Followers

Friday, December 7, 2018

Kek Microwave 3 Minit Tanpa Telur


Kek milo untuk yang tak boleh makan telur. Ini untuk resipi 1 cawan besar - gunakan Mug kegemaran kita senang aje dengan dibakar menggunakan microwave. Macam yang diketahui Microwave sesuai untuk memasak atau memanaskan makanan dengan suhu sangat tinggi dan untuk waktu yang singkat. Jadi untuk buat kek besar tidak sesuai sebab lebih baik dengan api perlahan supaya kek masak sekata. Kita boleh gunakan Microwave untuk cuba resipi Mug Cake ini sesuai untuk kek segera dan untuk cepat makan hehe.

Bahan-bahan:
2 sudu Milo
2 sudu susu pekat
2 sudu minyak jagung
2 sudu air panas
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu tepung penaik
1/2 baking soda jika ada
Sedikit esen vanila

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung penaik dan baking soda.
2. Dalam bekas lain kacau Milo, susu pekat, minyak jagung
3. Satukan semua bahan, tambah esen vanila dan kacau sebati guna Whisk atau sudu aje.
4. Selesai boleh tuang anggaran 1/2 atau 3/4 dalam Mug kegemaran
5. Bakar dalam Mirowave lebih kurang 3 minit.
6. Sejukkan atau makan panas-panas ikut suka
+Boleh tambah Topping dengan coklat cair/coklat ganache/Milo ganache dll jika suka


Cerita sikit.
Milo Mug Cake ini kejadian ketika berpantang dari telur dan ketiadaan butter di rumah. Kalau ada yang nak tukar minyak jagung dengan butter boleh cairkan dulu butter, hasilnya memang lebih sedap dan wangi. Contoh Mug yag digunakan ni ade macam-macam cap Superman lah, Batman lah. Yang penting resipi ni sesuai untuk saiz Mug gemuk lebih kurang 200 ml ke atas macamni. Kalau Mug minum teh 180 ml gitu sesuai bakar sekejap aje 2 minit pun cukup kalau tak Microwave akan buat kek jadi keras.

Pemanasan suhu tinggi dalam Microwave boleh disaksikan. Mulanya campuran kek akan menggelegak, kemudian naik mendadak melebihi Mug dan turun sedikit apabila masak. Kalau 3 minit terlalu lama untuk saiz Mug dan sukatan, boleh tahu jika bahagian kek paling bawah jadi keras macam biskut. Buatlah eksperimen lagi nampaknya.

Anak-anak suka Mug Cake sebab senang nak makan cedok sambil buat keje lain - baca buku atau tengok tv. Samalah macam orang besar jugak kan, makan kudap-kudap sambil buat keje atau layan internet ni. Ibu suka buat sebab dapur kurang bersepah dan anak makan pun guna Mug jadi takde sisa kek jatuh merata-rata. Jadi masing-masing feeling-feeling lah sendiri.

Friday, January 12, 2018

Wednesday, November 15, 2017

Resipi DIY buat aiskrim jagung lemak berkrim disukai anak

Dah di penghujung November. Anak sekolah pun sudah habis peperiksaan hujung tahun, cikgu pun sudah siap pemarkahan ke dalam sistem peperiksaan sekolah. Mudah untuk ibu ayah lihat markah anak. Buku teks pun sudah dipulangkan. Dah dekat cuti sekolah tambah pulak musim panas terik berselang hujan..yang pasti ramai orang kat rumah dan anak-anak bermain sampai tak kenal letih. Ibu ayah jom rewang buat aiskrim Malaysia supaya sentiasa ada jajan dalam peti ais.

*Gambar : stok aiskrim merah kuning sekali buat masuk peti ais...merah tu aiskrim sirap ros, kuning aiskrim jagung berkrim

Resipi aiskrim jagung ada banyak versi kat internet. semuanya sedap. yang ni resipi sesedap rasa namanya. kalau nak boleh cuba sebab mudah dan boleh buat banyak. Saya tambah jagung krim dalam tin supaya rasa lemak berkrim. Gitu namanya Aiskrim Jagung Berkrim :-)

Bahan-bahan : Air, gula, susu cair, jagung krim dalam tin, kordial perasa jagung
Boleh tambah : sedikit garam untuk rasa lemak

Caranya : Gunakan periuk sederhana besar. Didihkan air dan gula. Masukkan kordial jagung. Tambah sedikit garam untuk rasa lemak.Tutup api dan masukkan susu cair.
Jangan lupa rasa sesedap rasa sendiri. Hmm kata orang nak aiskrim lembut kena letak gula banyak tapi kalau nak kurangkan gula lagi bagus cuma keras sikit tapi rasa masih lemak berkrim.

Tunggu air bancuhan sejuk baru masukkan dalam bekas plastik aiskrim. Sejukkan dalam peti ais.


Saturday, September 17, 2016

Aktifkan MYKAD Aje boleh dapat macam2 diskaun

Dah activate MYKAD korang kat link ni? ACTIVATE MYKAD SINI UNTUK DAPAT CASHBACK SEMASA SHOPPING!!

Kepada kaki shopping atau JJCM bole bawa family cari tempat2 makan yg boleh beri CASHPOINT balik!! Senang je install APPS SMARTSAVER kat henpon dan cari kedai berhampiran,direction ke lokasi ni guna Waze..cuti sekolah lama lagi gi round 1malaysia cari tempat2 best yg ade dlm apps smartsaver. Jadi pengguna SMART dgn kelebihan cip pada Mykad kite. Takyah susah2 bawa kad2 diskaun lagi buat penuh wallet jer sbb dah activate mykad.

Kalau belum ACTIVATE MYKAD SINI
Semoga bermanfaat.

Wednesday, August 24, 2016

Akhirnya kita faham kenapa perlunya menguasai ilmu sains dan matematik

Dah lama tinggalkan bangku sekolah jadi dah lama tak buat latihan Matematik. Betul kan? Bidang kerja pulak bukanlah guna sangat formula Matematik setiap hari. Matematik sepenuhnya digunakan semasa Shopping!! sebab kena buat bajet kalau tak terlebih belanja kan hehehe..

Sekarang dah jadi ibu kena faham dan terangkan juga kepada anak-anak bahawasanya subjek Matematik dan Sains memang kena kuasai. Realitinya memang susah nak terangkan pada anak-anak sebab bukan dipraktikalkan dalam aktiviti seharian. Subjek sekolah pulak banyak formula nak hafal dan kena cari contoh masalah untuk diselesaikan barulah faham bagaimana gunanya formula tu. Kementerian pelajaran juga asyik pentingkan 2 subjek ini dan galakkan anak-anak sertai kelas sains seperti sains tulen tapi sambutan masih kurang.

Tapi sekarang barulah faham kenapa subjek ni penting dan tak boleh dipisahkan sebenarnya. Subjek di dalam kelas jadi stress kerana subjek ini diasingkan, sedangkan pembelajaran matematik di sekolah ialah secara pendekatan belajar sambil bermain iaitu menghasilkan projek yang gabungkan semua teras sains dan matematik. Ceritanya pada tahun 2015 Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco nya telah melancarkan program yang diberi singkatan S.T.E.M. Program ini dilaksanakan oleh Universti Industri Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Kejuruteraan nya. Wah satu gabungan pendidikan yang sangat ditunggu-tunggu iaitu sebuah universiti menerajui pendidikan di peringkat persekolahan. Nampak tak halatuju gabungan ini boleh menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang rakyatnya sendiri akan boleh menghasilkan rekaan produk sendiri.

Inilah S.T.E.M =
Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik
Science, Technology, Engineering & Mathematics

Asalnya, UNISEL ada program kesedaran ilmu Q-STEM iaitu Quran dan STEM.
Boleh baca sini untuk program Q-STEM : http://engineering.unisel.edu.my/program-jelajah-serta-aktiviti-q-stem/



Baca sini cerita semasa majlis pelancaran STEM oleh Exco Selangor :
http://niknazmi.com/bm/2015/05/26/pelancaran-program-stem-sel-usaha-inovasi-pendidikan-selangor/









Wednesday, August 17, 2016

Mencari lagu lagu sempena raya haji pulak

Sambil mencari ilham untuk menaikkan semangat kempen raya haji pulak untuk 12 September 2016..mencari lagu-lagu sempena raya haji pulak kat youtube..terima kasih siap ada yang buatkan siap playlist raya haji..bagusnya. hehe





Monday, August 15, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 59 Tahun 2016

Bulan Ogos kembali lagi. Bersempena dengan 31 Ogos sambutan kemerdekaan Malaysia, jom kita layan playlist lagu-lagu Patriotik dan tanam semangat cintakan tanahair Malaysia. Semua rakyat Malaysia perlu merasakan adanya semangat kemerdekaan dalam jiwa masing-masing..ada tak? rasa tak? Kalau tak rasa tentu ada sesuatu yang kurang pada diri seorang rakyat Malaysia.

OK terjumpa playlist ni, rasanya macam best dikongsi bersama semua pembaca blog ini..semoga ada rasa semangat cintakan negara dan rasa menghargai erti kemerdekaan negara kita ni hendaknya.