Followers

Monday, July 18, 2011

Guna Windows Virtual PC

Walaupun komputer dah upgrade kepada Windows 7 dan guna Internet Explorer (IE) 9 tapi kalau ada keperluan untuk guna IE versi lama tak perlu buang atau tukar setting yang baru. Cuma gunakan program Windows Virtual PC dan install IE 8 di sini. Ia seperti bekerja dengan dua komputer pada masa yang sama :-)

Contohnya hari ini saya nak update HRMIS tak boleh guna IE9 sebab error apabila klik Tambah SKT tak berfungsi, kemudian check web hrmis memang ada makluman supaya guna IE 7 atau 8 sahaja. Jadi saya cuma buka WVPC dan pilih OS virtual PC ini sebagai WindowsXP Mode. Oleh sebab IE VPC ini masih versi6 maka saya cuma perlu install versi8 dengan pantas. Kalau perlu Restart PC pun cuma berlaku dalam VPC aje.

Sedang install IE8 dalam Virtual PC.


Di mana program WVPC ini?
=Start > Program > Windows Virtual PC > pilih OS yang telah anda
Tapi kalau pertama kali nak guna perlu semak sama ada komputer sudah benarkan Virtual Environment dan sama ada sudah install OS pada WVPC.
Untuk belajar dan memandaikan diri, sila rajin baca : http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/default.aspx

Kalau yang takde WVPC boleh gunakan VMWare untuk run multiple OS sebegini. http://www.vmware.com/products/player/

No comments:

Post a Comment