Followers

Wednesday, June 9, 2021

Anak Bermain Game Dengan Pemantauan - Sesuatu Yang Positif Di Musim PKP

Salam PKP Total Lockdown 2021.

Musim #dudukRumah ni tentunya ibu ayah risau anak lekat dengan gajet di tangan kan. Sesekali ada PDPR nampaklah mereka belajar sesuatu. Ada tak yang risau kalau anak jadi gamer, nak sokong atau nak halang? Atau nak join je team PUBG/Roblox anak tu? Haha dua-dua kita kena kawal supaya tak ketagihan gajet sebab ada juga sudut positif game ni kalau kita pantau bersama-sama.

Ok di sini perkongsian tentang Apps yang boleh dipasang di smartphone anak. Apps ni bukan apps pemantauan tapi cara lain untuk kita intai / skodeng anak main game apa dan dalam masa sama jadikan anak youtuber dengan content gamer. Kalau nak fikir dulu boleh fikir, kalau yang faham tu boleh terus aje install Apps ni untuk cuba. Tindakan pantas kita ibu ayah ni yang penting.

Maaf ayat ni agak tunggang terbalik, asalnya ayat wasap dengan geng mak-mak bertanya camana nak atasi masalah game ni dan nak sesuatu yang positif dari new-norm game anak-anak. Jadi sila ambil isi ayat dan faham aje lah ya. Kalau saya lambat reply takpe boleh aje google cari nama apps ni akan ada banyak panduan mengenainya.

Cuba korang instal apps ni dinamakan OMLET ARCADE kat smartphone anak yg suka main game. Login guna gmail yg ade sync dgn FB, Youtube.



So anak boleh share main game online sambil bebel-bebel macam chanel Hoorangi99 yang ramai betul pengikutnya dari kalangan anak-anak kita. kalau taknak live boleh record je publish kemudian ke Youtube. Saya ok je promote gamer ni sebab bahasa dia ok lah takde guna bahasa kasar untuk budak-budak follow. Saya pun pernah tengok gamer ni lead virtual solat raya dalam game Roblox 2021. Ok kan.

Jangan lupa daftar dulu Adsense account bole dapat kredit hits view...=$$$

Makan masa lah nak dapat syarat $$$ tapi just nak cuba-cuba teknologi kan..

Account real tu boleh bagi mak punya account hehe..dapatkan semula $$$ kos intenet anak..

Barulah Stylo Ibu - Strategi mak-mak nak monitor anak main game aje asalnya..sebab boleh tonton channel game anak tu kan.


Sekian perkongsian..dapat ilmu sesuatu? Selamat malam..

1 comment:

  1. Hello styloibu. Best entri post ni. Dah cuba. Tetiba anak beranak jadi gamer, tetiba youtube channel kami banyak video dah. tak payah edit2 video jadi lawak pula dengar suara berborak dalam game anak beranak bila tonton balik.haha seronoknya!

    ReplyDelete