Salam Ramadhan ke-6 bagi tahun 2013.. Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan memperoleh keberkatan Ramadhan. Amboi panjang tajuk cerita hari ini. Bukannya apa, senang kawan-kawan nak cari di mana tempat cari tapau yang sesuai kalau tak berkesempatan ke pasar/bazar Ramadhan. Ini sekadar berkongsi tempat yang sesuai untuk para ibu bekerja yang berada di sekitar pusat bandar Shah Alam, yang tak punya banyak masa dan berhajat nak singgah sekejap tapi dapat semua lauk dan juadah berbuka, di satu tempat sahaja. cepat pergi cepat balik..Ramai juga yang tak suka bersesak di pasar selepas waktu kerja kan, sebab waktu 5.00 petang ke atas memang susah cari parking dan susah nak pilih gerai terbaik. Kalau memang tengah free sengaja nak jalan-jalan bolehlah meronda satu pasar, kalau ada masa nak juga meronda di bazar terbesar Shah Alam iaitu di Stadium Shah Alam..walaupun popia goreng berharga RM1 ada saje peminatnya yang beli..hm ayam golek RM19 seekor di sana, semasa di seksyen 17 dapat RM17 seekor..:-) Cerita bazar stadium dah ramai orang cerita takpelah saya cerita Restoran Soto ni sebab dekat dengan tempat kerja dan semuanya ada di situ.
Restoran soto memang terkenal di kalangan orang yang bekerja di sekitar pusat bandar shah alam. Landmark yang senang nak ingat ialah ikut traffic light ke arah Bukit Cerakah, tapi belok ke kanan ke arah surau Seksyen 8. Kedainya berada di deretan tengah yang menghadap rumah flat. Parking ketika waktu puncak orang balik kerja maklum sajalah kawasan kedai dan rumah flat memang kena sabar, boleh parking sekejap di tepi jalan yang sesuai atau masuk kawasan parking flat.
Restoran soto seksyen 8 shah alam |
Sempena bulan Ramadhan 2013, mereka buka kedai dari jam 2.30 petang, siap ada 2 kaunter bayaran dibuka. Kalau tak silap kedai ni terdiri dari 3 lot kedai kut sebab itu kedai sangat besar, dan nak dijadikan cerita sekadar menulis pilihan yang ada di sana. Kenapa saya kata cepat pergi cepat balik? Sebab pilihan juadah diasingkan ikut barisan meja/gerai berikut, dan ada ramai pekerja untuk bantu pelanggan membungkus :-
Soto - pilihan nasi impit/bihun/mi - peminat setia selalu mintak bergedil lebih
Nasi ambeng - pilihan ayam/ikan - RM5.50 sebungkus
Nasi kerabu/nasi dagang
Ikan bakar - mereka dah siap bakar banyak dah memang tak perlu tunggu lama
Kuih muih - pelbagai kuih loyang, kuih goreng, pelbagai keluarga lepat, lopes (tu saya punya favourite) dan macam-macam lagi
Bubur manis - bubur kacang, pengat pisang dan macam2 lagi ada
Lauk pauk - terlalu banyak pilihan masakan goreng/berkuah/sambal - dari ikan, telur, daging, ayam, sotong - bayangkan hari biasa restoran ni ada 1 barisan lauk, musim Ramadhan ni jadi 3 barisan. hm sotong goreng tepung pun ada tinggal ceduk
Pecal
Roti canai
Roti canai
Ada yang free = pisang..maka ambiklah seulas dua ihsan tuan kedai :-) haha
Jadi pandai-pandailah bajet ya, maklumlah harga dan kualiti terpulang kepada keputusan kita sebagai pembeli yang bijak. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kaum ibu, ayah, bakal ibu dan kepada anak-anak yang baru belajar berpuasa. Semoga bahagia selalu keluarga sakinah!
No comments:
Post a Comment