Followers

Tuesday, November 17, 2015

Simpan Resepi Muffin Cip Coklat Tak Perlu Mixer - Sukatan Cawan Mudah

Muffin gunung berapi! Aci tak kasi nama gitu untuk bayangkan hasil muffin yang naik melebihi cawan. Dulu kek cawan/muffin coklat cip  bolehlah dapat RM1 sekarang nak beli RM2 pun susah kat bandar ni. Tu yang nak kena belajar buat sendiri baru tahu kos sebenar main masak-masak kan. OK simpan sini resepi muffin dari KongsiResepi Oh ya dalam website Kongsi Resepi tu memang ramai yang sudi berkongsi idea. Kalau cari muffin je memang macam-macam versi ada, cuma kita lah kena rajin cuba banyak-banyak cara. Hm yang bagusnya muffin ni gaul tangan aje tak perlu mixer, hah kan berita baik tu untuk anak-anak gadis, student, yang baru kahwin, atau yang kurang kelengkapan dapur belajar buat sendiri dessert kan kan kan. Jom buat muffin. Suka sangat kalau buat kelas untuk kanak-kanak, tentu mereka akan suka part tabur coklat cip tu.

BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Choc chips mengikut sukatan anda nak banyak ke sikit

CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT CHIP:
Ambil tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam dan campurkan semuanya.
Ayak dan ketepikan dahulu.
Gaulkan semuanya dengan gula.
Dalam bekas lain pula anda campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.
Kacau sehingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
Masukkan choc chips.
Masukkan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak.

//Semoga diberikan pahala kepada yang berkongsi resepi sukatan cawan ini kerana ilmunya berpanjangan memberi faedah. Pinjam sekali gambarnya ya. Amin.


Kacau semua bahan untuk kek cawan atau muffin hingga sebati
Kek cawan atau muffin siap berhias

No comments:

Post a Comment