Mana taknya, sekali daftar terus dapat diskaun 20% dan keahlian seumur hidup. Ini ialah contoh bagaimana memilih syarikat mlm yang bijak, kita untung kerana diskaun itu berterusan dan tak perlu bayar yuran tahunan atau maintain points :-) Contoh paling senang kalau harga RM10 kita bayar RM8 aje. Gitu ler contoh 20% tu..untung kan. Lagi untung kalau ibu ibu buat jualan lah dapat komisen kerana mengedarkan bagi pihak syarikat. Dapatlah duit tambahan untuk keluarga kan. Kaum keluarga pun bolehlah gunakan keahlian ni kalau kadang-kadang teringin nak membeli.
Satu lagi kelebihan saya memilih syarikat ini kerana adanya katalog online (yang penting selalu terkini lah). Sekarang dengan teknologi internet, kita boleh pilih nak belek katalog bercetak atau online saja. Kelebihan kepada pengedar yang bekerja dan jarang keluar rumah seperti saya, bolehlah berikan link katalog supaya ibu ibu belek dari tablet masing2 sambil menjaga anak atau bekerja..
Katalog penuh belek secara Flipbook kat http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html
katalog sophie versi online |
Promosi set tali pinggang dan beg duit lelaki |
Katalog kali ini saya rasa best ialah muka surat 90 ada promosi untuk set tali pinggang 2 kaler & wallet. Tali pinggang boleh terbalikkan pakai kaler coklat atau hitam (reversible). Mungkin ada yang suka stylo begini tentunya jimat kan. Cuma RM165..cepat pm sementara stok masih ada. Datang dalam kotak yang kemas boleh dijadikan hantaran (buka dan letak reben aje dah nampak ekslusif) atau hadiah kepada suami tersayang :-) "Selamat bergaya di tahun baru 2013 abang sayang dengan set Ivano yang macho ini" - cewah menjadi tak review ni.
Ada banyak lagi syarikat mlm Malaysia yang menawarkan keahlian sebegini yang kita boleh sama-sama bantu ke arah kempen perbanyakkan bisnes online
Pesanan berharga : Kepada yang terus serius berbisnes, tak kira sambilan atau sepenuh masa, ingatlah supaya duit hasil keuntungan berniaga ini terus ditukar kepada emas, kalau duit akan susut nilainya. Katakan bulan ini sekadar untung RM200 sudah boleh terus membeli 1 gram cincin (harga hari ini). Kerana emas tidak boleh dimanipulasi oleh sebarang kuasa pemerintah dunia maka nilainya meningkat sekitar 37% setahun. Haa belajarlah mengira berapa keuntungan korang kalau simpan duit tadi dan (vs) emas tadi dalam tempoh 10 tahun. Eh jangan laburkan pada saham atau scam emas ya, emasnya tak dapat (jualbeli yang tiada barang atau 'ain) kang duit lesap pula (kesian ke padanmuka). Biar emas itu ada di tangan supaya boleh guna untuk jadi modal bisnes akan datang tanpa meminjam bank yang sememangnya tak lari dari riba'. Mari perbetulkan jalan rezeki supaya berada di landasan syariah demi keluarga yang Sakinah. Perjuangan ini untuk diri sendiri, keluarga, agama dan seterusnya Malaysia tercinta.
Yaa sekian Review daripada saya kali ini. Selamat maju jaya juga kepada adik-adik, ibu ibu sesiapa yang baru tahu peluang bisnes ini.
No comments:
Post a Comment