Followers

Thursday, December 27, 2012

Sophie in da house!

Wah seronoknya ibu dah jadi ahli Sophie.. MB0046452K07
Mana taknya, sekali daftar terus dapat diskaun 20% dan keahlian seumur hidup. Ini ialah contoh bagaimana memilih syarikat mlm yang bijak, kita untung kerana diskaun itu berterusan dan tak perlu bayar yuran tahunan atau maintain points :-) Contoh paling senang kalau harga RM10 kita bayar RM8 aje. Gitu ler contoh 20% tu..untung kan. Lagi untung kalau ibu ibu buat jualan lah dapat komisen kerana mengedarkan bagi pihak syarikat. Dapatlah duit tambahan untuk keluarga kan. Kaum keluarga pun bolehlah gunakan keahlian ni kalau  kadang-kadang teringin nak membeli.

Satu lagi kelebihan saya memilih syarikat ini kerana adanya katalog online (yang penting selalu terkini lah). Sekarang dengan teknologi internet, kita boleh pilih nak belek katalog bercetak atau online saja. Kelebihan kepada pengedar yang bekerja dan jarang keluar rumah seperti saya, bolehlah berikan link katalog supaya ibu ibu belek dari tablet masing2 sambil menjaga anak atau bekerja..

Katalog penuh belek secara Flipbook kat http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html

katalog sophie versi online

Promosi set tali pinggang dan beg duit lelaki

Katalog kali ini saya rasa best ialah muka surat 90 ada promosi untuk set tali pinggang 2 kaler & wallet. Tali pinggang boleh terbalikkan pakai kaler coklat atau hitam (reversible). Mungkin ada yang suka stylo begini tentunya jimat kan. Cuma RM165..cepat pm sementara stok masih ada. Datang dalam kotak yang kemas boleh dijadikan hantaran (buka dan letak reben aje dah nampak ekslusif) atau hadiah kepada suami tersayang :-) "Selamat bergaya di tahun baru 2013 abang sayang dengan set Ivano yang macho ini" - cewah menjadi tak review ni.

Ada banyak lagi syarikat mlm Malaysia yang menawarkan keahlian sebegini yang kita boleh sama-sama bantu ke arah kempen perbanyakkan bisnes online kita Malaysia. Komen saya tentang Sophie ialah supaya banyakkan lagi kedai stokis (tempat nak ambil barang) supaya pengedar dapat ambil barang dekat sikit DAN banyakkan stok supaya kalau terlepas tarikh katalog promosi pun barang ada lagi. Lagi best kalau dekat dengan tempat kerja saya..

Pesanan berharga : Kepada yang terus serius berbisnes, tak kira sambilan atau sepenuh masa, ingatlah supaya duit hasil keuntungan berniaga ini terus ditukar kepada emas, kalau duit akan susut nilainya. Katakan bulan ini sekadar untung RM200 sudah boleh terus membeli 1 gram cincin (harga hari ini). Kerana emas tidak boleh dimanipulasi oleh sebarang kuasa pemerintah dunia maka nilainya meningkat sekitar 37% setahun. Haa belajarlah mengira berapa keuntungan korang kalau simpan duit tadi dan (vs) emas tadi dalam tempoh 10 tahun. Eh jangan laburkan pada saham atau scam emas ya, emasnya tak dapat (jualbeli yang tiada barang atau 'ain) kang duit lesap pula (kesian ke padanmuka). Biar emas itu ada di tangan supaya boleh guna untuk jadi modal bisnes akan datang tanpa meminjam bank yang sememangnya tak lari dari riba'. Mari perbetulkan jalan rezeki supaya berada di landasan syariah demi keluarga yang Sakinah. Perjuangan ini untuk diri sendiri, keluarga, agama dan seterusnya Malaysia tercinta.

Yaa sekian Review daripada saya kali ini. Selamat maju jaya juga kepada adik-adik, ibu ibu sesiapa yang baru tahu peluang bisnes ini.

Friday, December 7, 2012

Buku Mewarna Kanak-Kanak (Print Version)

Dikongsikan beberapa website untuk mencari gambar atau ilustrasi kosong (yang free) untuk kita download dan kumpulkan buat sendiri buku mewarna. Maklumlah cuti sekolah panjang lagi, apa kata teruskan aktiviti "motor" tangan dan imaginasi anak-anak dengan memberikannya "tempat" untuk "berkarya". 

Sebaiknya download saiz asal yang besar supaya cantik apabila dicetak sebagaimana kita beli di kedai, baru puas hati. Ini contoh di mana kita boleh 

1. Gambar kartun popular di sini : http://1coloring-pages.com
2. Lain-lain gambar boleh cari melalui http://images.google.com dengan carian contoh : "free drawing coloring pages" dan lain-lain

Saya pun ada kumpulkan untuk dijadikan buku mewarna. Kalau nak Download Buku Mewarna (PDF) saya pun boleh (takde copyright, bolehlah kita berkongsi)
Setiap gambar di bawah muat untuk 1 page kertas A4. Jadi saya buatkan 8 page supaya boleh print depan-belakang (untuk 4 helai kertas A4). Semoga berguna kepada korang yang menjadi urusetia hari keluarga atau pertandingan mewarna ya :-)










Tapi ibu ayah sekalian perlu berhati-hati juga ya memilih gambar atau karakter kartun yang baik-baik untuk anak-anak ok. Sampai jumpa lagi.

Monday, November 26, 2012

Kereta Bateri Ride-On-Car

"Papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah...pon pon!!marilah adik mari naik!"

ride-on-car
Cerita gambar ni:-
Si comel Nafisah berusia 2 tahun bersama kereta bateri berwarna merah. Posing (berbaju kurung balik dari kenduri kahwin) untuk tunjukkan saiznya lebih kurang macam ni lah. Berbaloi beli sebab boleh caj berulang kali dan naik puas2; kalau sewa 10 minit kat pasaraya lebih kurang RM5 hingga RM10. Kesian rasanya tak puas nak main hon-hon kat situ kan. 

Thursday, November 22, 2012

Demam dulu baru campak

Alhamdulilah syukur pada Allah Yang Maha Besar telah mengurniakan kekuatan tubuh badan kepada anak-anak melawan penyakit secara alami. Kali ini ibu berdepan anak yang demam campak buat kali kedua. Ini cerita demam campak si adik, Nur Sakinah kini berusia 7 bulan (pada 8 Nov 2012).

Ini ialah demam yang pertama bagi Sakinah sejak dilahirkan.
Hari 1 : Disedari ketika malam semasa berada di kampung Ipoh perangainya mula merengek rupanya dah mula demam...gigi pertama sudah muncul rupanya. panas badannya betul2 buat dia tak mahu lekang dipeluk ibu dan terus menerus nak ASI. Oleh sebab ibu lupa nak bawa ubat homeopati Demax maka ibu minta ayah belikan Panadol untuk kanak-kanak bagi pun 3 kali untuk hari pertama dan kedua saja kerana belum balik rumah. Ibu teruskan kerap beri ASI kerana di dalamnya sudah ada penawar dan antibodi alami yang sangat tinggi. Ketika demam dan anak menghadapi situasi yang merimaskan ibu memang seharusnya memeluk anak dan berikan ASI sekerap mungkin. Sesungguhnya doa2 dan zikir ibu juga turut mengalir melalui ASI. InsyaAllah anak tak jengkel terus terusan kerana degupan jantungnya lebih tenang.

Hari 2 : Bangun pagi badan masih hangat, ibu beri mandi sejurus anak bangun. Lepas tu sambung tidur lebih lena dan lambat bangun. Masih merengek dan tak mahu berenggang dengan ibu walaupun ayah, atok dan opah gilir-gilir cuba mendodoi. Ehe anak ibu bijak dia tahu nak ibu bukan orang lain masa tu. Kali ni nampak memang tak selesa siap nangis hentak2 kaki kalau diletak kejap. Kepala pening badan rimas jadi tak selesa nak main golek2. Ada beberapa tompok merah di pipi berdekatan hidung.

Hari 3 : Ok kita dah sampai rumah. Demam dah takde badan dah tak sakit2 sebab dah boleh letak bawah bermain golek2 dan makan dengan seleranya. Cuma masih merengek. Ibu ambil cuti untuk berpeluk lagi dengan Sakinah. Rupanya hari ni mula keluar bintik merah di muka dan badan. Bawa Sakinah jumpa Doktor Radziah kat Klinik Homeopati nya di Seksyen 7 Shah Alam. Lama betul tak jenguk klinik dah semakin maju dengan ramai kawan penyewa yang lain. Terima kasih Doktor sudi buat ramuan istimewa untuk demam campak ni. Kali ni ada 3 biji berasingan perlu diberi sekerap yang boleh, atau 1jam sekali, 2jam sekali pun boleh. Itu yang bagusnya dengan homeopati tak perlu risau ter overdose pun ok sebab badan akan buang secara alami (kencing/air besar) jika ubat/kandungan ubat tidak diperlukan oleh badan. Dengan memberikan gula2 homeopati kerap 2 jam sekali, campak pun keluar dengan banyak menjelang petang. Singgah beli air kelapa muda beri dengan botol tapi agaknya tak sedap ibu picitkan sikit2 ke mulut ehehe. Oh ye dengan ubat homeopati ni takde pantang air kelapa,sebab air kelapa hanya tawarkan ubat yang ada dadah saje,so boleh bagi sama2, bila2 masa.
Harga pakej 3 ubat kali ni hanya RM40. Kalau beli berasingan harganya hanya RM15 jer sebotol. Dan ubat ni boleh disimpan tanpa tarikh luput dan boleh diguna pada masa akan datang untuk tujuan lain ikut penawar sedia ada dalam tu:-
- Demax : untuk semua jenis demam, pening kepala. Kalau tak habis boleh simpan sebagai ubat demam kat rumah. Kalau simpan ubat demam klinik kena simpan dalam peti ais bahaya kalau terlajak tarikh luput.
- Painturat (paint=sakit-urat) : kalau tak habis boleh makan sesiapa yang sakit badan,pinggang,kira sakit urat kemam ajelah setiap 1jam sekali.
- Prolife : merupakan supplement (zat tambahan) yang mengandungi zink,kalsium,magnesium siap dalamnya. Walaupun gula2 kecil ianya sudah cukup membekalkan miligram zat yang diperlukan oleh badan untuk seharian. Memang berguna untuk ibu sambung zat kalsium yang semakin berkurangan nih.

Hari 4 : Ibu kerja macam biasa dan balik jenguk Sakinah dan kakak Nafisah tengah hari. Atok kata hari ni makan bubur banyak, main golek2 dah penat tidur sendiri. Seronok ibu dengar anak ibu dah baik. Semoga tak demam lagi ya.

Panduan beza demam campak dan demam denggi : Untuk demam denggi, tompok merah kelihatan berada di dalam liang roma bukan di atas kulit. Ubat yang diberi nama Demax ini sudah pun mengandungi penawar Denggi, boleh dimakan oleh semua peringkat umur - bayi, kanak2, dewasa..caranya lebih kerap bagi maka lebih banyak kandungan penawar dalam badan maka lebih cepat sembuh. 

Thursday, November 1, 2012

Pergi UKM Bangi dengan komuter

Hari ni nak cuba ke UKM Bangi menggunakan pengangkutan awam Malaysia iaitu komuter. Maklumlah dah lama tak naik maka cari dulu rajah perjalanan KTM Komuter dari website mereka (KTM Komuter Route Map). Naik dari stesen Shah Alam - ke stesen KL Sentral. Kemudian turun untuk beli tiket tukar komuter ke arah Seremban untuk ke stesen UKM. Kemudian pandai-pandailah cari bas transit atau teksi ke Danau Golf Club UKM Bangi (tempat kursus).

Mari tengok perjalanan komuter ni. Sumber dari http://www.ktmkomuter.com.my/station_maps/routemap/routemap.swf


Rajah laluan komuter Malaysia (diambil dari website pada 1 November 2012)
http://www.ktmkomuter.com.my/station_maps/routemap/routemap.swf 

Wednesday, October 31, 2012

Belajar asas Linux menggunakan command line

Hari ini kelas hari pertama pengenalan kepada Linux. Bidang IT sangat luas maka saya tidak pernah merasa ketinggalan jika baru hendak belajar Linux walaupun banyak versi/variant dikeluarkan. Hari ini berjumpalah dengan seorang lagi sifu yang hebat sama macam sifu samsuri dan sifu Latib. Sangat respect kepada sifu yang sanggup ajar line by line coding dan bersabar dengan murid yang lambat tangkap macam saya ni ehehe.

Belajar menggunakan versi Linux bernama Fedora versi 12. Pelajaran paling penting hari ini ialah sebolehnya cari sifu yang mahir versi Linux yang korang mahukan kerana dia betul-betul fokus boleh selesaikan soalan korang.

Sihatlah selalu wahai ibu walaupun selepas berpantang

Salam buat ibu-ibu dan seluruh kaum wanita yang disanjungi, syabas tahniah kerana rajin mencari ilmu yang berguna di internet dan terima kasih singgah membaca coretan si ibu jua di sini.
Apa agaknya amalan ibu selepas bersalin atau lebih tepat lagi selepas tamat tempoh berpantang? Mungkin ada yang sedang bergumbira kerana tak perlu berpantang makan atau menelan jamu atau rimas dengan berbengkung dan macam-macam jadual ketat termasuk berstokin? Saya ucapkan tahniah kerana korang mampu bersabar dan "redha" melalui tempoh berpantang yang sepatutnya ini. Bagaimana pula dengan yang tak berkesempatan melalui tempoh berpantang kerana keadaan tidak mengizinkan atau lebih sedih lagi tiada yang menunjuk ajar semasa melalui tempoh penyembuhan dalam kesusahan 40 hari itu. Takpe jangan sedih cuba kasihan pada diri sendiri sebab masih belum terlambat menjaga kesihatan. Selain terus makan makanan berkhasiat saya nak kongsi 2 amalan yang boleh diteruskan.

1. Teruskan makan jamu tradisional atau moden
Maka selepas berpantang 40 hari, sebaiknya teruskan amalan pengambilan makanan tambahan/supplement (seperti pati gamat plus, C3 Spirulina, jamu atau kapsul) dan berbengkung. Kalau jamu, biasanya ramuan jamu bersalin berbeza dengan jamu untuk mengekalkan kesihatan hari-hari biasa. Jika mencari produ yang mudah dimakan, saya mengesyorkan jus sunah Richglow Classy Lady sebagai supplement yang halal dan berkesan mengekalkan kewanitaan.

2. Teruskan amalan berbengkung
Bahagian abdomen wanita (bahagian perut dan bawah pusat) sangat mudah menggeleber semula jika tidak diikat kemas, akibatnya boleh dirasakan pada jangka panjang seperti terasakan membuncit, memberat atau rahim jatuh. Apalagi kalau tak pernah mendapatkan khidmat urut atau dipanggil sengkak iaitu membetulkan kembali kedudukan rahim secara tradisional maka tarikan graviti dan minum air berlebihan semasa tempoh berpantang memungkinkan bahagian perut dibiarkan. Untuk kembali bekerja korang boleh beli bengkung strap yang ringkas tapi apabila hujung minggu atau berkesempatan melilit bengkung panjang atau bengkung ikat lebih kemas dan kejap pada badan.

Cukup dulu 2 amalan selepas bersalin yang kita boleh amalkan sama-sama ya.

Pelaburan hartanah terbaik di Melaka - sekarang

The Heritage strategic location in the heart of Melaka City, Malaysia
Wah cantiknya rumah flat/apartment The Heritage sudah siap di tengah bandaraya Melaka! Saya sangat teruja melihat iklan hartanah masuk emel hari ini. Ayuh jemput tengok sama-sama dan terliur kepada korang yang sedang mencari peluang membeli unit pelaburan atau Homestay pertama. (Kami orang masih tak lepas loan ni maka hanya mampu kongsikan maklumat ini sebelum saya delete emel dengan sayunya huhu..) Kan bagus kalau adik beradik boleh berkongsi beli 1 unit untuk pelaburan. Boleh dijadikan hotel/homestay sebagai tabungan keluarga atau rumah persinggahan apabila sesekali nak ke Melaka.

Ini petikan spam emel: (iklan ini tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak kenal mereka yang menghantar iklan ini,sekadar kongsi di sini sebelum saya clear inbox jika berguna kepada sesiapa yang membaca) The Heritage Location: Heart of Melaka (Opposite Dataran Pahlawan & Hotel Equatorial Melaka) Welcome to visit our sales office. Mon-Sun 10a.m.-5p.m. Please contact: Daneal Eoon 016-9220163 Janson Mah 012-2035625

Cerita sikit apa yang saya tahu, lokasi memang strategik sangat sebab sebelah (diulangi sebelah) Dataran Pahlawan, syurga lepak dan shopping di tengah-tengah bandaraya Melaka, Malaysia! Ada foodcourt, bazar, ada pilihan kedai mahal atau kedai murah, dengan padang pahlawan yang cantik menghijau terbentang terletak di atasnya. Akhir saya ke Melaka pada tahun 2008 ianya masih dalam pembangunan awal dan menyangka ia adalah hotel, tetapi rupanya dibuka untuk jualan sebagai service apartment. Kepada yang berkemampuan belilah hartanah untuk pelaburan jangka panjang.

Thursday, June 28, 2012

Keychain Felt Gebu - Boboi



KRAF FELT GEBU "BOBOI"


"Boboi" ala kartun yang sedang terkenal sekarang ni Boboiboy yang comel ini dibuat daripada polyester felt dengan jahitan tangan. Puas hati dapat buatkan Boboi sendiri untuk si Nafisah. Belum siap jahit lagi dia dah teka "itu boboiboy!". Ehe kalau dia boleh kenal design ni maknanya bentuk freehand boboi saya ni menjadi ler. Saya kata nak buatkan boboi gebu. Kemain suka dia siap suruh buat lagi. Oleh sebab akan buat lagi saya dah siapkan potongan kadbod bentuk-bentuk boboi ni - bentuk muka, topi, rambut remos & pad mata. Lain-lain bola mata & sideburn tu boleh potong kemudian. Hidung saya buat bola felt berisi sedikit fiber supaya comel macam anak patung (konon 3D la sikit). Oh ye saya tak guna gam, semuanya dijahit supaya tahan lasak kalau budak bawah 3 tahun main (macam Nafisah yang dok picit-picit felt gebu ni sebab gebu macam bantal).




Keychain Felt Gebu - Bird


KRAF FELT GEBU "BIRD"

Design ni ala angry bird yang budak tengah suka sangat walaupun tak pernah tengok game atau kartunnya. Samalah si kecil di rumah ni yang terikut-ikut nak baju, kasut, begnya. Dan sebelum dia ter-mintak keychain kat luar sana baik saya buatkan Bird ni. Siap boleh lari dari kaler asal merah hitam. Jadi ibu boleh buat banyak-banyak dengan macam-macam kaler. Dalam gambar ni guna kaler merah (badan), oren (pad mulut & mata), kuning (mulut), hitam (kening & ekor). Amboi banyak cuit stok felt untuk mulakan seekor Bird. Bila dah siap kasi kat Nafisah dia kata "Yey Bird!" maknanya dia kenal la design ni..seronok la ibu buat menjadi lagi.

Design bentuk-bentuk asas Bird pun dah siapkan atas kadbod untuk tracing lagi atas felt (apabila baby tengah tidur di petang hari..hehe). Ibu nak buat 2 ekor lagi yang gebu untuk jahit atas kasut..yang tak gebu punya boleh jahit atas baju pulak ehehe..mau bole jadi banyak koleksi Bird ni.

Itu lah cerita "Bird" ala Angry Bird yang comel ini dibuat daripada polyester felt dengan jahitan tangan. Anda boleh pilih untuk jadikan si comel ini sebagai KEYCHAIN atau HANDPHONE STRAP. Cuma tambah RM2 untuk tambahkan nama di bahagian belakang. Kami buatkan khas untuk anda!

Handmade craft from polyester felt. Can choose to have this cute birdie as KEYCHAIN or HANDPHONE STRAP. Add RM2 to have your name at the back. Specially tailormade for you!

 ::Untuk HARGA dan TEMPAHAN boleh klik ke page KEDAI STYLO IBU 

Keychain Felt Gebu - Bear


KRAF FELT GEBU "BEAR"

"Bear" yang comel ini dibuat dan daripada polyester felt dengan jahitan tangan. Anda boleh pilih untuk jadikan Bear ini sebagai KEYCHAIN atau HANDPHONE STRAP. Cuma tambah RM2 untuk tambahkan nama di bahagian belakang. Kami buatkan khas untuk anda!

Handmade craft from polyester felt. Can choose to have this cute teddy bear as KEYCHAIN or HANDPHONE STRAP. Add RM2 to have your name at the back. Specially tailormade for you!

 ::Untuk HARGA dan TEMPAHAN boleh klik ke page KEDAI STYLO IBU  

Wednesday, June 27, 2012

Selamat Malam

Salam malam..saje letak post nie nak cuba berapa laju aplikasi Networked Blog tarik Post dari blog ni ke facebook page Stylo Ibu. Baru buat supaya semua kenal ibu:-) Hmm..macam lambat je agaknya esok baru live.
Takpe selamat malam ibu ibu dan si manja baby semua. Jangan lupa baca doa tidur ya (BismikAllahummaAhyaWaAmut)
Comel je bunyi pelat Nafisah 2 tahun baca doa..buat ibu tersenyum sebelum tidur. alahai si comel.
ZZZ

Thursday, June 21, 2012

Handmade felt gebu

Nah, ibu sudah siapkan felt gebu. Dibuka untuk tempahan juga, ada ke yang berminat ehehe :-)

Kraftangan Felt Gebu - Boboi, Bird dan Bear. Handmade untuk tempahan rosnah.miskan@gmail.com

Kraf craft handmade -- kain felt dan isi fibre -- jadi Felt Gebu

Khas untuk anak kesayangan yang sukakan mainan comel-comel, ibu akan buatkan cenderamata Felt Gebu. Jadi jimat lah tak perlu beli keychain atau penyangkut handphone. Hm kakak tolong ibu lukis design bentuk apa ye, nanti ibu jahit dan letak isi Fibre supaya jadi gebu. Sabar ye.



Nafisah "pembantu" ibu yang comel sedang bergaya dengan starter kit felt

Tuesday, May 29, 2012

Masa berpantang bukan masa berdiet

Berpantang 44 hari atau 30 hari terpulang kepada ibu dan kepercayaan masing-masing. Tapi pada saya masa berpantang ialah bukan masa untuk ibu kuruskan badan tau. Sebenarnya kita kembali kepada cara makan dan cara memasak yang sihat kerana memastikan anak mendapat susu ibu yang berkhasiat. Lainlah kalau si ibu tak mahu meneruskan penyusuan mungkin bolehlah fokus kuruskan badan. Tapi selama saya menyusukan baby sebenarnya makanan lebih cepat hadam dan saya mendapat berat badan yang ideal sama seperti sebelum mengandung. Cuma belon saja masih ketara yang perlu dikempiskan ehe yang lain alhamdulilah, berkat menyusukan anak secara semulajadi.
Jaga masa,
Makan pagi : seawal mungkin sebelum jam 9 pagi
Makan tgh : sebelum jam 1tgh
Makan petang : kudapan lebih kurang jam 4 petang
Makan malam : seawal 7 malam ke atas
Jaga makan,
tak makan makanan berangin dan akibatkan air seperti pisang dan tembikai. lain ok dalam jumlah yg sedikit
Jaga cara masak,
Sayur bening - cara masak : rebus
Ikan singgang - cara masak : tumis minyak sikit dan tambah air
Ayam kukus black pepper - cara masak : kukus
minum C3 spirulina atau air suam
minuman panas : Milo atau kopi 3in1 ubijaga+pegaga dari Gamat Emas

Amalkan produk Gamat selepas bersalin

Selepas bersalin, mengamalkan gamat banyak faedahnya. Gamat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan radang, menghentikan pendarahan, mengecutkan rahim dan memberi tenaga dan zat pemakanan kepada ibu yang melahirkan. Saya juga tiada lagi rasa sengal-sengal badan/sendi.

Plantago ovata membantu memberikan serat yang diperlukan untuk mengelakkan sembelit yang begitu nyata terjadi selepas bersalin. C3 Spirulina juga membantu memberi nutriens yang sangat-sangat di perlukan untuk memulihkan kelemahan badan. Ianya merupakan pemakanan yang lengkap untuk memberi tenaga di samping membantu menghasilkan air susu yang berzat. Klorofil juga amat sesuai untuk membantu menghasilkan sel darah merah supaya mengatasi masalah kekurangan darah para ibu. 

Ada 3 produk yang saya nyatakan membantu saya cergas sepanjang tempoh berpantang dan sepanjang menyusukan baby sampai besar ni : 
1. Pati Gamat Plus (perisa asli)
2. C3 Spirulina (dijadikan minuman semasa waktu makan)
3. Bioseed (tenaga dalam) 

Setiap set ini untuk amalan berterusan 2 minggu, jadi kalau nak order baik order 2 set terus supaya nutrien/khasiatnya dapat dibekalkan terus menerus.
Harga berbaloi, khasiat hebat lagi Halal untuk diamalkan sepanjang 3 bulan selepas bersalin.

Jubah menyusu di Adrinis

Wah terbaru dari Adrinis (kedai online baju menyusu) tahun ni, jubah menyusu yg cantik!! Saya terlepas pandang website dia, harap2 diorang ada lagi stok saiz saya untuk dipakai raya ni - saiz L ler bole pakai masa pegnan jugak ehe - Maklumlah ni kali ke-2 raya sebagai ibu yg menyusukan baby so kena cari baju 2dalam1 yang boleh dipakai semasa raya maklumlah kita akan berjalan ke rumah saudara mara. Baju blaus menyusu dia pun cantik pakai dgn skirt muslimah sbb labuh dan elok beli yg ada getah pada pergelangan tangan lagi praktikal untuk ibu sebab senang nak singsing buat keje. Baju kurung moden dan blaus yg beli tahun 2009 masih elok lagi sebab kain kualiti dan tahan lasak. Jadi tinggal tambah 2 lagi cukuplah kot sebab pada saya harganya pun agak mahal sebab termasuk harga pos rasanya. Nasib baik cuti gaji jalan so dapatlah duit lebih untuk beli lagi.
Link : www.adrinis.com

copy cerita pasal baju ni dari web Adrinis, siap ada saiz sebagai panduan:-

Nursing Access Style: Pull to the left or to the right (outer)
Pull from down to above (inner)
Color : Red with Embroidery
Sleeves style : flowy
Material: High Quality Chiffon with full body lining.
Washing Instruction: Hand wash/Machine wash cold only

Four fast facts about the Azeera Nursing Jubah:
1.    Long-sleeved & elongated (labuh)
2.    Suitable to be paired with a Hijab (For Muslim Moms)
3.    Designed by Adrini’s
4.    Made by Adrini’s too! (100% Bumiputera)

Measurement in Inch    S     M L XL
Shoulder     14       15         16       17   
Bust 34 36 38 40
Hip 42 44 46 48
Lenght 53 53 54 55
Sleeves Lenght 21 21 22 22

Beri air masak elakkan keputihan lidah baby

Baby tak pandai bersihkan lidah lagi, jadi selalunya ada keputihan pada lidah baby. Jangan biarkan sehingga ia menebal nanti lidah sakit sampai tak boleh menyusu masa tu hanya tahu nangis jer la. Boleh dielakkan sebab saya beri baby air masak sedikit (dalam 1 oz atau kurang) setiap hari lama kelamaan tiada masalah putih pada lidah dan baby pun suka minum air masak sampai dia besar nanti :-) Kalau breastfeed lagi lah tak payah risau sangat sebab putih tu kalau ada pun nipis je dan senang hilang lepas selalu beri air masak ni. Solusi yang alami dan bagus kan untuk elakkan ubatan doktor :-)

Monday, May 28, 2012

Mandikan dan tuam baby

Jam 5.30 petang, masa untuk mandikan baby. Lepas mandi jangan lupa guna Tungku Baby untuk tuam keliling perut, tapak kaki dan sekitar sendi2nya. Dulu beli sekali dengan pakej Tungku Moden untuk saya. Oleh sebab tungku tu bunjut kecik, hanya perlu golekkan kat atas Tungku Ibu yang dah dipanaskan. Mesti baby selesa..Jadi tak perlu selalu sapu atau bergantung pada minyak hangat atau Yuyee.
Lepas tuam bolehlah urut dengan minyak baby, sambil ajak dia cakap2 senyum2 cak cak..pastu baru pakai baju dan nenen (menyusu)! ehehe saat paling mengeratkan baby dan ibu :-)

Tidur meniarap

Sesekali tiarapkan baby tidur semasa siang. Saya mulakan pada usia 2 minggu sehari sekali untuk setenngah jam muka ke kanan dan setengah jam ke kiri. Mula2 biasanya baby tak selesa, jadi cukup lah tu, kemudian terlentangkan macam biasa. Dalam masa berpantang tak perlu tiarapkan waktu malam takut ibu tertidur lena tak perasan baby tak selesa kang sakit leher dia.
Yang bagusnya tulang belakang baby dan tengkuknya cepat tegap/kuat. Perutnya pun takde masalah kembung. Tambahan pula tidurnya kurang terganggu sebab baby selalu terkejut kan. Selepas sebulan lebih baby akan pandai angkat kepala tukar kanan dan kiri ikut keselesaan sendiri.
Lama kelamaan baby akan lebih senang tidur sendiri setiap kali meniarap tak perlu buaian atau tepuk lama-lama.

Habbatus sauda menggalakkan air susu ibu

Hai, nak kongsi lagi cerita makanan sihat semasa berpantang dan sepanjang menyusukan baby. Masukkan secubit Habbatus Sauda yang ditumbuk ke dalam masakan seperti sayur bayam/sawi yang dimasak bening (rebus). Sekarang senang nak dapat Habbatus Sauda/jintan hitam/black seed ni. Saya beli di bazar masjid negeri sebotol RM10 keluaran Amsyiq.

Kalau sayur tu jangan lupa minum air/kuahnya, jadi lagi banyak air susu. Lagipun dlm pantang jangan banyak minum air kalau bukan masa makan.

Sunday, May 6, 2012

Aktiviti baby 1st month

Tidur. Itulah aktiviti utama si baby dalam bulan pertamanya. Tengah mandi pun masih nak tidur, rasa sejuk dan dibelek-belek pun cuma menggeliat aje dengan mata masih nak pejam..lepas mandi lagi la tidur lena. Alhamdulillah malam cuma alarm untuk menyusu atau basah aje, dah selesai kering dan selesa sambung tidur semula. Cuma adik ni manja lebih sikit selalu nak dodoi di tangan. Takpe awal lagi ibu ayah kasi can ok.

Kelahiran Nur Sakinah 8 April 2012

Pada 8 April 2012, lahir seorang lagi puteri saya pada jam 5 pagi. Alhamdulilah Allah permudahkan pembawaan anak ini sejak mengandung hingga proses kelahirannya. Lewat 5 hari dari tarikh jangka bersalin..hm saje duduk dalam lama sikit.

Rasa contraction mula kuat pada jam 6 petang 7hb tapi tahankan lagi sebab masih 1 jam sekali sampai kul 10 malam. Pastikan solat Isyak ditunaikan, pastikan makan malam untuk dapat tenaga. Sepanjang tempoh tu hati dah berdebar-debar apalah agaknya tanda kelahiran kali ni, bila agaknya masa yang sesuai untuk terjah hospital..maka banyakkan doa, selawat, semoga diberikan petunjuk apa yang patut dibuat. Kul 12 dah rasa sakit kerap tapi tahankan lagi dan sempat bawak tidur sekejap sebab nak kumpul tenaga lah konon. Tidur dalam sejam je kemudian tak tahan dah makin kerap pulak sakit kat pinggang ni cuma belum ada tanda keluar. Si ayah pun yang turut risau sejak tadi tertidur-tidur ayam dah tak boleh lena asyik dengar saya mengaduh. Jadi saya terus berjalan-jalan, senaman sikit sikit dalam rumah sebab rasanya tak boleh duduk dah. Jam 3.30 mula keluar darah sikit dan keputusan dibuat untuk kejutkan ayah dan siapkan kakak terjah hospital. Sampai PPUM jam 4 pagi terus ke tingkat 3 wad bersalin di bangunan wanita dan kanak-kanak. Mungkin hari Ahad jadi staf kurang untuk temankan saya, cuma rasanya doktor perasan saya dah tak tahan, doktor suruh teran aje kalau ada rasa sebab dah ada bukaan. Sampailah jam 4.30 keputusan untuk induce dibuat sebab dah bukaan 5cm dan tak lama lepas tu bukaan terus saje dah maksimum dan terasa kepala sudah pun di pintunya. Jam 5 pagi selamatlah dengar tangisan pertamanya sejurus keluar :-) Terima kasih doktor dan nurse yang ada ketika itu. Tengahari dah boleh balik dan memang tak sabar pun nak balik cepat sebab tak selesa jalan dengan perut menggelambir (betul ke eja ni) ehe lupa nak ikat perut dengan kain supaya tak gerak-gerak. bengkung moden (strap) pulak asyik pospon tak terbeli cadangnya memang nak pakai sejurus bersalin supaya senang gerak ehe. Tapi ok lah ni dapat balik cepat kalau lama tak hospital mau masuk angin badan.

Friday, March 16, 2012

Minggu ke 37..ibu dah ready?

Apa yang dirasakan pada minggu ke 37?
- Kepala bayi berada betul-betul di atas pundi kencing ibu..semakin membesar, kalau gerakan kuat memang ibu rasa nak terkencing
- Dah susah nak angkat kaki, naik tangga sebab perut berat dan tersengkang
- Kaki kat atas, terasa betul menolak/menghimpit perut ibu ke atas..sebab tu cepat mengah
- Uri dan tali pusat berada di atas berhampiran kaki
- Berat bayi boleh bertambah mendadak atau maintain sebab kedudukannya dah selesa
- Pergerakan dapat dirasa dan dilihat semakin kuat, tentunya buat ibu tak lena tidur
- Buat scan memang terus nampak muka yang comel dengan mata pejam, mulut kumat kamit

Apa ibu nak buat?
- Ini ialah masa untuk bersedia mengetahui tanda-tanda kelahiran. Lain orang lain tandanya. Kalau ikut sebelum ni, kaki akan tiba-tiba bengkak dan surut berulang2 dalam masa 3-4 hari atau sehingga lahir baru hilang. Yang penting tengok-tengok jika ada lendir atau darah keluar semasa ke toilet.
- Sediakan beg persalinan siap-siap masuk dalam kereta jadi kalau emergency tengah2 malam syok tidur tak ler baru nak gelabah mencari barang. Dalam tu cukup la untuk ibu punya baju keluar wad, alatan mandi, maternity-pad atau beli je night-pad dan untuk bayi 2 pasang baju, napkin, sikit lampin - manalah tahu kalau terlebih hari di wad. Biasanya dalam wad ibu kena pakai baju yang disediakan..seksi u..Hari tu kat pasaraya tak jumpa pula set Newborn Huggies, kalau jumpa tu sangatlah elok letak siap2 dalam kereta sebab dalam tu ada baby set. Kalau bersalin kat swasta kiranya dapatlah set macam tu memang takyah bawak ape2, bawak diri & RM RM aje.
- Kalau dah ada tanda atau masuk 38-39 minggu kang bolehlah rendam akar fatimah atau ubat selusuh homeopati radziah sebagai ikhtiar selusuh (supaya mudah bersalin). Ubat selusuh homeopati tu mudah saya genggam semasa dlm wad bersalin, makan sebiji setiap kali sakit. Sekurang-kurangnya ia jadi teman mengelakkan saya menjerit tak tentu pasal setiap kali sakit (macam jiran wad sebelah) memandangkan PPUM masih tak benarkan suami masuk temankan.

Kedudukan kepala bayi di bawah - petanda "Ibu, get ready saya nak keluar"

Hari ini sudah masuk 37 minggu 5 hari. Syukur Alhamdulilah kedudukan kepala bayi sudah berada di bawah, tunggu masa untuk betul-betul masuk ke "saluran" pintu keluar. Memang lega sebab sebelum ni 2 kali datang appointment kepala di tepi pinggang kanan dan kiri, doktor pulak kata kalau terus terusan melintang mereka akan beri pilihan untuk cuba betulkan secara manual di bilik bersalin dalam masa 3 hari, kalau masih takmahu turun juga akan dicadangkan untuk belah perut lah. Sebaiknya tak mahulah ikut tingkap ye sayang.. Sebab itu ibu dan ayah jumpa nenek tina suruh ajarkan bayi cari jalan keluar sendiri tanpa paksaan. Selepas 3 hari nenek ajarkan syukur anak ibu pandai belajar dan turun sendiri. Atuk pun cakap nanti pandailah anak ibu cari jalan keluar.

Wednesday, February 15, 2012

Cadangan Makanan Ibu Hamil

Ini tajuk baru yang saya rasa boleh kita kongsi sama-sama. Maklumlah ibu-ibu hamil perlu makan pelbagai makanan supaya khasiat cukup untuk ibu dan anak. Ini diambil dari salah satu buku amalan mengandung keluaran JAIS. Makan pun macam minum air juga, bukan semestinya ambil banyak dalam 1 masa tau, yang penting kuantiti sikit yang kerap. Ada cikgu aerobik tu bagitau minum yang baik lebih kurang 1 teguk dalam 3 minit, itulah yang badan akan serap dan perlukan, kalau minum sekali banyak tu yang kerap pergi toilet tu silap2 kembung perut :-)
So ini sekadar panduan :-

Pagi : nasi goreng 1 piring + telur mata kerbau + tomato hiris + jus buah

Selingan 10-11 pagi : pisang rebus + susu

Tengahari : nasi 1 senduk + gado-gado sayuran + kangkung goreng belacan + keropok + sepotong ikan bakar/kukus

Minum petang : 2 keping roti gandum penuh + supa ayam/daging + susu

Malam : nasi 1 senduk + bistik daging + sayur bayam kukus + sambal ikan bilis + salad buah-buahan