Followers

Tuesday, July 12, 2011

Jangan kacau daku hari ini - hari untuk buat minit mesyuarat

Peruntukan masa bekerja manalah pernah cukup. Yang penting mengurus masa. Ha maka hari ini wahai encik telefon dan encik emel janganlah kacau saya kerana hari ini sahaja masa untuk saya tumpukan perhatian menyiapkan minit mesyuarat yang dah lebih dari target kononnya 3 hari. Kawan-kawan saya di luar sana asyik lah gelak LOL dah bertahun kerja IT dalam kerajaan lebih banyak masa menulis minit mesyuarat. Iyelah orang IT ni kalau suruh buat ayat formal dan ikut peraturan memang leceh. Susah nak dapat bos yang faham mengapa terpaksa OT kerana buat minit mesyuarat padahal itu pun kerja segera yang mesti disiapkan. Kecuali kalau bos tu dulu pun bermula dari bawah dan merasakan kerja yang sama tentu dia galakkan tuntut OT kerana menghargai staf seperti kami ni. Dah cukuplah melempiaskan perasaan yang terbuku di sini. Mari siapkan buku minit.

No comments:

Post a Comment