Salam Jumaat, penghulu segala hari. Berangan sekejap dengan cerita kereta elektrik di Malaysia sebab masih unik dan kagum dengan teknologi enjin Hybrid yang katanya merupakan kereta elektrik yang menjimatkan minyak kerana ada bateri menyimpan tenaga untuk bergerak dalam pada kelajuan rendah. Kereta yang kerap terjumpa di jalanraya sekarang pun antara saingan Toyota Prius Hybrid dan Honda Hybrid..alamak makcik tak alert model kereta elektrik yang lain tapi bolehlah baca kat label kereta tu tulis perkataan Hybrid ehehe. Dari borak-borak dan baca forum kereta di internet ada komen yang kata Hybrid keluaran Toyota yang terbaik dan terbukti jimat minyak. Kenapa dan di bumi mana buktinya tak jumpa lagi. Agaknya kita kena pakai sendiri baru boleh cerita betul ke jimat kan, sebab keperluan kita berbeza, ada yang perlu travel jauh untuk ke tempat kerja setiap hari, ada yang tersangkut dalam jem lebih lama dari jarak sebenar ke tempat kerja, ada yang perlu kerap melawat ibu bapa sanak saudara yang jauh-jauh. Semua kiraan jarak dan cara pemanduan akan menghasilkan jimat atau tidak yang berbeza. Mungkin di negara asal kereta tu, Jepun, dah terbukti jimat..nanti kena banding juga bentuk muka bumi di Malaysia..lebih-lebih lagi pusat bandar di Lembah Klang banyak berbukit, banyak Highway, banyak flyover, banyak tol, banyak u-turn ehe..Buat masa ini Proton masih dengan projek prototaip lagi, dari sidang akhbar katanya akan dipasarkan pada tahun 2014 siap ada model kereta dan bas. Agak-agak berapa harganya nanti kan, adakah harganya setanding harga Prius C sekarang yang siap dengan 7 airbags! (saya suka ciri-ciri ini..)
//Rujukan berita
Kereta Proton Saga Elektrik 2014 dari beritaharian sini
//Rujukan
kereta Prius C dari facebook page
//Rujukan
kereta Prius C Malaysia dari arenakeretadotcom
Setiap hari kita perlu gunakan kereta, dan setiap hari juga kita berharap harga minyak petrol tak naik lagi. Sebab sekali harga naik, perlu merancang bajet yang baru kerana harga barang juga akan naik mendadak. Pencemaran karbon daripada asap kenderaan juga tak terbendung lagi menambahkan kepadatan bacaan Jerebu akibat kebakaran hutan baru-baru ini, kesan dari bilangan kereta semakin padat di jalanraya setiap hari, akibatnya semua golongan miskin kaya sama-sama sedut habuk jerebu kan. Hakikat kereta elektrik sebagai solusi Teknologi Hijau masih mahal dan alangkah bagusnya kalau ia lebih murah lagi. Jom berangan.
Kasi Test Power dulu si comel Prius-City ni kat mana2 showroom...tahukah kita boleh booking testdrive kat website terlebih dahulu jika perlu :
Rujukan Book A Testdrive Toyota sini
|
warna merah unik sebab macam dark pink -yang sesuai untuk ibu! wah ayah jangan jeless :-) |
|
warna orange pun cantik juga, kalau masuk bodykit TRD lagi pergh! |
|
Enjin tentu ambik masa nak belajar faham fungsinya sebab Hybrid masih baru lagi |
|
Gambar kiri ialah panel skrin pada Dashboard kita boleh tengok bateri yang sedang caj ketika kereta bergerak..barulah tahu apa berlaku dalam enjin semasa memandu kan..Gambar kanan ialah Power button untuk start kereta sebab kereta ni tak perlu kunci ya! |
No comments:
Post a Comment