Followers

Tuesday, November 24, 2015

Simpan Resepi Donat Tanpa Telur

Kali ni simpan resepi donat tanpa gunakan telur pula. Apa yang penting dalam men-donat? Ya sekali lagi kesabaran untuk aktifkan yis dan naikkan doh hehe saja ingatkan resepi donat telur sebelum ni. 

Bahan basah:-
1/2 serbuk yis
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air suam

Bahan kering:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin


Cara-cara :-
1. Satukan bahan kering. Gaul dengan tangan sampai tidak bergentel.
2. Dalam bekas lain satukan bahan basah iaitu serbuk yis, gula, susu pekat dan air suam. Tunggu hingga yis aktif iaitu campuran ini berbuih.
3. Selepas yis aktif, masukkan ke dalam campuran tepung tadi secara perlahan-lahan.
4. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Rehatkan doh selama 1 jam. Boleh tutup doh dengan kain basah supaya doh naik sekali ganda.
6. Boleh mula canai doh menjadi bentuk donat
7. Rehatkan donat selama 1 jam lagi atau sehingga kelihatan naik dan permukaan licin
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan sekejap sahaja dan boleh angkat atas tapis/redai. Lebihan doh boleh terus dibekukan untuk digoreng kemudian. 
9. Sejukkan sedikit untuk menghias dengan gula halus/kastor atau celupkan permukaan dengan coklat cair dan kemudian coklat urai. 

Adunan ini menghasilkan sekitar 20 biji donat dengan saiz sederhana. Yang penting adunan doh tetap naik tanpa gunakan telur kan. Janji gebu gebus gedebus isi dalamnya apabila merasa gigitan pertama (gigit donat tu lah). Amboi bahasa saja nak pancing mata pembaca..
Hm tadi ada lagi baki setengah peket yis tu kan, bolehlah buat sekali lagi adunan akan datang hehe
Bahan basah (campuran yis) dan kering (campuran tepung dan marjerin)
Proses uli dengan tangan
Doh selepas diuli direhatkan untuk mengembang/naik
Doh yang telah berkembang/naik sekali ganda telah memenuhi ruang
Selepas dibentuk doh direhatkan lagi untuk mengembang sehingga permukaan agak licin dari sebelumnya
Goreng doh dengan api sederhana sekejap sahaja kemudian tos atas redai/tapisan
Donat dihias sesedap rasa - salutan gula halus tradisional atau hiasan moden seperti coklat dan lain-lain. Anak-anak kesayangan boleh ambil bahagian bab menghias donat ni

Tuesday, November 17, 2015

Simpan Resepi Muffin Cip Coklat Tak Perlu Mixer - Sukatan Cawan Mudah

Muffin gunung berapi! Aci tak kasi nama gitu untuk bayangkan hasil muffin yang naik melebihi cawan. Dulu kek cawan/muffin coklat cip  bolehlah dapat RM1 sekarang nak beli RM2 pun susah kat bandar ni. Tu yang nak kena belajar buat sendiri baru tahu kos sebenar main masak-masak kan. OK simpan sini resepi muffin dari KongsiResepi Oh ya dalam website Kongsi Resepi tu memang ramai yang sudi berkongsi idea. Kalau cari muffin je memang macam-macam versi ada, cuma kita lah kena rajin cuba banyak-banyak cara. Hm yang bagusnya muffin ni gaul tangan aje tak perlu mixer, hah kan berita baik tu untuk anak-anak gadis, student, yang baru kahwin, atau yang kurang kelengkapan dapur belajar buat sendiri dessert kan kan kan. Jom buat muffin. Suka sangat kalau buat kelas untuk kanak-kanak, tentu mereka akan suka part tabur coklat cip tu.

BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Choc chips mengikut sukatan anda nak banyak ke sikit

CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT CHIP:
Ambil tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam dan campurkan semuanya.
Ayak dan ketepikan dahulu.
Gaulkan semuanya dengan gula.
Dalam bekas lain pula anda campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.
Kacau sehingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
Masukkan choc chips.
Masukkan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak.

//Semoga diberikan pahala kepada yang berkongsi resepi sukatan cawan ini kerana ilmunya berpanjangan memberi faedah. Pinjam sekali gambarnya ya. Amin.


Kacau semua bahan untuk kek cawan atau muffin hingga sebati
Kek cawan atau muffin siap berhias

Monday, November 16, 2015

Simpan Resepi Sambal Hitam Sedap

Oh patutlah jadi hitam sebab gunakan Belimbing Buluh yang direbus sampai hitam! Unik, sungguh unik kepelbagaian masakan tradisional cuisine di Malaysia ni. Tak kisah asal dari mana, sebagai rakyat Malaysia kita perlu cuba masakan tradisi sebegini. Patutlah ramai yang suka tanam pokok Belimbing Buluh ni walaupun buahnya masam. Macam biasa kalau nak cari resepi yang  confirm menjadi dengan gambar masakan yang cantik saya suka bicara tinta dari Tiffinbiru. Boleh ye kongsi sini Che Mat Gebu. Semoga diberkati tuan kerana berkongsi ilmu ini sepanjang zaman.

RESEPI SAMBAL HITAM

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.

UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol.

Sunday, November 15, 2015

Cabaran Rumah Bersih

Tah ape2 tajuk. Tu niat seorang ibu yg sejak pagi tadi nak mengemop lantai tapi hanya dapat buat sekarang.eh pukul berapa ni..2 pagi?? Lah patutlah mengantuk sangat. Baru ade niat baru nak buat senaman tangan melipat kain baju pulak. Begitu rupanya cabaran nak rumah bersih tapi ada anak-anak kecil yg sibuk berkejaran satu rumah. Takut anak tergelincir dek mengemop di siang hari tu sebablah pospon sampai semua tidur. Ok tu je bebel di malam hari..haha selamat malam Malaysia! Psst "jangan lupa baca doa tidur" tu pesan kat anak tadi, sekarang pesan kat diri sendiri sebab mau tertidur ketika lipat baju kang.ahaks korang jgn jadi gini yer! Nite u olls !!!

Saturday, November 7, 2015

Jerebu dah berlalu..di bulan november

Fuh baru lega rasa tangan apabila si baby nak dibaringkan tidur di seat belakang. Beginilah suasana dalam kereta comel kami kalau berjalan jauh balik kampung. Lega tu sebab kalau baby nak tidur memang lama "gayut" kat ibu dia ni sampai la lena tidur,itu pun susah juga nak "lepaskan".boleh sakit nenen haha siap pakej kebas kaki,lenguh tangan sebab beratnya dah kemain semangat. Aci tak ibu exercise tangan kejap bebel kat blog ni hehe sambil temankan berjaga dgn ayah yg gigih memandu. Jalan keluar dari shah alam kami lalu lebuhraya guthrie tembus terus kat rawang.macam biasa keluar je exit rawang memang trafik perlahan mujur tak jem hari ni. Ok kepada yg turut sama memandu utk perjalanan jauh berhati2 di jalanraya dan bersabar menahan mata yg mengantuk. Ingatlah kami yg tersayang nih ada bersama anda. Hehe pesanan jarak jauh utk encik somi yg sesekali tersengguk. Takpe kalau tak larat kang silalah berhenti basuh muka ke layan kopi panas pak belalang ke kat hentian. Ibu dan anak2 memang suka part menyinggah ni hehe. Take care family semua. Selamat berhujung minggu! 

Wednesday, November 4, 2015

Kursus Asas Adobe Illustrator

Rasa berterima kasih diberi kepercayaan jadi cikgu untuk kursus asas Adobe Illustrator di sebuah jabatan kerajaan. Walau hanya kursus pendek 2 hari. Satu peluang yang bagus sebab saya ni sebenarnya suka membebel tapi tak semua suka apa yang saya bebel. Haha sebab minat kita tak sama. Jadi peluang mengajar digunakan sebaiknya untuk mencurahkan ilmu dan berkongsi pengetahuan yang ada (seadanya hehe) mengenai bidang seni grafik berkomputer. Mungkin ramai yang kata dah terlambat untuk belajar software grafik ni (maksud saya kalau seusia saya lah) tapi pada saya kita tak pernah terlambat untuk belajar kerana bukan semua ilmu kita dapat semasa sekolah. Setiap hari ialah pelajaran baru kepada kita. Sebab itulah orang kata kita perlu lebih baik dari semalam.

Bebel hari ini cuma nak luahkan rasa puas hati dapat bebel kat orang lain dan semaikan semangat cinta grafik di kalangan kakitangan kerajaan. Ini dirasakan suatu tanggungjawab yang besar kerana bukan mudah untuk lari daripada gossip hashtag #grafikkerajaan. Berhijrah menjadi hashtag apa ya yang lebih positif.