Saya kongsikan di sini tentang software mudah untuk buat sendiri gambar grafik terutama yang tak pernah ada pengetahuan grafik langsung iaitu : Canva.com
Biasanya saya akan cadangkan kepada rakan-rakan yang buat bisnes atau mencari apps edit gambar tetapi tiada pengetahuan grafik sebab kadang-kadang mereka download banyak apps di smartphone untuk tujuan-tujuan berbeza. Lain apss untuk edit gambar, lain apps untuk tambah teks seperti nak letak nombor telefon, nama fb/ig, tapi terpaksa download dulu gambar kemudian upload ke sosial media untuk buat posting. Masalahnya akan datang nak edit semula gambar jadi agak sukar sebab file editing tak disimpan jadi kenalah sentiasa mula buat proses yang baru. Ok cuba korang tengok sedikit dari kelebihan Canva di sini :-
Kelebihan Canva #1 : PERCUMA
Ini kerana boleh digunakan secara Percuma dengan hanya login menggunakan akaun emel seperti gmail atau buat login khas untuk guna Canva
Banyak pilihan template percuma
Banyak pilihan gambar percuma
Banyak pilihan font percuma
Kelebihan Canva #2 : CLOUD BASED + CROSS-PLATFORM
Maksudnya dengan login yang sama boleh edit projek yang sama, sama ada di Desktop atau di Smartphone. Projek kita akan disimpan secara automatik (auto-save) dan boleh disambung bila-bila masa, dan dari mana-mana platform/gajet dengan 2 cara berikut:
1. Cara buka Canva di Desktop Version : https://www.canva.com
2. Cara buka Canva di Smartphone : Download Apps Canva
Kelebihan Canva #3 : TERUS BERMULA DENGAN TEMPLATE
Banyak sangat template percuma siap cadangan size, seperti nak post ke social media, website atau untuk jadi poster dan lain-lain
Kelebihan Canva #4 : TERUS TAHU NAK CARI TOOL TAMBAH TEXT
Mudah tambah teks pada gambar
Yang penting pengguna baru sangat mudah kenali icon yang dipaparkan untuk ditambah seperti Text, dan lain-lain.
Wah nak tahu apa lagi add-on yang boleh ditambah pada gambar korang? Cubalah tekan icon dengan simbol + nanti banyak dipaparkan apa yang kita boleh tambah
Cukuplah dulu sedikit kelebihan Canva bagi yang mencari software terbaik untuk buat imej grafik mudah yang cantik. Lain-lain kelebihan boleh google, begitu juga sudah banyak tutorial di youtube mengenai Canva. Tenang-tenang aje gunakan masa PKP yang ada ni cubalah dulu mahirkan beberapa template untuk permulaan. Jadi gunalah sementara masih percuma :-)
Paparan aplikasi Canva untuk Desktop Version |
Sekarang semua boleh pandai buat sendiri DIY grafik. Selamat mencuba!
Betul best canva ni, lagipun free version pun dah cukup untuk saya cepat buat gambar posting fb/instagram.TERIMA KASIH info!!
ReplyDelete