Followers

Thursday, June 17, 2021

Program terkini Bantuan untuk Rakyat Selangor PKP Diumum pada 9 Jun 2021 - dinamakan Pakej Kita Selangor 2.0 berjumlah RM 551.56 juta

Kongsi sini siapa yang belum tahu Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 oleh Dato' Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021. Kepada rakyat Selangor perlu sentiasa baca akhbar online SelangorKini dan laman web www.amirudinshari.com 

Sumber : Portal Selangor https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/4189?mid=997





Wednesday, June 9, 2021

Anak Bermain Game Dengan Pemantauan - Sesuatu Yang Positif Di Musim PKP

Salam PKP Total Lockdown 2021.

Musim #dudukRumah ni tentunya ibu ayah risau anak lekat dengan gajet di tangan kan. Sesekali ada PDPR nampaklah mereka belajar sesuatu. Ada tak yang risau kalau anak jadi gamer, nak sokong atau nak halang? Atau nak join je team PUBG/Roblox anak tu? Haha dua-dua kita kena kawal supaya tak ketagihan gajet sebab ada juga sudut positif game ni kalau kita pantau bersama-sama.

Ok di sini perkongsian tentang Apps yang boleh dipasang di smartphone anak. Apps ni bukan apps pemantauan tapi cara lain untuk kita intai / skodeng anak main game apa dan dalam masa sama jadikan anak youtuber dengan content gamer. Kalau nak fikir dulu boleh fikir, kalau yang faham tu boleh terus aje install Apps ni untuk cuba. Tindakan pantas kita ibu ayah ni yang penting.

Maaf ayat ni agak tunggang terbalik, asalnya ayat wasap dengan geng mak-mak bertanya camana nak atasi masalah game ni dan nak sesuatu yang positif dari new-norm game anak-anak. Jadi sila ambil isi ayat dan faham aje lah ya. Kalau saya lambat reply takpe boleh aje google cari nama apps ni akan ada banyak panduan mengenainya.

Cuba korang instal apps ni dinamakan OMLET ARCADE kat smartphone anak yg suka main game. Login guna gmail yg ade sync dgn FB, Youtube.



So anak boleh share main game online sambil bebel-bebel macam chanel Hoorangi99 yang ramai betul pengikutnya dari kalangan anak-anak kita. kalau taknak live boleh record je publish kemudian ke Youtube. Saya ok je promote gamer ni sebab bahasa dia ok lah takde guna bahasa kasar untuk budak-budak follow. Saya pun pernah tengok gamer ni lead virtual solat raya dalam game Roblox 2021. Ok kan.

Jangan lupa daftar dulu Adsense account bole dapat kredit hits view...=$$$

Makan masa lah nak dapat syarat $$$ tapi just nak cuba-cuba teknologi kan..

Account real tu boleh bagi mak punya account hehe..dapatkan semula $$$ kos intenet anak..

Barulah Stylo Ibu - Strategi mak-mak nak monitor anak main game aje asalnya..sebab boleh tonton channel game anak tu kan.


Sekian perkongsian..dapat ilmu sesuatu? Selamat malam..

Kerja Kosong Bina Bisnes From Zero To Hero - Ejen jualan atau Drosphip diperlukan segera!

 


Berminat nak berniaga tapi tiada Modal?? tiada Produk??
Jangan buang masa, ini ada peluang Keahlian percuma, Bimbingan percuma. Anda daftar terus boleh gunakan sistem e-dagang yang sangat efisyen.
Jom terus bermula KLIK LINK DI BAWAH >>>>> :






Magic Lipstick Mengandungi Organic Marula Oil - menyeri bibir sambil merawat

 


Magic Lipstick

Pre-Order : Magic Lipstick dengan Organic Marula Oil. Gunakan untuk menyerikan bibir sambil merawat pelbagai masalah bibir yang biasa dialami. Menggunakan bahan Halal tanpa silikon menjadikan Lipstick selamat untuk semua peringkat usia. Boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan pembayang mata. Jadikan Magic Lipstick item wajib ada dalam beg tangan anda sebagai "penyelamat mekap ekspress" !


Tuesday, June 8, 2021

DIY : Gunakan Canva.com untuk buat grafik pantas percuma

Saya kongsikan di sini tentang software mudah untuk buat sendiri gambar grafik terutama yang tak pernah ada pengetahuan grafik langsung iaitu : Canva.com
Biasanya saya akan cadangkan kepada rakan-rakan yang buat bisnes atau mencari apps edit gambar tetapi tiada pengetahuan grafik sebab kadang-kadang mereka download banyak apps di smartphone untuk tujuan-tujuan berbeza. Lain apss untuk edit gambar, lain apps untuk tambah teks seperti nak letak nombor telefon, nama fb/ig, tapi terpaksa download dulu gambar kemudian upload ke sosial media untuk buat posting. Masalahnya akan datang nak edit semula gambar jadi agak sukar sebab file editing tak disimpan jadi kenalah sentiasa mula buat proses yang baru. Ok cuba korang tengok sedikit dari kelebihan Canva di sini :-

Kelebihan Canva #1 : PERCUMA
Ini kerana boleh digunakan secara Percuma dengan hanya login menggunakan akaun emel seperti gmail atau buat login khas untuk guna Canva
Banyak pilihan template percuma
Banyak pilihan gambar percuma
Banyak pilihan font percuma

Kelebihan Canva #2 : CLOUD BASED + CROSS-PLATFORM 
Maksudnya dengan login yang sama boleh edit projek yang sama, sama ada di Desktop atau di Smartphone. Projek kita akan disimpan secara automatik (auto-save) dan boleh disambung bila-bila masa, dan dari mana-mana platform/gajet dengan 2 cara berikut:
1. Cara buka Canva di Desktop Version : https://www.canva.com
2. Cara buka Canva di Smartphone : Download Apps Canva

Kelebihan Canva #3 : TERUS BERMULA DENGAN TEMPLATE
Banyak sangat template percuma siap cadangan size, seperti nak post ke social media, website atau untuk jadi poster dan lain-lain

Kelebihan Canva #4 : TERUS TAHU NAK CARI TOOL TAMBAH TEXT
Mudah tambah teks pada gambar
Yang penting pengguna baru sangat mudah kenali icon yang dipaparkan untuk ditambah seperti Text, dan lain-lain.
Wah nak tahu apa lagi add-on yang boleh ditambah pada gambar korang? Cubalah tekan icon dengan simbol + nanti banyak dipaparkan apa yang kita boleh tambah


Cukuplah dulu sedikit kelebihan Canva bagi yang mencari software terbaik untuk buat imej grafik mudah yang cantik. Lain-lain kelebihan boleh google, begitu juga sudah banyak tutorial di youtube mengenai Canva. Tenang-tenang aje gunakan masa PKP yang ada ni cubalah dulu mahirkan beberapa template untuk permulaan. Jadi gunalah sementara masih percuma :-)

Paparan aplikasi Canva untuk Desktop Version


Sekarang semua boleh pandai buat sendiri DIY grafik. Selamat mencuba!