya tempat untuk menjalani pemeriksaan berkala atau diagnosis kerana adanya peralatan moden dan fakta klinikal (bacaan ujikaji) boleh diperolehi. Program-program kesedaran dan cara promosi secara kumpulan sasar sudah sampai kepada jabatan-jabatan kerajaan dan sudah ramai yang menyebarkan kepada kenalan dan ahli keluarga yang kebetulan sakit kanser. Kalau nak tahu contactnya boleh tinggalkan komen/mesej saya. Nanti saya cuba tanyakan kawan yang dah pernah pergi ke tempat perubatan itu.

Semoga lebih ramai yang akan bebas kanser..seperti saya yang bebas hypertiroid. Perasaannya? Rasa sangat bagus dan bersyukur! terutama kerana tak perlu menyusahkan encik suami berulang alik ke hospital dan ahli keluarga yang turut bersusah hati :-) Salam istiqamah dalam berubat ya!

Selamat berhari raya dengan tudung express XL, XXL

Salam bahagia. Amboi baru seminggu berpuasa dan tak sabar nak shopping baju raya kan..mengaku ajelah wahai kaum kaum ibu ehehe. Dalam perjalanan pergi balik kerja pun dah nampak pelbagai bunting iklan promosi hari raya digantung..kawasan Shah Alam tengah berlambak iklan kain baju siap Jakel dan macam-macam butik lagi. Pusat membeli belah utama pun dah mulakan bazar raya mereka untuk kita cuci mata riki harga dan fesyen terkini. Kalau ada kesempatan berinternet pun sama juga akan jumpa pelbagai promosi dari butik online atau orang perseorangan. Tabik kat peniaga bumiputera yang dah semakin membuka mata dan minda menjadikan internet bahan promosi terbaik mereka. Saya pun berangan juga nak buat kedai virtual nih ehehe doakan saya ya. Cerita hari ini tentang nak menambah koleksi tudung express kita yang akan terdiri dari tudung bersaiz XL dan XXL. Dulu saya tak tahu bagaimana nak mencari saiz tudung express ni dan sekadar tengok jenis kain dan warna yang cantik. Tapi sejak bercita-cite nak mensopankan diri barulah bertanya kepada kedai mana yang saiz XL dan XXL yang cantik sebab labuh la :-) Itu aje moral of the story pagi ni..jangan mara..

Ni contoh kalau cari kat images.google.com
contoh gambar tudung labuh dari internet

Sebenarnya dah jumpa kedai tudung dan baju muslimah yang paling dekat dan murah dengan tempat kerja saya..haha kasi free iklan kat diorang..takpelah asalkan kawan-kawan pun dapat untung kerana boleh lihat sendiri harganya jauh lebih murah dari Kompleks P**S, dan lain-lain. Nama kedainya ZnZ terletak sederet dengan restoran soto seksyen 8 shah alam. Memang dah lama berniaga di situ dan sudah ramai pelanggan tetapnya. Kiranya saya ni pelanggan baru lah walaupun dah lama jadi warga Shah Alam. Tudung express disusun ikut saiz, kalau nak cepat boleh tanya di mana pilihan S,M,L,XL,XXL atau tengok sendiri label di bawah kelepet tudung bahagian depan selalunya tertera nama design dan saiz, contohnya Nur Kasih saiz XL..dengan adanya label sebegini bagus untuk pelanggan mencari dan belek sendiri. Saya ni tak suka bersesak dan berlama-lama di gedung besar buat letih kaki dan menggalakkan duit keluar erks.. Selepas dah tahu kedai ni murah saya tak mudah terpedaya dengan iklan butik tudung terkini sebab apabila cuba sendiri memang tak berbaloi sebab tudung S,M, sahaja harga atas RM50..pendek pula tu..Saya pun cuba cari gambar dan maklumat kedai ni di internet tak ramai yang cerita mengenai harganya yang saya rasa berpatutan. Tudung XL dan XXL memang banyak yang cantik-cantik, tak macam dulu kalau kata labuh selalunya kosong/plain aje kan. Boleh dapat bawah RM30 (itu bajet saya lah) kalau ambil banyak mungkin boleh tawar lagi. Kalau boleh raya ini kalilah kita mula berfesyen labuh yang cantik dan masih ibu bekerja yang stylo. Tentu cik abang suka!

Monday, July 15, 2013

Bazar Ramadhan Semua Dalam Satu Tempat - Restoran Soto Seksyen 8 Shah Alam

Salam Ramadhan ke-6 bagi tahun 2013.. Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan memperoleh keberkatan Ramadhan. Amboi panjang tajuk cerita hari ini. Bukannya apa, senang kawan-kawan nak cari di mana tempat cari tapau yang sesuai kalau tak berkesempatan ke pasar/bazar Ramadhan. Ini sekadar berkongsi tempat yang sesuai untuk para ibu bekerja yang berada di sekitar pusat bandar Shah Alam, yang tak punya banyak masa dan berhajat nak singgah sekejap tapi dapat semua lauk dan juadah berbuka, di satu tempat sahaja. cepat pergi cepat balik..Ramai juga yang tak suka bersesak di pasar selepas waktu kerja kan, sebab waktu 5.00 petang ke atas memang susah cari parking dan susah nak pilih gerai terbaik. Kalau memang tengah free sengaja nak jalan-jalan bolehlah meronda satu pasar, kalau ada masa nak juga meronda di bazar terbesar Shah Alam iaitu di Stadium Shah Alam..walaupun popia goreng berharga RM1 ada saje peminatnya yang beli..hm ayam golek RM19 seekor di sana, semasa di seksyen 17 dapat RM17 seekor..:-) Cerita bazar stadium dah ramai orang cerita takpelah saya cerita Restoran Soto ni sebab dekat dengan tempat kerja dan semuanya ada di situ. 

Restoran soto memang terkenal di kalangan orang yang bekerja di sekitar pusat bandar shah alam. Landmark yang senang nak ingat ialah ikut traffic light ke arah Bukit Cerakah, tapi belok ke kanan ke arah surau Seksyen 8. Kedainya berada di deretan tengah yang menghadap rumah flat. Parking ketika waktu puncak orang balik kerja maklum sajalah kawasan kedai dan rumah flat memang kena sabar, boleh parking sekejap di tepi jalan yang sesuai atau masuk kawasan parking flat. 

Restoran soto seksyen 8 shah alam


Sempena bulan Ramadhan 2013, mereka buka kedai dari jam 2.30 petang, siap ada 2 kaunter bayaran dibuka. Kalau tak silap kedai ni terdiri dari 3 lot kedai kut sebab itu kedai sangat besar, dan nak dijadikan cerita sekadar menulis pilihan yang ada di sana. Kenapa saya kata cepat pergi cepat balik? Sebab pilihan juadah diasingkan ikut barisan meja/gerai berikut, dan ada ramai pekerja untuk bantu pelanggan membungkus :-

Soto - pilihan nasi impit/bihun/mi - peminat setia selalu mintak bergedil lebih
Nasi ambeng - pilihan ayam/ikan - RM5.50 sebungkus
Nasi kerabu/nasi dagang
Ikan bakar - mereka dah siap bakar banyak dah memang tak perlu tunggu lama
Kuih muih - pelbagai kuih loyang, kuih goreng, pelbagai keluarga lepat, lopes (tu saya punya favourite) dan macam-macam lagi
Bubur manis - bubur kacang, pengat pisang dan macam2 lagi ada
Lauk pauk - terlalu banyak pilihan masakan goreng/berkuah/sambal - dari ikan, telur, daging, ayam, sotong - bayangkan hari biasa restoran ni ada 1 barisan lauk, musim Ramadhan ni jadi 3 barisan. hm sotong goreng tepung pun ada tinggal ceduk
Pecal
Roti canai
Ada yang free = pisang..maka ambiklah seulas dua ihsan tuan kedai :-) haha

Jadi pandai-pandailah bajet ya, maklumlah harga dan kualiti terpulang kepada keputusan kita sebagai pembeli yang bijak. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kaum ibu, ayah, bakal ibu dan kepada anak-anak yang baru belajar berpuasa. Semoga bahagia selalu keluarga sakinah!

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan 2013

Selamat tengok perisytiharan puasa malam ini kerana petang ini tengok anak bulan kan. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun masihi 2013, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, tak kira di mana jua berada. Kepada pembaca setia Blog Styloibu, ini promo web-banner untuk korang dengan teks Ramadhan Kareem. Cantik kan..korang nak jugak? (Saiz asal web-banner ni 800 x 300 pixel)

Friday, July 5, 2013

Dari Blog Emas Borong : SAYA TERPAKSA DAPAT

Baca lagi Blog partner Perkongsian Ilmu menarik di sini : Emas Borong 999 dan 916: SAYA TERPAKSA DAPAT Bisnes yang takkan rugi ialah berniaga emas dan perak fizikal kerana stok itu semakin lama simpan semakin bernilai dan tidak rosak/basi/ape lagi..
Add caption

Kereta Elektrik Di Malaysia

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Berangan sekejap dengan cerita kereta elektrik di Malaysia sebab masih unik dan kagum dengan teknologi enjin Hybrid yang katanya merupakan kereta elektrik yang menjimatkan minyak kerana ada bateri menyimpan tenaga untuk bergerak dalam pada kelajuan rendah. Kereta yang kerap terjumpa di jalanraya sekarang pun antara saingan Toyota Prius Hybrid dan Honda Hybrid..alamak makcik tak alert model kereta elektrik yang lain tapi bolehlah baca kat label kereta tu tulis perkataan Hybrid ehehe. Dari borak-borak dan baca forum kereta di internet ada komen yang kata Hybrid keluaran Toyota yang terbaik dan terbukti jimat minyak. Kenapa dan di bumi mana buktinya tak jumpa lagi. Agaknya kita kena pakai sendiri baru boleh cerita betul ke jimat kan, sebab keperluan kita berbeza, ada yang perlu travel jauh untuk ke tempat kerja setiap hari, ada yang tersangkut dalam jem lebih lama dari jarak sebenar ke tempat kerja, ada yang perlu kerap melawat ibu bapa sanak saudara yang jauh-jauh. Semua kiraan jarak dan cara pemanduan akan menghasilkan jimat atau tidak yang berbeza. Mungkin di negara asal kereta tu, Jepun, dah terbukti jimat..nanti kena banding juga bentuk muka bumi di Malaysia..lebih-lebih lagi pusat bandar di Lembah Klang banyak berbukit, banyak Highway, banyak flyover, banyak tol, banyak u-turn ehe..Buat masa ini Proton masih dengan projek prototaip lagi, dari sidang akhbar katanya akan dipasarkan pada tahun 2014 siap ada model kereta dan bas. Agak-agak berapa harganya nanti kan, adakah harganya setanding harga Prius C sekarang yang siap dengan 7 airbags! (saya suka ciri-ciri ini..)

//Rujukan berita Kereta Proton Saga Elektrik 2014 dari beritaharian sini
//Rujukan kereta Prius C dari facebook page
//Rujukan kereta Prius C Malaysia dari arenakeretadotcom

Setiap hari kita perlu gunakan kereta, dan setiap hari juga kita berharap harga minyak petrol tak naik lagi. Sebab sekali harga naik, perlu merancang bajet yang baru kerana harga barang juga akan naik mendadak. Pencemaran karbon daripada asap kenderaan juga tak terbendung lagi menambahkan kepadatan bacaan Jerebu akibat kebakaran hutan baru-baru ini, kesan dari bilangan kereta semakin padat di jalanraya setiap hari, akibatnya semua golongan miskin kaya sama-sama sedut habuk jerebu kan. Hakikat kereta elektrik sebagai solusi Teknologi Hijau masih mahal dan alangkah bagusnya kalau ia lebih murah lagi. Jom berangan.
Kasi Test Power dulu si comel Prius-City ni kat mana2 showroom...tahukah kita boleh booking testdrive kat website terlebih dahulu jika perlu : Rujukan Book A Testdrive Toyota sini

warna merah unik sebab macam dark pink -yang sesuai untuk ibu! wah ayah jangan jeless :-)

warna orange pun cantik juga, kalau masuk bodykit TRD lagi pergh!

Enjin tentu ambik masa nak belajar faham fungsinya sebab Hybrid masih baru lagi

Gambar kiri ialah panel skrin pada Dashboard kita boleh tengok  bateri yang sedang caj ketika kereta bergerak..barulah tahu apa berlaku dalam enjin semasa memandu kan..Gambar kanan ialah Power button untuk start kereta sebab kereta ni tak perlu kunci ya!


Thursday, July 4, 2013

Ramadhan dan waktu lapang - membuat sampul duit raya

Kongsi cerita dari blog Design saya untuk pengikut setia di blog Styloibu : klik tajuk ni untuk cerita penuh
Tajuk : Ramadhan dan waktu lapang - membuat sampul duit raya.:
Salam bahagia. Sempena bulan RAMADHAN 2013 yang bakal tiba..tentu dah terbayang banyak masa lapang kerana selama ini banyak mengisi masa-masa...