Oh patutlah jadi hitam sebab gunakan Belimbing Buluh yang direbus sampai hitam! Unik, sungguh unik kepelbagaian masakan tradisional cuisine di Malaysia ni. Tak kisah asal dari mana, sebagai rakyat Malaysia kita perlu cuba masakan tradisi sebegini. Patutlah ramai yang suka tanam pokok Belimbing Buluh ni walaupun buahnya masam. Macam biasa kalau nak cari resepi yang confirm menjadi dengan gambar masakan yang cantik saya suka bicara tinta dari Tiffinbiru. Boleh ye kongsi sini Che Mat Gebu. Semoga diberkati tuan kerana berkongsi ilmu ini sepanjang zaman.
RESEPI SAMBAL HITAM
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol.
No comments:
Post a Comment